Awas Burger Najis!

Respons: 5 comments

Telur Ayam yang terdapat najis dan belum dicuci.


Di bahagian buntut ayamlah tempat keluarnya telur ayam.


Gambar adalah hiasan, burger ayam.

Setelah beberapa hari tiada entry yang tebaru hari ni saya nak berkongsi tentang Burger Najis. Pernah tak anda semua makan burger ayam special?. Saya rasa tentu anda semua pernah makan bukan, kalau tak pernah tu boleh baca dan sampaikan pada kawan-kawan. Apa yang saya nak kongsikan pada petang ini ialah berkenaan telur yang digunakan untuk membungkus daging burger tadi, telur tersebut kadangkala ada sesetengah peniaga yang tidak mahu mencuci kulit telur terlebih dahulu. Ini menjadikan apabila mereka memegang telur tadi maka tangan mereka akan terkena najis yang ada pada telur, dengan tangan yang sama juga si peniaga tadi akan memegang pula roti , peralatan memasak dan sebagainya, dan secara tak langsung najis yang berada pada kulit telur tadi akan terpalit habis ke daging burger, pada roti burger , kertas tisu, plastik dan seterusnya burger itulah yang anda makan. Cuba bayangkan setiap hari jika anda makan burger ayam special, makanya setiap hari jugalah anda akan memakan najis yang secara tidak sengaja berada di dalam makanan anda iaitu burger tersebut.

Bagaimana pula telur tersebut boleh menjadi najis? Menurut apa yang di perkatakan oleh salah seorang ustaz yang berceramah di dalam kursus yang saya hadiri, katanya apa sahaja yang boleh di makan seperti telur adalah asalnya dari lubang najis maka kena kita cuci dahulu, jika kita dapat lihat ibu ayam seperti gambar di atas mengeluarkan telur dari lubang buntutnya tempat pengeluaran najis, maka telur tersebut secara tak langsung akan terpalit dengan najis yang terdapat pada buntutnya ayam tersebut. Telur yang di basuh tidak boleh bertahan lama, jadinya telur tersebut tidak di basuh terlebih dahulu untuk mengelakkan telur tidak tahan lama.

Para peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab pada pemakanan yang di jual oleh mereka agar para pembeli tidak termakan makanan yang berunsur najis, Makanan yang terdapat najis tidak terhad kepada burger sahaja, makanan yang di jual di gerai-gerai seperti char kuew tiaw, mee goreng, murtabak yang hanya mengambil jalan mudah meletakkan telur pada bekas telur kertas yang kita sedia ada maklum terdapat najis pada bekas telur tersebut. Jadinya terpulang pada anda semua untuk memilih pemakanan mana yang sesuai untuk anda makan, makanan yang terdapat najis secara terang-terangan dengan amalan persedian yang tidak bersih, ataupun makanan yang bersih dan suci lagi halal. Mengikut apa yang saya faham, najis adalah haram di makan.

Karnival Jom Heboh

Respons: 0 comments




Semalam sempat berkunjung ke stadium batu kawan menyaksikan karnival jom heboh.sambutan hari kedua amat menggalakkan ramai datang ke karnival ni termasuklah dari kedah dan perak.


Blogaway

Respons: 2 comments

ini percubaan pertama menggunakan blogaway


Hasani Kursus Kahwin

Respons: 0 comments
Siang tadi saya menghadiri sesi pertama kursus kahwin di Hasani Group. Buat pengetahuan semua terutama di Perak, jumlah waktu untuk kursus kahwin ini akan di tambahkan, oleh kerana terdapat banyak sangat kes-kes penceraian di Perak ini jadinya jabatan agama islam perak bercadang untuk menambah baik modul yang sedia ada. Mengikut cakap-cakap pendaftar nikah negeri Perak tadi kemungkinan akan di buat untuk selama 3 bulan. Jadi pada sesiapa yang belum lagi mengambil kursus kawin ni adalah dinasihatkan untuk mengambil kursus tersebut secepat yang mungkin untuk mengelakkan sebarang kerumitan di kemudian hari. Ada juga cakap-cakap yang saya dengar di satu negeri tu ada yang sudah buat selamat 5 hari, ada yang 3 hari. Setakat minggu ini di Hasani Cawangan Kamunting masih lagi 2 hari. Bagi saya amat berbaloi di laburkan RM80 untuk mendengar ceramah selama dua hari di Hasani. Ustaz-ustaz yang menyampaikan pun ustaz yang memang orang yang arif tentang nikah kahwin ni, ada yang merupakan kaunselor, ada yang merupakan pendaftar nikah bukan sahaja kita dapat pelajari semula apa yang kita pelajari di sekolah malah ada beberapa ilmu alam rumah tangga di kongsikan bersama peserta kursus. Esok adalah hari terakhir kursus. Moga-moga dapat jawab test dengan jayanya esok petang.

Sup ayam yang lazat

Respons: 2 comments
Tengah hari ini saya nak berkongsi berkenaan sup ayam yang saya makan malam tadi.Kalau nak tahu malam tadi saya musa dan gg telah pergi ke kedai makan pak su mat bt 14.kami ke sana semata-mata ingin menikmati kenikmatan rasa sup ayam dan sup daging.Rasanya memang sedap.Bagi yang mengemari ala thai boleh berkunjung ke sini.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Masjid Besar Tandasnya Menyedihkan.

Respons: 8 comments
Malam ni saya nak komplen sikit berkenaan sebuah masjid yang tersergam indah di Bandar Kamunting ni.Kenapa Kamunting? Petang tadi saya singgah untuk solat Asar di Masjid tersebut. Sebelum nak ambil wuduk, terasa nak membuang air kecil, saya pun melangkah masuk ke dalam tandas yang berada di bahagian tepi bersebelahan dengan tempat untuk mengambil wuduk.Apabila masuk sahaja ke dalam tandas.

Beginilah keadaan pintu tandas sewaktu saya melangkah masuk. Tidakkah pihak jawatankuasa masjid merasa segan apabila masjid ini dikunjungi ramai orang terutama orang luar yang singgah untuk menunaikan solat disini.


Ini pula keadaan pam tandas, dengan paip yang sudah tidak bersambung, penutup yang terbuka begitu, tali untuk tarik pun sudah hilang, beginilah keadaan tandas di masjid tersebut, ini adalah satu pam tandas yang saya ambil gambar nya. Belum lagi tandas yang lain-lainnya. Cermin tingkap pula telah pecah. Tandas ini pula mengadap jalan raya. Sudah tentu orang yang lalu lalang di jalan berhampiran akan dapat lihat keadaan tandas dari luar walaupun agak jauh.


Inilah peti tabung derma untuk orang ramai menderma ke tabung masjid ini. Kutipan yang di terima bulanan agak tinggi bagi saya kadang-kadang ada yang mencecah sehingga lima ribu sebulan namun sayangnya duit yang diderma tidak digunakan untuk memperbaiki keadaan kerosakan masjid seperti tandas yang sepatutnya menjadi keutamaan, Islam sendiri menyeru umatnya agar mementingkan kebersihan. Jadi saya mohon agar pihak berwajib dapatlah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengindahkan masjid ini.

Inilah hasil kutipan untuk bulan Disember 2010, sayangnya duit yang di derma, disumbangkan digunakan untuk memenuhkan akaun masjid dan di tayangkan sahaja dan dikumpul setinggi gunung, bukan untuk digunakan sebaik-baiknya.

Seramnya sign board

Respons: 7 comments

Kalau dilihat pada banner ni menang bagus kerana ada kata-kata nasihat. Tapi gambarnya buat orang berfikir dua kali untuk melalui jalan ini.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Rakyat malaysia memang pemurah

Respons: 0 comments

Petang ni nak berkongsi sikit perihat rakyat malaysia yang sangat pemurah.Patutla ada pengemis yang boleh dapat pendapatan lima angka sebulan, kalah gaji seorang guru.Gambar yang saya lampikan adalah gambar peti cadangan Pejabat Pos Batu Kurau.Patutnya peti tersebut diisi dengan kertas cadangan sebaliknya kelihatan ada duit pula.Pemurahnya kan.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Kelakar di Kurau Stone

Respons: 4 comments
Petang ni nak bawa satu cerita kelakar yang berlaku pada saya dan kawan-kawan selepas makan di Kurau Stone Malam tadi. Kejadian tersebut masih segar di ingatan dan terasa sangat kelakar bagi saya. Tapi kalau tidak kelakar kepada anda saya mohon kemaafan la yer.

Ceritanya bermula begini selepas selesai makan, Musa minta GG ambilkan bekas tisu yang berada di hujung meja oleh kerana meja yang kami duduk tu besar jadi agak jauh la untuk di capai bekas tisu tersebut. GG pula mengatakan yang mana ada kotak tisu. Musa pula mengatakan tu bukan kotak tisu lalu menghalakan jari telunjuk ke sebuah kotak yang berwarna hijau. GG dengan selambernya berkata yang tu bukan kotak tisu la itu MP3.Eh, MP3??? bukan kotak tisu ker kata Musa Pula. GG lalu memusingkan kotak tersebut dan tertera lah perkataan MP3 tersebut. Kami semua terus ketawa berdekah-dekah. Kelakarnya macam mana lah kotak tisu di taruk nama MP3 yer..hehe





Artis di Batu Kurau

Respons: 2 comments

Sedang sibuk petang semalam, tiba-tiba di panggil oleh Pak Teh saya. Rupanya ada artis yang sedang buat penggambaran Drama Bersiri Opah. Drama Opah ini kalau dulunya seingat saya ada Joyah, pelakon yang membawa watak tu adalah Norlia Ghani, tapi sekarang watak tersebut telah di gantikan dengan Liza Abdullah, tentu tak kurang hebatnya. Saya masih ingat lagi waktu masih bersekolah rendah Drama Opah mesti menjadi kewajipan untuk di tonton.

Pak Teh saya minta saya mengambil gambar beliau bersama salah seorang pelakon drama tersebut. Shahronizam. Siapa beliau ni yer? Beliau berasal dari Batu 10 Terung Perak. Jadi orang Perak juga la beliau ni. Antara drama dan filem yang pernah di lakonkan adalah

Pengalaman
Filem 'Pontianak Harum Sundal Malam.Teater 'Ronggeng Kiah','Bangsawan Tengku Anum','Merdeka!Merdeka!'.

Lakonan
2010
:
Niyang Rapik - (Pelakon Pembantu)
2008
:
Punggok Rindukan Bulan - (Pelakon Utama)
2006
:
Tentang Bulan - (Pelakon Pembantu)
2005
:
Pontianak Harum Sundal Malam 2 - (Pelakon Pembantu)
2004
:
Pontianak Harum Sundal Malam - (Pelakon Pembantu)


Perkhidmatan Skynet Di Batu Kurau

Respons: 0 comments

Penduduk di Batu Kurau merasa bertuah kerana penyedia perkhidmatan Courier yang pantas sudah ada di Batu Kurau. Kalau dahulunya penduduk di pekan Batu Kurau hanya bergantung kepada Pos Laju dan Pos Ekspress untuk menghantar barangan ke tempat lain kini penduduk di Batu Kurau boleh menggunakan perkhidmatan Skynet.

Apa itu Skynet? Skynet adalah penyedia perkhidmatan perhantaran barangan dan dokumen anda ke alamat yang anda mahu hantar sama seperti dengan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pos Laju cuma bezanya bagi saya Skynet lebih cepat sampai ke destinasi yang hendak di tuju.

Skynet Cawangan Batu Kurau telah di buka semenjak dari tahun lepas, sambutan yang di terima amat menggalakkan terutama penghantaran dari luar. Dengan adanya Skynet cawangan Batu Kurau barangan yang di hantar dari Luar menjadi mudah untuk sampai ke kawasan-kawasan sekitar Batu Kurau ini. Anda juga boleh menghantar motorsikal ke destinasi yang anda hendak hantar dengan menggunakan perkhidmatan Skynet ini. Sebelum saya promote disini saya sendiri telah menggunakan perkhidmatan ini dan barang yang saya hantar semuanya sampai ke destinasi dalam masa yang telah di tetapkan. Hari ini hantar esok sampai.

Terima Kasih kepada D.W Communication yang juga menyediakan perhidmatan Skynet ini di kedai beliau di alamat no 38, Jalan Besar, Batu Kurau, Taiping Perak. Pada sesiapa yang ada pertanyaan berkenaan dengan servis Skynet Cawangan Batu Kurau ini bolehlah menghubungi 010-9154007.

Servis Repair Pelbagai Jenis Handphone

Respons: 0 comments

Malam ini saya nak kongsi tentang kedai servis handphone di pekan Batu Kurau ataupun D.W Communication, Pakar Repair Semua Jenis Telefon. Dekat kedai ini anda boleh bawa apa jenis pun handphone anda insyaallah mereka akan baiki. Servis ini hanya terdapat di Kedai D.W Communication sahaja di pekan Batu Kurau ini. Jadi pada sesiapa yang punyai masalah dengan handphone bolehlah hantar ke no 38, Jalan besar Batu Kurau, bersebelahan dengan kedai Hoangli.

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?

Respons: 2 comments
Saya baru terbaca di akhbar Utusan Malaysia Online mengatakan akad nikah di masjid adalah menyimpang dari amalan Rasullullah. Di katakan ia umpama meniru penganut agama kristian dan yahudi yang menikah di dalam rumah ibadat mereka.

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?

20/03/2011 7:25pm

KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama


Sumber berita dari Utusan Malaysia

Pemanduan Berbahaya

Respons: 2 comments

Beginilah keadaan pemanduan anak muda warga Batu Kurau. Bukan sahaja tidak memakai helmet, lesen motor jauh sekali malah membahayakan pemandu yang lain, tindakan mereka memandu motor dengan cara merbahaya ini bukan sahaja mengundang padah malah akan menyebabkan orang lain juga susah. Gambar ini di ambil di Titi Kasai, 3 buah motorsikal ini di pandu kekadang berempa sampai bertiga kekadang dua, saya mengekori dari kampung paya hingga ke Titi Kasai. Sangat membahayakan nyawa mereka dan orang lain.

Carpus Metacarpus juga pernah meluahkan ketidak puasan hati dengan pemanduan berbahaya pengguna motorsikal.

Selamat Pengantin Baru

Respons: 3 comments

Hari ini saya berasa bertuah kerana dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Zainal dan Rohaziah di Dewan Batu 14. Memang meriah majlis kenduri kahwin beliau ni, apatah lagi di buat bersama dengan abangnya Yunus dan Ummi. Tahniah saya ucapkan kepada Kedua Pengantin ye.Selamat Pengantin baru saya ucapkan kepada Amin dan Ain, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Kedua-dua insan ini adalah teman baik saya sewaktu di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, si pengantin perempuan sudah jemput makan kenduri awal-awal lagi, beratlah bagi saya untuk tidak menghadirkan diri apatah lagi majlis mereka ini di buat di Dewan Astaka Batu Kurau.

Sampai di sinilah sahaja perkongsian saya. Selamat Pengantin baru buat Zainal dan Rohaziah, Amin dan Ain, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih sudi menjemput saya. Lupa pula terima kasih benarkan saya mengambil gambar untuk di kongsi disini.

Makan di Kurau Stone

Respons: 1 comments

Malam tadi memang tak puas hati tapi petang ni cuma nak kongsi, komplen saya pun untuk penambahbaikan kepada perkhidmatan yang mereka berikan, untuk kebaikan mereka jugakan. Untunglah saya orang kampung gak yang makan kat situ kalau orang luar yang tengok rancangan jalan-jalan cari makan yang datang diberi layanan macam tu silap-silap diorang akan komplen dekat TV3 pula.

Menu yang saya makan tengah malam ni Chicken Chop, pukul 12 tengah malam makan chicken chop, mana la badan tak gemuk kan.Memang sedap, walaupun kiranya ini first time saya makan chicken chop sepanjang 25 tahun ni. Tak sangka pula dekat Batu Kurau ni pun boleh dapat makan makanan western. Jadi pada kawan-kawan yang berada berdekatan dengan Batu Kurau ini silalah berkunjung ke Kurau Stone Restauran ni memang best dan puas hati masakannya.

Juara Raja Lawak 5

Respons: 3 comments

Tahniah di ucapkan kepada Man yang telah menjadi Juara Raja Lawak Musim ke 5, memang ramai blogger yang menyokong Man dan mengundi Man untuk di nobatkan sebagai Raja Lawak Musim ke 5 ni. Tahniah para bloggers yang mengundi Man usaha anda berbaloi. Moga nasib Man di Astro ini tidak seperti kumpulan Kecik yang hanya nampak belakon dalam cerita 3 budak botak lain-lain kurang. Kalau di soroti dari Raja Lawak 1, 2 , 3 , 4 , 5 yang betul famous seperti Johan, Zizan, Tauke, Angah, Nabil , Jihan dan beberapa lagi yang saya tak ingat(kurang famous bagi saya) Tahniah ye semua, musim Raja Lawak dah habis, lepas ni Akademi Fantasia la pula yer yang ke 9 dan yang terakhir.

Jalan-jalan Cari Makan Kurau Stone Komplen

Respons: 5 comments
Malam tadi oleh kerana kelaparan saya dan sahabat saya pergi ke Kurau Stone, Batu Kurau Taiping Perak. Oleh kerana sahabat saya ni baru je balik dari Kem PLKN, bukan sebagai pelatih tapi sebagai Jurulatih jadi ingatkan nak la tempat yang selesa dan best skit untuk berbual panjang. Sesampainya ke Kurau Stone tempat Jalan-Jalan Cari Makan TV3 buat pengambaran tu, saya dan sahabat saya tu pun naik ke atas dan duduk sebelah atas tu. Keadaan meja masih tidak berkemas Dalam 2-3 minit datanglah pelayan membawa talam, di ambilnya semua bekas-bekas pinggan cawan tadi diletakkan di atas talam. Kemudian pelayan tadi tanya, nak minum apa, saya minta di ambilkan menu dan tanyakan menu mana nak order apa nak tengok menu dulu. Dengan selamber badaknya pelayan tu cakap menu tu ada kat bawah, reaksi seolah malas nak turun pergi ambil. Apa la malang Kurau Stone ni dapat staff yang pemalas. Nak ambil menu kat bawah tu pun malas. Oleh kerana malas nak bising-bising saya pun order air dan makanan. Tapi masih berasa tak berpuas hati dengan layanan yang di berikan oleh pelayan tadi. Kalau macam ni la perangai yang di pamirkan oleh pelayan Kurau Stone pada pelanggan, wat penat jela Jalan-jalan cari makan tv3 dan jom jalan plus datang buat promosi kat tempat tu.Serius saya memang tak puas hati. Nak promote tempat makan ni pada kawan-kawan pun dah jadi tak da hati dek kerana sikap seorang pelayan ni yang sangat pemalas dan sangat tidak memuaskan. Di harapkan pihak pengurusan dapat menasihati bukan sahaja pada pelayan tersebut malah kepada semua pelayan-pelayan tolong bersikap mesra kepada kami pelanggan, tanpa kami pelanggan sapalah anda? Datanglah mengambil pesanan dengan senyuman, kami bukan minta yang bukan-bukan, kami minta nak pesan makanan jer.Kalau anda beri layanan yang mesra dan baik kepada kami insyaallah kami akan berusaha untuk promote tempat anda pada kawan-kawan yang lain lagi.

Isi Minyak Di Shell Kamunting

Respons: 2 comments
Ini bukan isu besar, cuma isu kecil yang membuatkan saya berasa hairan, samada ini kesilapan saya ataupun sebaliknya. Panel meter saya berkedip menandakan minyak sudah hampir hampir habis. Oleh kerana saya berada di kawasan Kamunting, Taiping Perak jadi saya menuju ke Stesen Minyak Shell Kamunting, kalau orang Taiping tentu tahu yang di Taiping hanya ada beberapa sahaja Stesen Minyak Shell. Oleh kerana bajet ciput je petang tadi saya mengisi RM20 minyak Ron97 sedari bulan 10 sejak baru beli memang gunakan minyak Shell Ron97 tak pernah lagi guna minyak Ron lain dan jenama lain.Apa yang menghairankan saya meter di pam menunjukkan 8 Litre dan apabila menghidupkan enjin, panel meter minyak naik 3 bar.

KENAPA bila isi minyak di Stesen Minyak Shell Batu Kurau Milik Peladang Batu Kurau hanya naik 2 Bar? Ini yang membuatkan saya menjadi hairan. Nanti saya nak cuba sekali lagi isi minyak di Stesyen Minyak Shell kat Batu Kurau lak bila panel minyak berkedip-kedip minta minyak diisi.

Baru-baru ini ada kawan datang ke kedai beritahu yang bila isi minyak di pam tu, minyak kurang gas je lebih.

Suasana Kenduri Di Batu Kurau

Respons: 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, beginilah suasana kenduri di kampung saya, dalam gambar ini adalah majlis bacaan yassin untuk mak long saya yang bakal berangkat ke tanah suci mekah minggu hadapan untuk menunaikan umrah. Kaum-kaum ibu akan berkumpul di rumah kenduri dan membacakan yassin bersalawat dan berzikir untuk keselamatan perjalanan dan kesejahteraan. Suasana sebegini sudah semakin kurang di praktikkan lagi oleh masyarakat baik di kampung mahupun di bandar. Moga amalan sebegini dapat di teruskan.

Selamat Pangantin Baru buat Rizal dan Atun

Respons: 0 comments
i
Selamat Pengantin Baru buat sahabat kecilku Rizal dan juga pasangannya Atun, maaf tidak dapat menghadirkan diri di majlis perkahwinanmu semalam. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Ini je gambar yang sempatku ambil untuk diabdikan di sini.Keranaku tidak di jemput ke majlismu.

Hikayat Merong Mahawangsa download

Respons: 3 comments

Tajuk di atas hanyalah gimik jer, sokonglah industri perfileman tanah air kita, janganlah kita
asyik nak mengambil kesempatan atas usaha orang lain. kesian penggiat filem malaysia berhempas pulas menghasilkan filem yang berkualiti untuk tontonan rakyat malaysia amnya.sebagai tanda sokongan kepada filem malaysia petang tadi saya, awek saya dan adiknya pergi menonton sendiri filem Hikayat Merong Mahawangsa. Bagi yang belum menonton di pawagam silalah pergi ke sana kerana filem ini memang terlalu hebat penuh dengan aksi yang pastinya mengagumkan, saya seperti tidak percaya kerana KRU dapat menghasilkan filem yang mempunyai taraf kualiti bertaraf dunia, walaupun mempunyai beberapa aspek kelemahan namun amat berpuas hati.

komentor: Filem yang berkualiti sound effect yang hebat sayangnya sound system dekat Bigcinemas Taiping Sentral macam hampeh, ada beberapa adengan yang sound macam bunyi di perlahankan. sekian

Indahnya Sawah Padi

Respons: 6 comments


Malam ni saya nak berkongsi keindahan pemandangan sawah padi di kawasan saya, kalau orang Batu Kurau mesti tahu tempat ni tapi orang dari luar memang tak pernah sampai ke sinikan, apa pun saya hanya ingin berkongsi cantiknya pemandangan sawah padi di Titi Kasai, Batu Kurau, Taiping Perak ini. Pemandangan di sini akan kelihatan lebih indah apabila waktu petang sewaktu matahari semakin condong sekitar pukul 5 petang, memang cantik pemandangannya. Gambar yang saya muat naik ni adalah gambar pada waktu tengah hari. Selamat menikmati keindahan pemandangan sawah padi yer.

Amaran Hujan Berasid!!

Respons: 2 comments

Ini satu amaran yang dikeluarkan berikutan letupan Loji Nuklear di Fukumi Jepun awal pagi tadi jam 4.30 pagi.

Jika keadaa cuaca pada hari esok dilaporkan hujan, seluruh rakyat Malaysia dinasihati agar tidak keluar dari rumah masing - masing.

Jika berada diluar, adalah juga juga dinasihatkan agar memakai pakaian hujan yang lengkap kerana letusan Loji tersebut membawa bencana tersendiri.

Ia dijangka menyebabkan hujan asid yang boleh menyebabkan kelecuran pada kulit, keguguran rambut dan turut mengakibatkan kanser pada individu tertentu.

Oleh yang demikian, Jepun turut menasihatkan Negara - Negara Jirannya termasuk Malaysia untuk mengambil langkah berjaga - jaga ini.

Tak salah kalau kita berhati - hati dan mengikut nasihat tersebut.

Berita ini telah di ambil dari sini.

Cermin kereta tetap kotor?

Respons: 0 comments
Tengok ini cermin kereta dan viper kereta saya, bila tengok dengan mata kasar tak nampak apa-apa pun semuanya seperti biasa sahaja.


Apabila saya kesat dengan kertas tisu inilah hasilnya seperti di dalam gambar, kotor dan kehitaman walhal kereta baru sahaja di cuci 2 hari lepas.

Ini pula kesan viper di bahagian belakang, perodua viva ada viper di bahagian depan dan belakang.

Selama ini saya tidak pernah terfikirpun berkenaan penjagaan viper, bagi saya cukup jika ada viper apabila hujan hanya tolak tombol untuk jalankan viper dan viper akan berfungsi untuk mengesat air yang berada di cermin bagi membolehkan saya melihat dengan jelas di hadapan sewaktu hujan. Sejak akhir-akhir ini saya perasan yang walaupun viper telah di pasang cermin tetap kotor. Setelah terbaca di sini barulah saya tahu rupanya viper ini sangat penting. Jika ada pasir pada viper, nescaya viper tersebut akan menjadi serupa kertas pasir, cermin kereta akan calar teruk. Jadi selepas ini saya akan menjaga viper kereta saya sebaik mungkin untuk menggelakkan dari kena menggantikan cermin kereta yang harganya jauh lebih mahal dari set viper depan dan belakang. Terima kasih kepada Orang Kecil Orang Besar kerana berkongsi maklumat yang berguna.

Gangguan Perkhidmatan Internet

Respons: 1 comments
Pengumuman ini di ambil dari laman web TM NET berikutan kelajuan internet di tempat saya sangat berkurangan apabila melayari facebook.

PENGUMUMAN

INTERNET GANGGUAN PERKHIDMATAN



Telekom Malaysia Berhad (TM) keinginan untuk memberitahu kepada pelanggan-pelanggan kami bahawa TM dan ahli-ahli konsortium yang telah mengenalpasti bahawa gempa terjadi di Jepun saat ini sebelumnya telah mempengaruhi Jepun - US Kabel Jaringan (JUCN) dan Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) rangkaian kabel yang menghubungkan Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong (HK).

Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Internet secara nasional mungkin mengalami beberapa tahap degradasi perkhidmatan seperti browsing lambat dan latensi tinggi saat mengakses halaman antarabangsa yang diadakan di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara. Pelanggan yang menggunakan Virtual Private Network (VPN) dan aplikasi perniagaan penting yang lain berkaitan dengan Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara juga mungkin mengalami beberapa tahap degradasi perkhidmatan. Sementara itu, untuk mengatasi masalah, lalu lintas telah dialihkan dan dikendalikan secara berkesan untuk meredakan situasi.

Kami akan membuat pengumuman lebih lanjut mengenai kemajuan kerja pemulihan dan TM meminta maaf atas ketidakselesaan yang disebabkan oleh gangguan. Kami ingin meyakinkan pelanggan-pelanggan kami bahawa semua langkah yang diperlukan sedang diambil untuk mengembalikan perkhidmatan secepat mungkin.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami atas pengertian dan kesabaran selama tempoh yang dipengaruhi. Jika anda memerlukan bantuan lebih lanjut, jangan ragu untuk e-mel kami di help@tm.com.my untuk pusat TM tetap dan pelanggan Streamyx dan unifi@tm.com.my bagi pelanggan UniFi.

Terima kasih


untuk versi asal boleh rujuk sini

Nazmi Tersingkir jua

Respons: 2 comments

Akhirnya Nazmi melangkah jua keluar dari gelanggang raja lawak musim ke 5 minggu ke 10. Memang tidak di sangka-sangka peserta program raja lawak musim 5 yang memegang tag line aku lupa ni tersingkir di saat separuh akhir dan tinggal lagi seminggu untuk di nobatkan sebagai juara raja lawak dan membawa pulang hadiah juga mahkota raja lawak. sayangnya nasib tidak menyebelahi beliau. walaupun pada mulanya mendapat undian yang tertinggi namun semakin hari semakin kurang dan hampir ke belakang. Selamat tinggal Nazmi apa pun akan ada rezeki anda dalam program yang akan di terbitkan oleh astro nanti Walaupun anda tidak memenangi namun anda dapat ilmu yang boleh di manfaat dalam kehidupan anda setelah keluar dari gelanggang raja lawak ini.

Gempa Bumi dan Tsunami Melanda Jepun Sekarang

Respons: 1 comments

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Google image

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. – Reuters/Bharian.com.my









Video dan berita selanjutnya rujuk sini

Kecurian Kabel Telefon lagi

Respons: 0 comments

Telekom Malaysia telah mengalami kerugian berjuta ringgit kerana terpaksa menggantikan kabel baru kerana kabel telepon telah dicuri oleh pencuri. Di sini saya ingin meluahkan perasaan tidak puas hati kepada pencuri tersebut. Tindakan si pencuri tersebut bukan sahaja merugikan pihak Telekom Malaysia yang terpaksa menggantikan semula dengan kabel baru malah menyusahkan rakyat yang menggunakan talian tetap Telekom Malaysia, walaupun kabel telepon telah di curi dan talipon tidak dapat di gunakan, namun pengguna telepon talian tetap perlu bayar juga bil bulanan. Bagi pelanggan prepaid pula mereka kena menambah baki modal mengikut masa yang di tetapkan, sayangnya setelah baki modal di tambah talipon pula tidak dapat di gunakan kerana kabel telepon telah di curi. Bagi saya adalah wajar jika si pencuri kabel telepon ni di belasah sehingga mati hidupnya di dunia tidak berguna satu sen pun. Cuba bayangkan betapa sukarnya orang kampung yang hanya bergantung kepada talian telepon tetap untuk berhubung dengan sanak saudara bertanya khabar, memberitahu kematian mahupun melaporkan kecemasan dan talian telepon pula tidak dapat di gunakan kerana telah di curi oleh pencuri ini. Memang malang ibu yang melahirkan anak pencuri menyusahkan orang sahaja, terngiang-ngiang kata-kata ini kalau aku tahu besar jadi begini dari kecik ku picit-picit hidung sampai mati.

Gerai Makan Belakang The Store Kamunting

Respons: 0 comments


Hari ni nak kongsi pengalaman makan dekat Gerai Belakang The Store Kamunting pulak. Menu yang saya order hari ni Mee Goreng Udang. Makanan dan minuman yang di pesan cepat sampai ke meja. Memang best service gerai ni beri pada pelanggannya. Nampak ringkas je dengan menggunakan lori seperti gambar di atas dan beberapa kemah dan meja, beberapa ketika gerai ini akan penuh di kunjungi oleh penggemar makanan seperti mee goreng udang, kuew teow kerang dan juga char kuew tiaw. Rasa mee goreng udang yang saya pesan memang sedap. Lain dari yang lain. Harga sepinggan baru RM3.00 kalau makan berdua tak sampai RM10.00 pun jadi kalau anda yang berada sekitar Taiping bolehlah merasa makanan di sini, sedap.

Susu Pekat Manis

Respons: 0 comments

Asyik bercerita pasal makan pasal tempat-tempat menarik isu semasa kat Batu Kurau dan sekitar Taiping hari ni saya nak berkongsi resepi untuk buat susu pekat manis pula, mesti ada yang menggemari susu pekat manis di bancuh dengan teh untuk buat teh tarik dan sebagainya.

Resepinya:

Bahan
  1. 500ml susu segar
  2. 100ml gula
(* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)

Cara-cara

  1. Mula-mula masukkan susu segar dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal. Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
  2. Kena berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan sesekali guna api yg besar.
Selamat Mencuba, Lepas ni tak perlu lagi pergi beli susu pekat yang semakin mahal harganya di pasaran sekarang. Susu pekat buatan sendiri ni rasanya lebih selamat dari susu yang berada di pasaran kerana susu pekat kita buat selamat dan bebas dari bahas pengawet.

Projek Jalan Kamunting-Anak Kurau

Respons: 3 comments

Hari ini saya nak kongsi satu berita baik untuk rakyat Batu Kurau, khasnya kepada penduduk Anak Kurau, kini sedikit sebanyak kita boleh menarik nafas lega setelah sekian lama projek ini di war warkan nak di jalankan namun masih tidak nampak apa-apa kini telah ada papan tanda di naikkan. Projek jalan ini di bahagikan kepada beberapa fasa. Tidak lama lagi fasa 1 projek jalan raya menghubungkan Kamunting - Anak Kurau akan di mulakan, merujuk kepada gambar di atas tarikh milik tapak pada 16 March 2011 dan tarikh siap pada 13 September 2011. Kontraktor yang di lantik untuk menjalankan projek ini adalah DWI TASIK CONTRUCTION SDN BHD. Moga projek fasa 1 ini berjalan dengan lancar. Sama-sama kita doakan projek ini berhasil.

Jom Pergi Pasar Malam

Respons: 0 comments






Hari ini hari Isnin, pada petang hari akan ada pasar malam dekat pekan Batu Kurau, warga Batu Kurau yang berada sekitar pekan Batu Kurau akan keluar untuk membeli barangan keperluan dan juga makanan. Gambar di atas menunjukkan suasana pasar malam pada waktu petang. Oleh kerana malam tadi hujan jadi saya tak dapat ambil gambar suasana pada waktu Malam.

Jalan-Jalan Cari Makan Kurau Stone

Respons: 5 comments


Jalan-Jalan Cari Makan TV3 kali ini pergi ke Batu Kurau Taiping Perak, Destinasi utama yang mereka pergi adalah ke Kurau Stone, Batu Bertindan, Changkat Perak, Taiping Perak. Kualiti gambar dan video agak kurang memuaskan tapi cukuplah dapat saksikan Batu Kurau di kaca tv3. Bangganya jelas terasa. Kat dalam gambar video ni jelas kelihatan abg yang bakar satay kat depan pejabat penghulu Batu Kurau tu. Pandai pilih masa untuk bawa anak dan isteri. Kalau berkesempatan portal Batukuraukini akan buat liputan di sana pulak.

Yong Koeyteow Kerang 'Resepi Asal'

Respons: 0 comments


Beberapa hari lepas saya ada laporkan berkenaan Koew Teow Goreng Kerang, semalam baru nama gerai tersebut di naikkan bantingnya. Yong Koew Teow kerang. Ya itu nama yang di berikan. Memang sedap rasanya. Kalau yang belum cuba, cubalah sekali pasti tak rugi.Lokasi? Berhadapan dengan balai polis sementaran Batu Kurau.


Petang semalam saya cuba mee goreng kerang pula, sedap sangat-sangat, memang puas hati lah. Jadi pada yang belum mencuba jom lah datang ke gerai ni yer. Cuba sekali pasti nak lagi..


Harga Getah Naik Lagi Getah dah nak kering?

Respons: 4 comments






Para pekebun getah sejak beberapa bulan lepas menarik nafaz lega apabila harga getah meningkat naik sehingga ada yang mencecah belasan ringgit mengikut jenis getah, pastinya orang-orang tua di kampung pun terasa betapa nikmatnya pegang duit ratusan ringgit sekali menjual getah tak seperti sebelum ini yang hasilnya kadangkala tak sampai pun lima puluh ringgit. Syukur Alhamdulillah harga getah naik. Namun hari yang panas sangkakan ke petang rupanya hujan di tengah hari, kini sudah bulan tiga, daun-daun getah mula berguguran jatuh dan daun muda pula keluar menggantikan daun yang telah gugur. Getah pun semakin lama semakin berkurangan. Pengeluaran menjadi kurang maka hasil pun berkurangan.

Kedai bawah gunung

Respons: 4 comments


Siapa kat sini pernah makan kat sini? Dulu masa masih bersekolah sinilah tempat saya Musa, Irwan dan Wan Baharom datang makan waktu hujung minggu, antara menu yang saya suka makan di sini Kuew Tiaw Goreng, Mee Hailam, dan Bihun sup sedap-sedap belaka. Tempat yang sering akan kami ambil kat tepi belah sana kedai berhampiran dengan dinding gunung, memang sejuk dan nyaman je bila makan kat sini, kalau badan tengah panas pun akan jadi sejuk jer, sayangnya petang tadi sewaktu saya datang ke sini tempat yang sering saya dan kawan-kawan duduk untuk makan tidak boleh di gunakan lagi tebing sungai rebak dan menjejaskan tempat duduk tersebut. Senang-senang nanti kalau pergi ke Sempeneh jangan lupa singgah tau kat sini.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog