Ke Kuala Lumpur

Respons: 3 comments
Pada hari ni saya akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri seminar di Wisma Kohilal, Diamond Square, Jalan Gombar. Seminar tersebut akan berjalan pada esok hari 25 September 2011 bermula jam 8.00am dan berakhir pada 6.00pm.

Sepanjang ketiadaan saya ni saya ingin memohon maaf jika tidak dapat membalas kunjungan para sahabat dan para pembaca yang sangat saya hormati. saya akan membalas kunjungan anda selepas saya pulang dari sana jika tidak berlaku sebarang masalah sepanjang saya di sana.

Terima Kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi melawat blog saya. Bagi yang sudi klik pada iklan yang ada di blog saya terima kasih banyak saya ucapkan jasa anda semua akan saya kenang sampai akhir hayat. Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali.

Promosi hebat “tempat duduk percuma” AirAsia kembali

Respons: 4 comments

Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh

Apa khabar anda semua para pengunjung yang budiman. Saya sangat teruja nak memberitahu anda semua yang AirAsia telah membuat Promosi Sekali lagi pada tahun ini untuk perjalanan di tahun hadapan. Jadi pada sesiapa yang suka melancong tu bolehlah membuat tempahan di laman web Air Asia .

Berikut sumber berita yang saya dapat dari Akhbar Utusan Online


Promosi hebat “tempat duduk percuma” AirAsia kembali

20/09/2011 9:11pm

KUALA LUMPUR 20 Sept – AirAsia sekali lagi melancarkan promosi tempat duduk percuma ke destinasi terpilih domestik dan antarabangsa.
Tempoh tempahan “tempat duduk percuma” akan bermula pada 12 tengah malam pada 21 hingga 25 September, untuk tempoh perjalanan dari 3 Mei hingga 27 Oktober tahun depan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan berkata: “Kempen tempat duduk percuma kami sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para pengembara dan ini adalah satu cara untuk memberi ganjaran atas sokongan mereka.” – Bernama

Jadi apa tunggu lagi, tepat jam 12.01 minit malam ini Sehingga 25 September 2011 ini anda bolehlah membuat tempahan seberapa segera untuk mendapatkan tempat duduk percuma.

Raya Tak Jadi

Respons: 1 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh.....

 Malam tadi saya, tunang saya dan adik-adik tunang saya berkesempatan untuk meluangkan masa menonton wayang di Big Cinemas Taiping Sentral Taiping Perak.

Pada awalnya saya berhajat nak menonton filem Johny English Reborn lakonan Mr Bean yang terbaru. Namun oleh kerana semua yang lain nak tengok Filem Raya Tak Jadi, jadinya saya pun turut serta bersama mereka menonton Raya Tak Jadi. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 15 September 2011. Kiranya filem ini bertemakan tentang raya, namun agak hairan kerana sudah 2 minggu raya baru di tayangkan filem ini.

Kami masuk ke dalam pawagam tepat pukul 9.00 Malam. Betapa terujanya nak menonton wayang setelah sekian lama tak pergi menonton apatahlagi ini kali pertama menonton di waktu malam. Sewaktu masuk kelihatan penonton sudah agak ramai.Cerita di tayangkan agak lewat sedikit dari di jadualkan mungkin kerana masih menunggu penonton masuk. 

Lakonan yang di bawa oleh Johan memang menjadi. Memang tak sia-sia Johan di gabungkan dengan Saiful Apek, lawak mereka saya ketawa dari awal sampai akhir. Adik-adik tunang saya pun sangat berpuas hati bila menonton filem ni. Memang best, sampaikan keluar dari panggung pun mereka masih lagi tersenyum. Tahniah pada pengarah filem ni dan kru yang terlibat dan juga para pelakon yang membintangi filem ini. Filem ini berjaya buatkan saya tersenyum puas dan tidak merasa kecewa kerana tak dapat menonton Johny English Reborn .

Terima Kasih Cik Tunang sudi belanja tengok wayang kali ni.

Blog kena Hack?

Respons: 2 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh.....

Baru semangat hari ni nak blogwalking ke blog teman-teman, tiba-tiba ternampak ini, gilamodified.blogspot.com telah pun di hack oleh hacker malaysia. Bangganya saya orang malaysia pun sudah pandai hack blog web orang. Namun perkara ini telah melemahkan saya untuk berbblog. Cuba bayangkan anda yang telah mengorbankan waktu berharga anda dalam hidup untuk mencantikkan blog anda  menambah isi dalam blog anda tetapi telah dirosakkan dengan serangan hacker-hacker yang sangat berhati nurani. Allah sahajalah yang memahami perasaan hati pemilik blog tersebut.





Jom jengok Masjid Jelai, Batu Kurau

Respons: 7 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hi wabarakatuh....

Jom kita melawat Masjid Jelai yang terletak di Jelai, Batu Kurau Taiping Perak. Seingat saya masjid ini baru siap di bina pada sekitar tahun 1995 atau 1996. Pada waktu itu saya menghadiri kem pengakap di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelai. Betapa rasa kagumnya bila masuk ke dalam Masjid ini. Teruja bila melihat ada alat perangkap serangga yang beterbangan seperti nyamuk lalat dan sebagainya. Inilah masjid yang paling canggih di kawasan Batu Kurau pada ketika itu.

Inilah pandangan hadapan masjid tersebut, nampak sangat indah dari jauh, ketika saya mengambil gambar ini, waktu tengah hari, hanya ada beberapa orang yang singgah untuk menggunakan tandas.  Masjid ini mempunyai halaman yang cukup luas untuk jemaah masjid singgah dan meletakkan kereta dan jika ada majlis seperti ceramah pun mudah untuk memasang kemah kerana keadaan ruang hadapan masjid yang luas.


Walaupun masjid ini kelihatan indah dari jauh, lihatlah pembaziran yang berlaku, agaknya berapalah bil yang harus ditanggung oleh kerajaan untuk membayar bil air. Paip air ini tidak diselenggara. Mungkin sesendal sudahpun rosak dan perlu di gantikan dengan yang baru. Keadaan dinding sekitar tempat mengambil wuduk pun agak kotor. Bukankah Islam amat mengambil berat dan mementingkan aspek kebersihan. Siapakah Tok Siak atau Jawatankuasa Masjid yang bertanggungjawab atas aspek kebersihan ini dan juga siapakah yang bertanggungjawab dari segi memperbaiki peralatan yang rosak ini.


Lihatlah betapa jijik dan kotornya dinding tempat untuk mengambil wuduk ini. Keadaan sebegini agak memalukan kerana masjid ini juga turut disinggahi oleh orang luar dan pelancong yang datang melancong dan singgah untuk bersolat disini. Di harapkan selepas ini adalah pihak berwajib yang dapat melakukan apa yang patut agar kebersihan masjid dapat di jaga sebaiknya. 


Selamat Pengantin Baru buat Rahaya

Respons: 0 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh...

Pada Sabtu lepas 17 September 2011, saya berkesempatan ke Kampung Klian kenduri kawan saya sewaktu bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Kurau@SRK Batu Kurau. Di sini saya ingin mengucapkan Tahniah buat Rahaya kerana sudahpun bergelar isteri orang. Selamat Pengantin Baru Semoga Berkekalan.
Bagaikan Pinang di belah dua sama cantik sama padan. 
Sesi bergambar bersama dengan kawan-kawan sekolah rendah dan menengah, gambar saya tiada dalam ni. Sedihnya jadi orang yang ada kamera.Saya wakilkan cik tunang saya di sebelah kanan sekali. 

Rumah Terbuka Polis Batu Kurau

Respons: 1 comments
Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh......

Pada 17 September 2011, Balai Polis Batu Kurau telah mengadakan Jamuan Raya di perkarangan hadapan Balai Polis Batu Kurau yang baru.
Pada waktu saya datang jemaah Masjid Jamek Al-Kurawi sudah ada di meja membuat tahlil dan membacakan doa selamat.


Pada ketika ini saya sudahpun makan bersama dengan pemandu dato Kapten (B) Najimuddin dan juga En Mat Nor. Untuk tetamu yang mula makanan di hidangkan, dan untuk tetamu yang baru sampai, mereka boleh mengambil makanan di meja yang di sediakan, makan layan diri atau pun lebih di kenali dengan Bufet.

En Khalizan @ Cik Jan sedang sibuk melayan tetamu yang datang . 

Pak Su dan Juga Gaban turut hadir di majlis ini. Terima Kasih Pak Su sudi untuk terima saya mengambil gambar.
En Ismail bekas Ketua Balai Polis Batu Kurau yang baru sahaja bersara dan di gantikan dengan Encik Zainal merangkap Ketua Balai Polis Batu Kurau yang baru. Sekalung penghargaan buat En Ismail yang telah banyak menabur jasa di Batu Kurau ini. Jasamu di kenang.



Adakah anda Bangga Memakai Baju Angry Bird?

Respons: 6 comments
Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh....

Malam ini saya terlihat baju yang terjual di pasaran sekarang sewaktu saya mencari angry bird. Angry Bird adalah permainan yang sangat popular di masa ini. Permainan ini melibatkan watak burung yang sedang marah untuk lawan dengan watak babi. Permainan ini pada asalnya di mainkan di Gajet Apple Iphone 4 dan kemudiaanya di Gajet Android dan kini sudah boleh dimainkan di komputer.Semakin hari semakin menjadi kegilaan warga di Malaysia ini. Kini di mana-mana sahaja kita dapat lihat watak angry bird di baju , di key chain barang permainan dan lain-lain lagi. 
Lihatlah baju diatas, baju ini saya dapat hasil dari carian di google, jika dilihat baju ini tidak ada apa yang tidak kena. Lihat pula baju di bawah.
Baju di bawah ini adalah gambar salah satu watak dalam permainan Angry Bird, saya di fahamkan watak ini adalah babi, lihat tak kita sekarang ini jarum halus telah masuk ke dalam minda kita sehinggakan gambar babi yang di cetak di atas baju pun rakyat Malaysia yang berugama Islam juga Melayu  pakai, terutama budak-budak, anak-anak, adik-adik kita yang masih lagi naif berkaitan hal ini. Jika di cetak gambar babi sudah tentu kita tidak akan pakai bukan, tetapi di ciptakan babi dengan watak kartun sebegini membuatkan kita jadi tidak sedar yang kita telah memakai baju yang bergambar babi, sekian luahan saya.

Rumah Terbuka Pak Lang Hasbullah

Respons: 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hi wabarakatuh.....

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih lagi boleh bernafas di bumi ALLAH ini dan dapat berkongsi dengan anda semua para pembaca budiman( insyaallah ada orang baca). Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda suasana di Rumah Terbuka dan sambutan Merdeka pada tengah malam 16 September 2011  Anjuran Pak Lang Hasbullah.
Beginilah keadaan tamu yang datang bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka tersebut. 

Gambar di atas adalah gambar di hadapan  Dewan Kampung Paya, kelihatan kaum ibu membanjiri di kawasan hadapan dewan untuk mengambil juadah makanan yang di sediakan. Juadah makanan yang disediakan pada malam ini adalah nasi minyak, gulai daging, dan juga jelatah. Memang cukup sedap dan lazat. 



Pemandangan di seberang jalan, ada 3 deretan kedai . Di fahamkan di sebelah sana disediakan lemang untuk para tetamu yang hadir, memang terlalu ramai di seberang jalan sana jadi saya tak berkesempatan untuk merasa lemang tersebut. Lemang tersebut sangat sedap, saya dengar cakap-cakap orang yang berada di belakang saya yang sedang makan lemang.
Ini pula di bahagian belakang Dewan Kampung Paya, di sini di khaskan untuk budak-budak mengambil makanan, tetapi oleh kerana di dua tempat lagi untuk mengambil makanan penuh dengan orang, ada juga orang dewasa yang mengambil makanan di sini termasuklah saya. Kalau tak ambil disini maka tak merasalah saya. 

Begitu ramai tetamu yang hadir, mengikut kiraan jangkaan mencecah lebih 500 orang telah hadir membanjiri Majlis tersebut. Di akhir majlis ini pada tepat pukul 12.00 tengah malam ramai-ramai melaungkan merdeka sebanyak 3 kali dan di persembahkan dengan pertunjukan bungi api.

Sticky Post Jom Lawat Blog Kak Long

Respons: 5 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua blogger baru yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogger, beliau merupakan orang yang paling dekat di hati saya. Beliau adalah tunang saya sendiri. Blog beliau di beri nama Ruang Bicara Kak Long.

Di sini saya ingin memohon jasa baik para pengunjung sekalian untuk memberi sokongan kepada beliau yang masih baru lagi dalam dunia blogger ini. Lawatilah blog beliau disini. Jom follow ramai-ramai yer

Jom Tengok Hantu Bonceng

Respons: 3 comments

Part 1 l Part 2 l Part 3 l Part 4

Masih lagi di tayangkan di pawagan berdekatan dengan anda. Jadi silalah menonton di pawagam untuk mendapat lebih kepuasan.

Bagi yang mempunyai Astro di rumah, anda boleh melanggan Astro First untuk menonton filem Hantu Bonceng. Harga yang berpatutan pastinya lebih selesa menonton di rumah bersama keluarga.

Indahnya masjid India Taiping

Respons: 3 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya boleh lagi berkongsi dengan anda semua satu pengalaman yang saya lalui pada hari Sabtu 10 september 2011 lepas.Saya telah ke Masjid India yang terletak di Jalan Kota untuk berjumpa dengan Cikgu Jaafar.
Beginilah pemandangan hadapan Masjid India ini. Ianya berada di tengah-tengah antara Jalan Taming Sari dan Jalan Kota. Betapa indahnya binaan masjid ini.

Ini pula dari satu sudut yang saya ambil, Masjid India ini terletak berhampiran dengan Wisma Hasil ataupun LHDN jabatan kerajaan yang berfungi untuk memungut cukai.

 Ini pula pandangan dari sebelah tepi masjid, di sini disediakan tempat untuk mengambil wudhuk. Memang kelihatan cantik dan kemas masjid ni.
 
Tempat untuk mengambil wudhu sangat cantik.

Bahagian dalam masjid ini terdapat tiang-tiang yang di hias indah. Saya sangat kagum melihat binaan masjid ini. 
Di hadapan masjid ini disediakan tempat untuk meletakkan kenderaan. Apa yang menariknya burung-burung merpati ini telah membanjiri hadapan perkarangan masjid ini. Sangat tenang melihat burung-burung ini.




Gambar ini saya ambil di pintu masuk Masjid India. Saya kongsikan di sini untuk menjadi panduan saya dan para pembaca di masa hadapan.


Sejarah asal usul masjid ini ada di letakkan di hadapan masjid ini. Bagi anda yang ingin membacanya bolehlah klik pada gambar untuk besarkan.

Satu lagi gambar yang kongsikan untuk anda semua para pengunjung moga dapat di manfaatkan di masa hadapan. Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas.

AmBank Cawangan Taiping di Jalan Taming Sari

Respons: 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh..

Pada hari jumaat lepas saya berlegar-legar di Taiping untuk mencari AmBank untuk membuat pembayaran bagi satu seminar yang ingin saya hadiri pada 25 September 2011 ini bertempat di Kuala Lumpur. Setelah beberapa kali pusing dan mengodek( membelek) papago di Samsung G5 tetap juga saya tidak temui. Akhirnya saya telah berputusa asa untuk mencari dan menghubungi pihak urusetia meminta no akaun bank yang lain. Alhamdulillah ada akaun Maybank.
Pada petang Sabtu, saya keluar lagi ke Taiping untuk berjumpa dengan Cikgu Jaafar mengambil barang yang saya kirimkan beliau belikan di Sungai Petani. Sewaktu melalui Jalan Keramat Tok Bidan, melalui hadapan penjara memasuki jalan Taming Sari dan seterusnya melalui  beberapa deretan kedai, tiba-tiba saya terpandang AmBank Taiping di Jalan Taming Sari. Saya tergelak sendiri, rupanya AmBank ini berada berdekatan dengan kedai yang saya sering kunjungi untuk membeli barangan komputer. Hanya selang beberapa buah kedai sahaja.


Rumah Terbuka YB Dato' Kapten (B) Najimuddin

Respons: 0 comments
 Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh...

Kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua Rumah Terbuka anjuran Adun Batu Kurau Dato' Kapten (B) Najimuddin. Rumah terbuka ini telah di adakan di Dewan Astaka, Kampung Baru, Batu Kurau bersamaan dengan 10 September 2011, 12 Syawal 1432. 
Sewaktu saya sampai ke Dewan Astaka ini kelihatan rakyat Batu Kurau sudah mula membanjiri perkarangan Dewan Astaka ini. Masing-masing datang membawa keluarga dan sanak saudara. Sudah menjadi rutin tahunan Adun Di Batu Kurau ini untuk menganjurkan majlis Jamuan Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri , pada tahun ini saya dapat buat liputan untuk dikongsikan kepada anda semua. 

Beginilah suasana di hadapan Dewan Astaka, rakyat jelata datang ke sini bukan sahaja untuk menjamu selera tetapi juga untuk bertemu dengan rakan-rakan yang kadangkala sukar untuk berjumpa. Meriah, sungguh meriah majlis yang di anjurkan ini. Rakyat yang hadir turut juga di hidangkan dengan persembahan kugiran dan juga persembahan dari Artis Ebby Yus.
Anggota Rela di panggil untuk mengawal dan melicinkan perjalanan majlis rumah terbuka ini, mereka bertanggungjawab untuk memastikan keselesaan rakyat yang menghadiri majlis ini. Beberapa anggota rela ditugaskan untuk mengawal lalulintas dan juga tempat meletakkan kenderaan. 
Ini pula pemandangan dari arah hadapan dewan. Lihatlah rakyat Batu Kurau yang berada di hadapan dewan ini sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan.
Di hujung sana adalah pentas untuk kugiran memainkan peralatan muzik buat menghiburkan rakyat yang datang .
Berbaju merah bersongkok hitam ini Pak Su Bidin, tukang masak no 1 di Batu Kurau ni, sebut saja Pak Su Bidin mesti orang akan kenal beliau. Rata-rata kenduri di kawasan pekan Batu Kurau ini akan memanggil beliau sebagai ketua tukang masak di majlis kenduri. Saya pernah melihat sekali beliau memasak, anehnya bahan yang di letakkan di dalam masakannya hanya di campak-campak sahaja tetapi masakan yang di masak memang enak dan sedap.
Selain ruang makan di hadapan dewan, beberapa khemah juga turut disediakan untuk keselesaan rakyat yang hadir buat memeriahkan lagi majlis ini. Lihatlah gambar diatas betapa ramainya rakyat yang hadir.
Betapa ramai tetamu yang hadir, sehinggakan ada yang masih menunggu untuk mengambil makanan yang disediakan. Ini adalah di bahagian bubur kacang.

Pemandangan di bahagian luar hadapan Dewan Astaka. Lihat rakyat yang hadir semakin ramai penuh membanjiri hadapan Dewan Astaka ini.
Gambar agak kurang jelas, ini adalah pemandangan di dalam dewan, kelihatan ada ruang kekosongan. Namun Rakyat yang hadir lebih suka berada di luar dari di dalam dewan. Mungkin di dalam nampak seperti tempat untuk orang-orang penting.
 
Siapa yang berasal dari Batu Kurau mesti kenal dengan Abang ni, beliau berniaga di Pasar Malam Batu Kurau berhadapan dengan Pejabat Penghulu, Cendol beliau memang sangat sedap. Alhamdulillah tahun ni dapat makan cendol free yang sedap.
Inilah cendol yang saya maksudkan tadi, oleh kerana terlalu ramai tetamu yang hadir jadi cendol yang di letakkan didalam mangkuk pun habuan untuk rasa sahajalah. Nah ini jelah yang sempat saya makan di Rumah Terbuka Dato' Kapten (B) Najimuddin. Terima kasih daun keladi Dato' tahun depan raya lagi buat la lagi 

Beraya Ke Jejawi, Kangar, Perlis

Respons: 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua perjalanan saya beraya ke Perlis pada hari raya ke empat. Sebenarnya saya ke Perlis bersama bersama dengan ibu saya atas undangan kak saya yang membuat rumah terbuka di rumahnya.  Oleh kerana Ibu saya kurang sihat tetapi begitu semangat nak pergi saya bawalah ke rumah kak saya di Perlis. Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam dari rumah saya di Batu Kurau, Taiping Perak. Pada kebiasaannya tidaklah mengambil masa sebegitu lama, oleh kerana berlaku kesesakan lalulintas di beberapa kawasan di sepanjang perjalanan kerasan musim perayaan maka perjalanan saya dan ibu mengambil masa yang agak panjang.

Inilah HPA Mart cawangan Jejawi, lokasinya berhadapan dengan JPJ, dekat juga dengan Maktab Perguruan Perlis dan juga UniMap. Bersebelahannya ada 7 Eleven yang baru beberapa bulan di buka. Oleh kerana tak sempat nak beli keperluan sebelum berangkat ke Perlis, pagi-pagi lagi saya dah ajak anak buah saya tunjukkan kedai yang terdekat untuk membeli sabun mandi dan berus gigi.
Yang ini adalah saya  waktu gambar ni diambil jam sekitar 7.45 pagi, suhu di sana tak seperti di Taiping, Perak. Suhu di sana agak panas dan waktu pagi sebegini pun tak terasa sejuknya berbanding dengan di Taiping.
Inilah rumah kak saya, di awal pagi lagi sudah buat persediaan untuk menerima kehadiran tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan guru kak saya dan juga kawan-kawan anak buah saya.





Selamat Pengantin Baru buat Wadi

Respons: 0 comments
Assalamualaikum Warah Matullah hiwabarakatuh...

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan buat Wadi yang telahpun selamat melangsungkan perkahwinan beliau pada 1 September Lepas.
Sama cantik sama padan, bagaikan pinang di belah dua. Semoga ikatan yang dimeterai terjalin kukuh hingga ke akhir hayat hendaknya.

Persembahan istimewa dari pengantin lelaki, Terima Kasih Wadi yang sangat sporting sudi bersilat dimajlis raja seharinya.

Suasana Raya Di Batu Kurau

Respons: 3 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh......

 Sepatutnya saya telah kongsikan pada awal lagi, tetapi oleh kerana ada beberapa masalah yang saya perlu selesaikan terlebih dahulu maka terpaksalah saya tangguhkan dahulu.

 Bila tiba musim raya beginilah suasananya, seminggu lagi dah nak sambut raya pasti akan ada para peniaga yang menjual kuih raya di bahu jalan. Fenomena sebegini saban tahun berlaku. Sebut aja kuih apa yang nak di beli insyaallah pastinya ada dari kuih tradisional sampailah kuih moden semuanya ada dijual disini. Kebiasaannya penduduk di Batu Kurau memanggil kuih ini kuih tunjuk. Kuih Tunjuk? Yelah nak beli kuih ni tunjuk je kuih mana yang nak di beli.
Nilah suasana di waktu malam pula. Sampaikan pukul 12 tengah malam pun mereka ni masih lagi buka gerai mereka ni. Jadi kalau ada yang tak berkesempatan nak buat kuih tu mereka bolehlah beli dari penjual ni. Senang dan mudah tinggal lagi bawa duit yang secukupnya saja. Apa yang lebih menarik adalah pada malam raya jika kuih yang di jual masih ada, aktiviti melelong kuih-kuih ni akan di buat oleh para peniaga ni, kebiasaannya peniaga yang ingin menghabiskan stok kuih mereka akan membuat lelongan ni. Saban tahun penduduk Batu Kurau yang ingin mendapatkan kuih raya murah-murah ni akan datang pada hari terakhir waktu malam. Saya tak sempat mengambil gambar suasananya.
 Di hari memegang, iaitu hari tengok anak bulan nak menentukan samada esok raya ke tidak inilah suasananya, penduduk di Batu Kurau berpusu-pusu keluar ke pekan Batu Kurau untuk membeli barangan buat persiapan untuk menyambut hari raya. Lihat saja penjual ayam di atas sehingga tak menang tangan melayan pelanggan yang ingin membeli ayamnya.  Gambar ini di ambil di hadapan kedai saya. Belumpun pukul 2 petang ayam yang di jual telah habis semuanya. Alhamdulillah rezeki berniaga di hari terakhir berpuasa.
Pada hari raya inilah yang akan berlaku di pekan Batu Kurau, semua anak-anak Batu Kurau yang di perantauan pulang ke desa. Maka penuh sesaklah jalan raya di Pekan Batu Kurau. Kebiasaannya saya akan keluar dengan menggunakan motorsikal agar tak sangkut di dalam kesesakan lalulintas. Terima kasih yang tak terhingga kepada pasukan rela dan anggota Polis Batu Kurau yang bertugas mengawal lalulintas. Tanpa mereka tak kemana lah raya saya.Sekian....


Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog