Di Mana Tandas Pekan Batu Kurau

Respons: 0 comments
Seringkali jika kita melewati persimpangan di hadapan Pejabat Penghulu akan kelihatan papan tanda yang besar menunjuk ke arah Medan Selera dan Gerai Buah, Tempat Letak Kereta dan kenderaan awam, Tempat Perhentian Teksi / Kereta Sewa dan juga Tandas Awam. Namun persoalan yang sering bermain di fikiran saya dan segelintir masyarakat Batu Kurau di manakah letaknya tandas awam tersebut? Apabila orang luar datang melawat ke Pekan Batu Kurau pastinya mereka akan singgah di Pekan Batu Kurau. Namun timbul satu masalah apabila ingin membuang air. Ini kerana mereka terpaksa menumpang di tandas yang terletak di kedai-kedai makan, Stesen Minyak Shell, mahupun menumpang tandas masjid. Apa guna ada papan tanda yang besar tersergam di depan pejabat penghulu namun tiada tandas pun? setelah saya membuat sedikit pemerhatian dan inilah yang saya temui.



Bangunan ini sudah dibina agak lama namun tidak digunakan sebaik mungkin. pada pengetahuan saya bangunan ini merupakan tandas awam yang dibina untuk kegunaan orang ramai. namun telah di salah gunakan oleh orang awam yang memegang kunci tersebut untuk kegunaan sendiri. siapakah pemegang kunci tersebut masih lagi dalam siasatan. saya memohon pihak berwajib agar membuka tandas ini untuk kegunaan orang ramai. kalau tidak pun buka tender untuk syarikat kecil menjaga tandas ini, yang mana mereka bertanggungjawab untuk menjaga tandas ni membersihkan mengindahkan serta berhak mengutip bayaran setimpal dengan servis yang di sediakan. jikalau caj yang di kenakan rm 0.30 sen untuk sekali masuk pun masih lagi berpatutan daripada di jadikan tempat simpan barang oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog