Jom Gunting Rambut

Respons: 4 comments
Hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua Kedai Gunting Rambut Yusri. Dekat mana kedai gunting rambut ni yer? Lokasi kedai ni di Jalan Kampung Perak Lama, bersebelahan dengan Kedai Peralatan Elektrik Kurau Radio, Batu Kurau Taiping Perak.



Model yang sedang di gunting rambut ni bakal adik ipar saya, kebetulan dia nak gunting rambut, jadi saya bawanya ke sini. Tukang gunting rambut ni saya panggil abang Sani, masa saya kecil dulu abang Sani ada buka kedai gunting rambut dekat jalan besar, Batu Kurau, setiap bulan saya akan ke kedai beliau untuk gunting rambut, namun kini kedai beliau telah di jual dan pemilik baru telah tukar jadi kedai telefon. Eh! Kata kedai Yusri kenapa Sani pula, Abang Yusri sedang berehat di atas kerusi di sebelah saya sambil menonton televisyen.
Yang Sebenarnya di Pekan Batu Kurau ini terdapat 4 buah kedai gunting rambut. Di antara semua kedai gunting rambut, kedai ini yang paling selesa, lihatlah pakaian yang di pakai oleh penggunting rambut tu, kemas, keadaan kedai yang nampak tenang dan cantik mata memandang. Paling penting sekali kedai ini di lengkapi dengan hawa dingin. Rasanya di Batu Kurau ni, inilah satu-satunya kedai yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut di kedai yang di lengkapi dengan hawa dingin. Tengah hari panas-panas nak gunting rambut, sejuk sikit bila masuk kedai yang ada hawa dingin untuk gunting rambut.

4 comments:

Siti Aziz said...

benci trojan..

miezaniera said...

laaa orang taiping ke? sekampung la kite hehehe

gnesop said...

hari tu potong kat malim nawar perak hanya 5 ringgit sahaja..
kalau kat KL, 8 ringgit..
kat batu kurau?

Zawawi Japilos said...

dekat batu kurau dalam lingkungan rm3 sehingga ke rm5 bergantung kepada servis apa yang kita mahu. Biasanya orang dewasa mahukan servis gunting rambut, cukur janggut, dan misai jadi kosnya lebih sikit la

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog