Pampers 1 Malaysia VS Mamy Poko Easy Fit Pants

Respons: 2 comments
vs 

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsikan sedikit testimoni berkenaan lampin pakai buang yang di pakai oleh anak saya di rumah. Untuk menjimatkan kos perbelanjaan lampin untuk anak saya, saya telah menggunakan pampers 1 malaysia yang ekonomi tu, harga untuk size L sangat murah untuk 72 keping baru RM20.50, dah berapa ringgit saya dapat jimatkan duit untuk pampers si kecik tu. Untuk pengetahuan anda sejak mula-mula pakai pampers ni anak saya tidak langsung mengalami alahan, tetapi kerap tukar lampinnya apabila kencing, apatahlagi sekarang sudah pandai mengadu lampinnya basah. 

Baru-baru ini ibu mertua saya merangkap opah kepada anak saya ni belikan pampers Mamy Poko Easy Fit Pants. Pada mulanya saya katakan tak perlulah beli pampers tu, mahal, 44 keping dan dekat rm24 tak silap sayalah. Tapi ibu mertua saya kata takpa dah niat dia nak belikan untuk cucu kesayangannya tu. Apa yang menakjubkan saya, anak saya dipakaikan pampers mamy poko easy fit pants tu, dia tidur lena sepanjang malam, sangat selesa, kalau pampers ekonomi 1 malaysia, sudah tentu 3-4 keping pampers kena tukar, sangat berpuas hati dengan pampers mamy poko ni, walaupun harganya agak mahal, penggunaannya pula dapat di jimatkan dengan kadar serapan yang tinggi, membuatkan permukaan dalam tidak basah dan anak saya pun dapat tidur lena. 

Kesimpulannya di sini, walaupun pada dasarnya niat saya nak berjimat dengan membeli pampers yang agak rendah harganya dan lebih kuantitinya, namun lebih jimat jika saya beli yang mahal sedikit kuantitinya tapi sangat menjimatkan.


Sukatan Gantang dan Cupak

Respons: 2 comments
     Yang tempurung tu kepol (4 kepol 1 cupak), yang tengah cupak (4 cupak 1 gantang).Yang besar tu gantang( Satu gantang beras untuk bayar fitrah)

   
1 kati = 600gram

1 tahil = 38 gram

4 tahil = 150 gram

8 tahil = 300 gram

2 kepul = 1 kal (450 gram)

2 kal = 1 cupak (900 gram)

4 cupak = 1 gantang(3.6 kilogram)

16 gantang = 1 nalih (57.6 kilogram)

10 nalih = 1 kunca (576 kilogram)

Sekadar bahan rujukan.

Penggambaran Telefilem From Batu Kurau With Love

Respons: 0 comments

Bermula 26 Jun 2013 sehingga 30 Jun 2013 penggambaran telefilem From Batu Kurau With Love arahan Usu Azha Haji Hamzah. Beberapa artis turut sama terlibat dalam penggambaran ini bersama-sama dengan anak-anak Batu Kurau. Antara artis terlibat termasuklah Jia Azizah, artis baru.






Pelajar Mencuri Undang Padah

Respons: 0 comments
Gambar Hiasan, En Sukardi OCS Balai Batu Kurau sedang beramah mesra dengan masyarakat

Seorang pelajar di tangkap oleh Pegawai Polis Batu Kurau kerana menerima laporan kecurian di beberapa premis kedai di sekitar Pekan Batu Kurau angkara beliau.  Pelajar tersebut yang bersekolah di sekolah menengah berhampiran baru tingkatan satu, namun sudah pandai mencuri. Berikutan penangkapan beliau dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian yang berlaku di sekolah dan beberapa buah kedai di pekan Batu Kurau.

Petua Mengekalkan Kesihatan Tubuh Badan

Respons: 0 comments
Petua ini diberi oleh seorang pelanggan yang sering datang ke kedai saya. Timbul kemusykilan pada saya, walaupun usia beliau sudah menjangkau 62 tahun, beliau seorang pesara kerajaan, tidak pernah ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung yang sering jadi peneman setia warga emas. Beliau memberikan petua mudah kepada saya iaitu jangan tinggalkan solat 5 waktu jujur dan amanah dalam apa jua urusan dan tidak mengambil rasuah, pastikan apa yang di makan dan diberi anak bini makan adalah dari sumber rezeki yang halal, insyaallah akan dikurniakan kesihatan tubuh badan.

Lagu Batu Kurau Kapongku (Official Video Clip)

Respons: 0 comments

Lirik

WAHAI PAK LONG DAN JUGA MAK LONG
YANG HAT DOK NUN JAUH DI SANA
MUMA DOK WAT PENAMA LEKAS LA BALIK KAPONG
AYAM ITIK LEMUNG SEMUA DOK TUNGGUNG
KAPONG KITA LA NI DAH MAJU
TAK DAK DOK SEPAH TAHI LEMUNG
LEMUNG DAH DOK TAMBAT TAK PAYAH DAH DOK HAMBAT
KAPONG KITA LA NI DAH HEBAT
PELACONG RAME DAH MARI
JEPUNG JERMAN DAN MENGALI
DEMA PAKAT SERENOK KAMPUNG KITA DEMA KATA
TERBAIK DI DUNIA
NATI KELIK YOU DON'T SPEAK KOLALUMPO
NATI TOK CHE NGANGA MULUT MENGGELUPO
JATI DIRI KITA TU LEBIH UTAMA
ORANG TAK FAHAM BALE KE DEMA
CAK CAK NUKUK BELALANG KEDEK-KEDEK
ITU PATONG MAK PAK KITA DULU-DULU
TETU MUMA INGAT SEROK PAGI MAKAN TEPEK
CICAH KOPI O SEDAT SELALU
TUKURO KITA INDAH NAMANYA
HAT YANG JANTAN HENSEM TAK SANGA
HAT BETINA PULA LAWA DEMA KATA
YANG PALING CATIK DI DUNIA
MELAYU CINA DAN HINUNG
SEMUA PAKAT GUI KAN SELASA
BAS DAH TAK MBOH LALU TAK YAH TUNGGUNG
DEMA SEMUA PAKAT DAH ADA KERETA
PAK LONG MAK LONG MARILAH KELIK
MU TAK RINUNG KA KAT KAPONG KITA
LEPAS MAKAN SEMEKUK JONG KITA GI SEMEJIK
MINTAK JAUH DOSA DAN NERAKA

Kembali Bersiaran Setelah Hampir Setengah Tahun Menyepi

Respons: 0 comments



Saya memohon maaf kerana beberapa bulan ni tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan menguruskan keluarga dan urusan seharian yang padat, Selepas ini saya akan mengemaskini semula blog ini.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog