Malang yang tak berbau

Respons: 0 comments
Assalamualaikum para pengunjungan yang saya hormati, malam ini saya nak kongsi dengan anda semua apa yang berlaku pada saya pada petang tadi.

Sewaktu saya sedang memandu kereta dari pekan Batu Kurau ke Arah Taiping petang tadi tiba-tiba seekor kera telah melintas secara mengejut dari sebelah kanan, saya yang terkejut sewaktu memandu dengan secara  automatik telah membelokkan streng kereta ke arah kanan, mujurlah tiada kereta di hadapan dan belakang sewaktu itu. Kejadian tersebut berlaku di Batu 12 selepas kubur tok payung.Kera itu telah mengenai bahagian bumper sebelah kiri saya. Namun umurnya masih panjang mungkin, sewaktu saya melihat cermin sisi kelihatan masih ada seekor kera di atas jalan, kemungkinan itu adalah kera yang sama yang saya telah terlanggar. Bumper kereta saya sebelah kiri telah tanggal dek kerana melanggar kera tersebut. Nampaknya esok kena la pergi bengkel kereta Ah Siong untuk masukkan semula bumper yang telah tertanggal tu. Compressor ekor pulak kelihatan agak kemik-kemik, tapi aircond masih lagi sejuk dan berfungsi seperti biasa.Harap-harap tidak mengalamani masalah serius.


Review Filem Kongsi

Respons: 0 comments
Sedikit sinopsis:-


Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

Dari sudut pandangan saya:-
 
Filem Kongsi yang punyalah gah promosi di buat semenjak dari awal tahun 2011 lagi rupanya tak lebih dari sebuah filem yang entah apa-apa. Ceritanya agak tergantung dan membuatkan orang tertanya-tanya sejak dari awal sampailah akhir. Bukan niat saya nak kritik filem melayu. Cuma  jalan cerita yang cuba di paparkan tidak ada langsung unsur-unsur nasihat, yang ada cuma kita dapat tengok flashback Temulak belajar tomoi dekat siam. Walapun pada akhir ada sedikit aksi yang agak mendebarkan yang mana Temulak membawa kereta dan di kejar dengan kereta Polis Peronda Waja dan Evo. Namun keseluruhan cerita ini amat membosankan dan tidak cukup aksi.Kepada pengarah filem ni, tolong perbaiki filem arahan kamu, promosi yang gah, kutipan yang memberansangkan, sayangnya filem tiada nilai. 





Musim Kenduri Datang Lagi

Respons: 0 comments
Bermula dari 28 May Sehingga 12 June 2011, cuti sekolah. Masa inilah masa yang sesuai untuk buat kenduri kendara. Jadinya pakat sibuk pilih tarikh seperti 28,29, 4,5,11,12 . Memang penuhlah jadual nak pergi kenduri. Sampaikan ada satu hari kena pergi lebih dari lima kenduri. Alhamdulillah rezeki. Nampaknya setiap sabtu ahad dalam 3 minggu ni dapur rumah tak berasap la yer, itu dulu, zaman dulu-dulu orang masih gunakan dapur kayu, sekarang dah guna dapur gas atau dapur elektrik, jadi kuranglah asapnya ye.

Seperti mana orang lain begitu juga dengan saya, agak sibuk memenuhi jadual ke sana kemari dengan persiapan pertunangan saya lagi, juga mengunjungi majlis kenduri kahwin kawan-kawan. Memang agak padat jadual harian sekarang ni. 

Di bawah ini saya kongsikan kepada teman-teman sekalian sekitar majlis kenduri yang saya hadir semalam di Ulu Sepetang.

Fenomena Sebelum Gerhana matahari

Respons: 9 comments









Pada tengah hari tadi sekitar pukul 1 tengah hari saya berkesempatan untuk melihat fenomena di mana matahari kelihatan di kelilingi oleh Pelangi. Subhanallah memang sangat menakjubkan. Fenomena ini jarang-jarang sekali kita dapat lihat. Lebih kurang pukul 2.15 petang kalau yang bertuah akan dapat lihat gerhana matahari pula. Sayangnya pada waktu itu saya masih lagi di masjid, kalau tidak pasti saya akan letakkan gambar gerhana matahari di sini.

Homestay Di Taiping

Respons: 0 comments
Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pengunjung rumah peninapan yang juga di panggil dalam bahasa mudahnya sekarang Homestay. Homestay ini milik rakan blogger saya, ianya di beri nama AR-RIDZUAN TAIPING HOMESTAY. Bagi yang mempunyai keluarga dan ingin tinggal dalam rumah yang selesa untuk beberapa hari sepanjang waktu melawat ke Taiping bolehlah datang dan menginap di sini. Harga yang berpatutan , perkhidmatan yang sangat memuaskan pastinya membuatkan anda sangat berpuas hati.










Type: Muslim Guest House and Homestay 
Alamat :
No.22, Lorong 19,
Taman Desa Jana 2,
Kamunting, Taiping
Perak

Ar-Ridzuan Taiping Homestay terletak di kawasan perumahan Melayu.

Lokasi menarik berdekatan 
Ar-Ridzuan Taiping HomestayDekat Bukit Jana Golf Resort, MRSM, Seratas, Sek. Teknik Kamunting, Bukit Jana Golf Resort, Zoo Taiping, Bukit Larut, Bukit Merah Lake Town,Taman Tasik Taiping, Kolej Multimedia, Kompleks Rakan Muda, Muzium Taiping.

Kemudahan di 
Ar-Ridzuan Taiping Homestay :
1) 4 Bilik:
Bilik tidur utama ( Penghawa Dingin +Kipas )
Bilik tidur kedua katil queen (kipas )
Bilik tidur ketiga 2 katil bujang (kipas)
Bilik ke empat, ruang solat dan seterika baju. Juga boleh diletakkan toto yang
disediakan.

2) Ruang tamu and ruang makan beserta perabot, TV dan decoder ASTRO disediakan
(kad astro hendaklah dibawa sendiri)



3) Kemudahan lain di 
Ar-Ridzuan Taiping Homestay: Peti ais, Cerek elektrik, Pinggan , Periuk nasi elektrik, pembakar roti,
seterika, cawan dan sudu.
4) Parking boleh masuk 2 kereta.
5) Semua tingkap bergrill.
6) Disediakan 2 toto dan 2 biji bantal extra.
8) Tempat makan dekat.
9) Homestay menghadap padang.

Jarah dari 
Ar-Ridzuan Taiping Homestay ke tempat menarik di Taiping:

1) 20 minit Bukit Merah Lake Town.
2) 10 minit Zoo Taiping, Bukit Larut,
Taman Tasik Taiping, MRSM, Plaza Tol
Kamunting Utara

Info Jarak dari 
Ar-Ridzuan Taiping Homestay:
1) KL - 3.5 jam dari Taiping
2) Ipoh - 45 minit dari Taiping
3) Penang - 45 mnt dari Taiping
4) Tesco Taiping, Taiping Central– 11 mnt
dari Homestay.
5) Kuala Gula – 30 mnt dari Homestay
6) Tempat berkelah air terjun Bukit Jana -
1.5 km.
7) Jangan lupa cari durian Batu Kurau 20
minit dari homestay.
Lagi tempat-tempat menarik berdekatan Ar-Ridzuan Taiping Homestay:
10 km dari air terjun Suria Permai Taiping, 10 km Burmese Pool Taiping,10 km War Cemetry Memorial Taiping, 10 km Doli Keow Teaw Taiping, 10km dari Taman Tasik Taiping ,10 km Zoo Taiping,10 km Muzium Taiping ,4 km Tesco Taiping dan Taiping Sentral,20 km Kota Ngah Ibrahim Taiping ,20 km Mee udang banjir Taiping ,20 km Jeti kelip-kelip Kg Dew Taiping.


Ar-Ridzuan Taiping Homestay sesuai untuk penginapan, percutian keluarga, kenduri, hari keluarga, berbulan madu & lain2 program.

Kadar Sewa di 
Ar-Ridzuan Taiping Homestay:
Hari Isnin dan hari Khamis :
RM 130 tetap. (2H1M)
RM 250 tetap (3 H2M)
RM 350 tetap (4H3M)



Hari Jumaat, Sabtu, Ahad,cuti umum dan cuti sekolah : 
RM 150 (2H1M)
RM 280 (3H2M)
RM 400 (4H3M)
Check in: 12.00 tengah hari jika tiada tamu, 2.oo petang jika ada tamu.
Check out: 12tgh
kadar Sewa bulanan boleh dirunding.

Untuk Pertanyaan:
Mahadzir: 017-6627969
e-mail: pengurus@taipinghomestay.net


Tempat Perlancongan yang menarik di Taiping

Respons: 1 comments
Entry Kali ini adalah sambungan daripada entry yang lepas Muzium Perak dan Zoo Taiping. Di harapkan sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan para pembaca yang mana tempat-tempat yang menarik ada di Taiping.



Kompleks Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja.
Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984). Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).

Koleksi dan Galeri

Koleksi muzium terdiri daripada semua jenis artifak berhubung kait dengan kronologi penubuhan kompleks ini sendiri.
Pameran tetap muzium memperagakan artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada keluarga Cek Long Jaffar, Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.

Hari & Masa Lawatan

Setiap hari dari 9.00 pagi - 5.00 petang
Bayaran Masuk
Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Pn. Zairul Hida - Penolong Kurator

Alamat

Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim,
Matang, Taiping, 34750 Perak
Tel : +605 8477970 , +605 8472497
Faks : +608 8477757

Tempat Perlancongan yang menarik di Taiping

Respons: 2 comments
Entry Kali ini adalah sambungan daripada entry yang lepas Tempat Perlancongan yang menarik di Taiping . Di harapkan sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan para pembaca yang mana tempat-tempat yang menarik ada di Taiping.

 

Night Safari merupakan satu tarikan baru bagi bandar Taiping dan yang pertama di Malaysia. Night Safari telah dirasmi pada 15 Jun 2003 oleh DYMM Sultan Azlan Shah memberi satu kelainan kepada pengunjung di mana keindahan dan keaslian alam semulajadi di waktu malam dapat dilihat. Night Safari mempamerkan hidupan-hidupan haiwan yang aktif di waktu malam yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar di mana bunyi pelbagai jenis haiwan dapat didengari seperti burung pungguk, musang, kijang, harimau kumbang dan sebagainya. Dalam Anugerah Pelancongan Malaysia 2003, Zoo Taiping dan Night Safari telah berjaya memenangi Anugerah Tarikan Pelancongan Terbaik Kategori Buatan Manusia.

Night Safari Taiping adalah satu produk perlancongan unik di mana haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dipamerkan dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan. Pengunjung dapat menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar di mana bunyi pelbagai jenis haiwan dapat didengari. 

Untuk menghayati sepenuhnya pengalaman ini, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyian atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini, serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu haiwan yang dipamerkan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Zoo Taiping & Night Safari
Jln. Tmn. Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-8086577

Semakan Ke Masukan Ke Politeknik Sesi Jun dan Disember

Respons: 1 comments
Bagi yang belum lagi menyemak nama anda samada tersenarai untuk menyambung pelajaran ke Politeknik sesi Jun 2011 dan Disember 2011 bolehlah membuat semakan di
Klik Di Sini Untuk membuat semakan

Tempat Perlancongan Menarik di Taiping

Respons: 4 comments
Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.
Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.

Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.

Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

  • Tandas Awam
  • Tempat Letak Kereta
  • Kaunter Penerangan
  • Perpustakaan Mini
  • Pondok Telefon
Merupakan muzium pertama di Malaysia dan siap sepenuhnya pada tahun 1903 untuk sedia digunakan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Jabatan Muzium dan Antikuiti Wilayah Tengah
Muzium Perak
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-807 2057
http://www.museumperak.gov.my

Kepentingan air dalam Badan

Respons: 0 comments

Air merupakan keperluan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia yang di perlukan sehingga akhir hayat. Kita perlu memberi perhatian tentang kebaikan meminum air. Amalan meminum air dapat mencegah dari pendehidratan dan juga dapat mengekalkan pembuangan air besar. Amalan ini juga dapat menjaga kesihatan kulit dan juga rambut kita.

Keperluan air dalam badan yang di perlukan oleh lelaki adalah 65% manakala bagi perempuan pula memerlukan 55%. Air memainkan peranan penting dalam tubuh badan yang mana air berfungsi untuk melaraskan suhu tubuh badan, sebagai agen pengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh sel tubuh badan. Air juga melindungi sendi serta organ dan tisu. Oleh kerana itu tanpa makanan manusia boleh hidup selama 8 minggu, tetapi tanpa air manusia hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia

Respons: 1 comments
¨ Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
¨ Ujub dan sombong.
¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.
¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
¨ Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
¨ Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
¨ Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

Ragam Peniaga di Pekan Selasa

Respons: 2 comments



Beginilah ragam peniaga di Pekan Selasa, yang pastinya akan ramai pengunjung yang datang ke Pekan Selasa singgah untuk melihat aksi yang dipamerkan oleh peniaga ini. Untuk kali ini kita dapat lihat peniaga ubat-ubatan tradisional menjual ubatnya, pengunjung yang singgah merasa amat tertarik melihat demo yang di persembahkan. Di dalam gambar diatas seorang budak di sapukan sejenis minyak yang di panggil jerangau merah kalau tidak silap saya. Setelah di sapukan minyak jerangau di pinggang budak itu, budak itu mampu mendokong beban berat orang dewasa yang hampir 5 kali ganda berat badannya. Gambar budak tersebut mendokong orang dewasa tersebut tidak sempat saya rakamkan.

Selepas itu penonton dihiburkan dengan persembahan ular. Terdapat pelbagai jenis ular di dalam kotak yang diletakkan di hadapan pengunjung. Saya tidak boleh tunggu lebih lama untuk menyaksikan persembahan ular kerana ada urusan lain yang harus di lakukan. Insyaallah nanti bila peniaga ubat-ubatan ini datang lagi saya akan rakamkan persembahan ular pula.

Lelaki Misteri Simbah Asid

Respons: 5 comments
Gambar di atas adalah wajah suspek yang menyimbah asid ke berpuluh orang sejak akhir-akhir ini. Di fahamkan sudah lebih 20 orang mangsa terkena simbahan asid. Gambar wajah ini telah berjaya di rakamkan oleh CCTV dan difahamkan juga mangsa yang terbaru adalah anak seorang pegawai polis di seksyen 10, Wangsa Maju. sumber berita

Selamat Hari Guru

Respons: 0 comments
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Seperti kita semua rakyat Malaysia sedia maklum 16 Mei sudah ditetapkan adalah hari guru dan ianya di sambut di seluruh Malaysia. Alhamdulillah pada tahun 2011 ini kita sekali lagi berpeluang meraikan guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tanpa pernah mengenal erti jemu mendidik kita menjadi insan yang berguna. Tanpa guru-guru yang mendidik kita sejak kita mula mengenal bangku sekolah siapalah kita sekarang ini. Khas untuk semua guru:-


video ehsan dari www.blogcikgu.com
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Blogger.Com Pulih Kembali

Respons: 2 comments
Hampir dua hari tidak dapat nak mengemaskini blog yang dapat pun hanyalah membuka blog dan melakukan blogwalking membaca entry kawan-kawan blogger yang lepas-lepas. Agak sunyi dunia blogger jadinya apabila pihak blogger.com sedang melakukan pembaikan. Namun Alhamdulillah semuanya kembali pulih dan semua aktiviti dapat dijalankan seperti biasa semula.

Persoalan yang timbul kenapa yer blogger.com hanya dapat dibuka tetapi tidak boleh mengemaskini, mengomen dan sebagainya. Berikut di bawah jawapannya:-

Update (5/13 7:46PM PST): Nearly all posts since Wednesday are restored, now bringing back comments from last couple days. We expect the comments to be back this weekend or sooner.

What a frustrating day. We’re very sorry that you’ve been unable to publish to Blogger for the past 20.5 hours. We’re nearly back to normal — you can publish again, and in the coming hours posts and comments that were temporarily removed should be restored. Thank you for your patience while we fix this situation. We use Blogger for our own blogs, so we’ve also felt your pain.

Here’s what happened: during scheduled maintenance work Wednesday night, we experienced some data corruption that impacted Blogger’s behavior. Since then, bloggers and readers may have experienced a variety of anomalies including intermittent outages, disappearing posts, and arriving at unintended blogs or error pages. A small subset of Blogger users (we estimate 0.16%) may have encountered additional problems specific to their accounts. Yesterday we returned Blogger to a pre-maintenance state and placed the service in read-only mode while we worked on restoring all content: that’s why you haven’t been able to publish. We rolled back to a version of Blogger as of Wednesday May 11th, so your posts since then were temporarily removed. Those are the posts that we’re in the progress of restoring.

Again, we are very sorry for the impact to our authors and readers. We try hard to ensure Blogger is always available for you to share your thoughts and opinions with the world, and we’ll do our best to prevent this from happening again.

Posted by Eddie Kessler, Tech Lead/Manager, Blogger

Jawapan di atas ini di petik dari halaman buzz blogger . Nampaknya sekarang para blogger boleh teruskan berbblogging seperti biasa yer.

Batu Kurau kini hujan

Respons: 2 comments


Alhamdulillah syukur di pagi hari ini rahmat Allah turun melimpah ruah, semenjak dari awal pagi tadi lagi hujan turun berenti sekejap dan turun kembali, setelah hampir 5 hari mengalami cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 36-38 darjah celcius.

Samsung Galaxy 5

Respons: 3 comments
Agak sekian lama tak kemaskini blog ini. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda sebuah gajet yang agak murah tapi banyak kegunaan dan sangat berguna. Samsung Galaxy 5. Rasanya gajet ini tidak asing lagi kerana sudah beberapa bulan berada di pasaran. Saya telah membeli telefon Galaxy 5 ini di Taiping Sentral dengan harga RM599, harga pada waktu itu sekitar bulan February, tapi sekarang harganya mungkin sudah dalam lingkungan harga RM550.

Apa yang menariknya telefon ini di lengkapi dengan Android 2.1. Di waktu ini kebanyakan telefon canggih sudah di lengkapi dengan Android. Apa itu android?.

Berikut penerangan ringkas apakah itu Android yang di petik dari Wikipedia.

Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).


Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.


Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.


Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.


Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muaturun percuma!!!



Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),

1.5 - cupcake (30 April 2009),

1.6 – donut (15 September 2009),

2.1 – eclair (26 October 2009),

2.2 – froyo (20 May 2010),

2.3 – gingerbread (6 December 2010),

3.0 – Honeycomb (22 February 2011)

dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011.

Selain daripada itu telefon yang saya beli ini juga di lengkapi dengan software Papago Navigation. Software Papago yang di lengkapi di dalam telefon Galaxy 5 saya ini amat membantu saya sewaktu perjalanan ke Uitm Jengka, Pahang tempoh hari dan semalam sewaktu saya pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang.

Kedai Gunting Rambut Nizar

Respons: 5 comments
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua sebuah lagi kedai gunting rambut yang terdapat di pekan Batu Kurau ini. Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi dengan anda semua Kedai Gunting Rambut Yusri .

Kedai gunting rambut ini di miliki oleh Abang Nizar, sebut sahaja apa fesyen yang anda mahukan insyaALLAH beliau akan cuba penuhi permintaan pelanggannya, tapi pastikan pada waktu yang tidak sibuk. Harganya pun amatlah berpatutan jadi tak rugilah kalau kita mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut darinya.

Untuk pengetahuan para pembaca lagi, anda akan rasa amat berpuas hati kerana mesin yang di gunakan bukanlah mesin murahan yang boleh di dapati dengan mudah di pasar hari, keselesaan dan kepuashatian pelanggan menjadi keutamaan beliau. Kedai Gunting Rambut ini masih baru lagi beroperasi berbanding kedai-kedai gunting rambut yang lain namun sudah ramai yang menggunakan perkhidmatan menggunting rambut dari beliau. Senang-senang singgahlah ke Kedai Gunting Rambut Nizar, di Jalan Kampung Perak Baru, Batu Kurau, Taiping Perak. Berhadapan dengan Kedai Komputer Ilmiah.

Selamat Pengantin Baru Abang Din dan Kak An

Respons: 2 comments

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Abang din dan Kak An yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2011 yang lepas. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Beruntungnya Abang Din baru je kawin dah bergelar ayah ye. Tahniah ye.

Perlu ke Nota Begini di Tandas Masjid?

Respons: 0 comments


Assalamualaikum, hampir seminggu blog ini terbiar tanpa entry yang terbaru, yang sebetulnya sepulangnya saya dari Jengka, Pahang, terasa tersangatlah penat, apatah lagi pemanduan yang memakan masa hampir sehari jika di hitung keseluruhan perjalanan. Jadinya malam ini saya meminta pendapat anda para pembaca sekalian, wajarkah ada nota sebigini di pintu tandas masjid? Gambar ini saya ambil di pintu tandas Kamunting, Taiping Perak.
Anda boleh klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih besar.

Mungkin ada orang yang menganggap gambar yang saya pamerkan boleh jadi sebagai bahan lawak jenaka, namun saya merasakan seolah-olah tindakan ini adalah tindakan yang tidak bertamadun. Apa salahnya keluarkan modal untuk upah orang taip nota dengan kemas dan di tampalkan di sini. Bukankah nampak lebih kemas dan teratur dan tidak nampak menjijikan seperti ini?

Salam Takziah dan Terima Kasih

Respons: 3 comments
Assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh, terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke sini. Saya mohon maaf kepada anda semua kerana tidak dapat mengemaskinikan blog ini dalam 3 hari lepas kerana ada hal yang mustahak, ke Pahang atas urusan keluarga.

Ucapan Takziah saya ucapkan kepada sahabat saya Musa Bin Kamaruddin yang baru sahaja kehilangan saudara kandungnya Zulkifli bin Kamaruddin yang meninggal dunia pada 30/4/2011. Al- Fatihah, moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan insan-insan yang baik di syurga. Arwah telah meninggal dunia sewaktu sedang tidur di dalam bilik di rumah sewanya.Sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir betapa maut itu datang dalam pelbagai cara, walau sedang tidur sekalipun.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog