Kartunis Qayyum Telah Kembali Ke Rahmatullah

Respons: 2 comments

Sewaktu saya kecil saya sangat suka Majalah Ujang. Majalah Ujang ni kiranya setiap bulan adalah wajib untuk saya beli. Saya paling suka kalau ada keluaran bumper, biarpun harga mahal tapi berbaloi bukan saja tebal dan penuh dengan kartun yang pastinya menggelikan hati tetapi juga ada VCD lakonan dari kartunis-kartunis Majalah Ujang, antara yang saya paling suka adalah lakonan Kartunis Qayyum, berkisar tentang seorang despatch yang ingin mencari alamat rumah. 

Jika semalam kita di kejutkan dengan pemergian Allahyarham Zami Ismail@ Pak Uda. Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kembalinya kerahmatullah Kartunis Qayyum. Ikuti berita yang saya petik dari Hmetro.

KUALA LUMPUR: Editor dan penulis majalah kartun lawak antarabangsa, Ujang iaitu Rasdan Abdul Rahim, 41 atau lebih dikenali sebagai Qayyum meninggal dunia akibat serangan jantung, di rumahnya, di Fair Ville, USJ 22, dekat sini, malam kelmarin.
Isterinya, Suhaila Samsudin, 32, ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian dia bersama suami dan anaknya ke ibu kota petang kelmarin atas urusan keluarga sebelum mereka pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam.

Katanya, sewaktu menaiki tangga rumah suaminya tiba-tiba mengalami serangan jantung dan terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun doktor mengesahkan suaminya sudah meninggal dunia kira-kira jam 9.28 malam.
“Sebelum meninggal arwah sudah empat tahun mengidap penyakit jantung dan bergantung hidup pada ubat. Namun saya tidak menyangka semalam (kelmarin) adalah saat terakhir kami bersamanya,” katanya.

2 comments:

Siti Aziz said...

takziah...

Renjer Sungai said...

sedekahkan al-fatihah.. renjer suke crite ujang movie tu :)

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog