Di Mana Tandas Pekan Batu Kurau

Respons: 0 comments
Seringkali jika kita melewati persimpangan di hadapan Pejabat Penghulu akan kelihatan papan tanda yang besar menunjuk ke arah Medan Selera dan Gerai Buah, Tempat Letak Kereta dan kenderaan awam, Tempat Perhentian Teksi / Kereta Sewa dan juga Tandas Awam. Namun persoalan yang sering bermain di fikiran saya dan segelintir masyarakat Batu Kurau di manakah letaknya tandas awam tersebut? Apabila orang luar datang melawat ke Pekan Batu Kurau pastinya mereka akan singgah di Pekan Batu Kurau. Namun timbul satu masalah apabila ingin membuang air. Ini kerana mereka terpaksa menumpang di tandas yang terletak di kedai-kedai makan, Stesen Minyak Shell, mahupun menumpang tandas masjid. Apa guna ada papan tanda yang besar tersergam di depan pejabat penghulu namun tiada tandas pun? setelah saya membuat sedikit pemerhatian dan inilah yang saya temui.



Bangunan ini sudah dibina agak lama namun tidak digunakan sebaik mungkin. pada pengetahuan saya bangunan ini merupakan tandas awam yang dibina untuk kegunaan orang ramai. namun telah di salah gunakan oleh orang awam yang memegang kunci tersebut untuk kegunaan sendiri. siapakah pemegang kunci tersebut masih lagi dalam siasatan. saya memohon pihak berwajib agar membuka tandas ini untuk kegunaan orang ramai. kalau tidak pun buka tender untuk syarikat kecil menjaga tandas ini, yang mana mereka bertanggungjawab untuk menjaga tandas ni membersihkan mengindahkan serta berhak mengutip bayaran setimpal dengan servis yang di sediakan. jikalau caj yang di kenakan rm 0.30 sen untuk sekali masuk pun masih lagi berpatutan daripada di jadikan tempat simpan barang oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Kedai Komputer Berinternet

Respons: 0 comments
Gambar di atas adalah Kedai Komputer AZ IT CENTRE di miliki oleh anak jati Batu Kurau. Disini ada di sediakan kemudahan Komputer Berinternet, Printing, Scanning, computer upgrading, recond pc, barangan-barangan komputer, reload top-up hset dan lain-lain lagi.

Satu Sudut Pekan Batu Kurau

Respons: 1 comments




Gambar di atas di ambil di sekitar pekan Batu Kurau pada waktu siang dan malam.Pekan Batu Kurau masih seperti dahulu masih tiada banyak perubahan yang berlaku cuma beberapa bangunan kerajaan sedang atau sudah di naik taraf.

Shell Pekan Batu Kurau

Respons: 0 comments
Gambar di atas adalah Stesen Minyak Shell Batu Kurau. Satu-satunya stesen minyak yang terdapat di pekan Batu Kurau. Stesen minyak ini di miliki oleh Pertubuhan Peladang Batu Kurau.

Sekolah-Sekolah Di Pekan Batu Kurau

Respons: 0 comments
Sekolah Kebangsaan Toh Sajak
Sekolah Kebangsaan Batu Kurau
SJK(C) Kwong Man Batu Kurau
SMK Dato Kamaruddin

Gambar-gambar dia atas adalah gambar sekolah-sekolah yang terdapat di kawasan berdekatan dengan Pekan Batu Kurau. Di Sekolah-Sekolah ini telah melahirkan ramai insan-insan yang berjaya yang mengharumkan nama baik Batu Kurau.

Batu Kurau Hujan Lebat

Respons: 0 comments


Selasa 10 March 2010,Pekan batu kurau mengalami hujan yang sangat lebat pada waktu petang. Batu Kurau telah mengalami cuaca panas kering agak berpanjangan semenjak bulan Januari lepas dan hujan hanya turun pada waktu yang singkat dengan kuantiti air yang sedikit sahaja. Fenomena hujan ini mengembalikan kelegaan kepada warga kampung am nya yang semakin tidak tertahan dengan kepanasan cuaca yang melanda. Di atas saya sertakan gambar-gambar yang telah di ambil ketika berlakunya fenomena hujan tersebut.


Balai Polis Baru Pekan Batu Kurau

Respons: 0 comments
Gambar di atas adalah pembinaan kuaters Balai Polis Pekan Batu Kurau yang baru. Kuaters Balai Polis yang lama telah di robohkan bagi memberi laluan pembinaan masjid yang baru. Kini Balai Polis yang baru sedang dalam pembinaan dan di jangka akan siap tidak lama lagi.

Masjid Al-Kurawi Masjid Baru Pekan Batu Kurau

Respons: 2 comments
Gambar di atas adalah gambar terbaru Masjid Al Kurawi yang sudah siap pembinaannya pada tahun 2008.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog