Selamat Pengantin Baru

Respons: 4 comments
Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh, terima kasih kepada para pengunjung yang masih setia berkunjung ke sini walaupun telah sekian lama tiada update dari saya. Kebelakangan ini saya sangat-sangat sibuk menguruskan majlis perkahwinan saya dengan Nurul Huda @ruangbicarakaklong.blogspot.com.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar di kedua-dua buah kenduri. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi hadir ke majlis kenduri kahwin saya. Harap maaf pada yang tidak menerima undangan dari saya, oleh kerana semuanya saya harus uruskan sendiri, bebanan kerja yang tak terkira membuatkan saya tidak berkesempatan langsung untuk mengemaskinikan blog ini mahupun blog-blog lain milik saya.

Akhirkata, doakan kami agar berkekalan hingga ke akhir hayat.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog