Batu Kurau: Di manakah Batu Kurau?

Respons: 3 comments
Assalamualaikum...hari ini pada asalnya saya ingin berkongsi dengan para pengunjung dan pembaca sekalian berkenaan dengan satu batang pokok yang di tanam songsang tetapi setiap kali saya nak bertanyakan soal itu pada emak saya, saya akan terlupa.Makanya untuk entry hari ini saya ingin menjawab pertanyaan salah seorang pembaca yang bertanyakan di manakah Batu Kurau?.

Batu Kurau ini hanyalah satu Daerah nun jauh di Utara Perak. Kawasan pendalaman, masih ada lagi rakyat yang hidup bergantung harap pada tanam-tanaman, hasil tani, memelihara binatang ternakan, juga ada penduduk, anak muda yang sudah bekerja di kilang-kilang di bandar juga bekerja di Bandar Kuala Lumpur.

Batu Kurau ni terletak di Di dalam kawasan Taiping, Perak. Lebih kurang 20 km dari bandar Taiping. Biasanya Batu Kurau amat terkenal dengan buah Durian, sehinggakan ada replika buah durian yang besar di hadapan Pejabat Peladang Besar, Batu Kurau. Popular nya buah durian Batu Kurau ini boleh sampai ke Kuala Lumpur dan sehingga ada juga orang Johor juga tahu kehebatan rasa Buah Durian dari Batu Kurau ni.

Dekat Batu Kurau ini terdapat banyak kampung-kampung. Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk di kunjungi antaranya, Lata Air Sempeneh(sungai), Air Hitam(sungai), Sungai Telaga Tujuh(sungai), Gunung Sempeneh di mana terdapatnya gua pelamin.

Di bawah adalah peta dari Satelite Batu Kurau.


3 comments:

sop said...

Sop pun x pernah ke sini. Harap boleh sampai juga nanti

awie958 said...

Ada masa yang terluang nanti datangla ke sini.

kpah k-poh said...

masa kpah duk kat Taiping dulu...ada jugak kpah pi cari durian kat Batu Kurau tu...Skrg ni duk Penang..kpah cari durian Balik Pulau pulak...hmmmm

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog