Blog ini Di Review Orang ?

Respons: 7 comments
Entah apalah perasaan yang ingin di gambarkan di sini setelah mendapat tahu yang blog yang tak seberapa ini di review oleh salah seorang sahabat blogger saya Expressi Dunia . Terima kasih sudi untuk review blog saya ni. Semuanya bermula dengan salah satu segmen yang di anjurkan oleh beliau, yang mana tajuknya Andai Aku Superhero. Inilah kali pertama saya menyertai segmen yang dianjurkan oleh para sahabat blogger.

Dari review yang di paparkan di dada blognya sekarang ini, rupanya ada banyak kelemahan pada blog saya yang harus saya perbaiki antaranya:-

1. Loading Time boleh tahan lagi
2.banyak sangat widget
3.susunan yang tak teratur
4. semua yang saya promote kebanyakan ada di Batu Kurau

Saya akan cuba untuk atasi masalah seperti loading time yang agak mengambil masa yang lama, mungkin saya perlu minta nasihat pada abgterror yang mana kini sedang mengatasi blognya yang berat. Harap beliau dapat membantu berdasarkan pengalaman beliau sekarang.

Terlalu banyak sangat widget juga menyebabkan blog ini agak berat untuk loading dan pastinya ada kawan-kawan yang bosan untuk menunggu loading habis, lantas ruginya tiada satupun iklan akan diklik. Jadi saya telah mengambil beberapa langkah drastik dengan membuang mana-mana widget yang saya rasakan tidak perlu ataupun tidak menjadi keperluan.

Saya akui susunan saya agak tidak teratur, terima kasih atas komen tersebut, saya akan cuba atasi dengan menyusun dengan teratur segala apa yang ada di dalam blog ini peringkat demi peringkat.

Segala apa yang saya promote di dalam blog ini kebanyakannya berkenaan dengan apa yang ada di Batu kurau ini, kadangkala sahaja saya akan bercerita berkenaan di luar Batu Kurau. kunjungilah selalu saya akan cuba perbaiki segala kelemahan yang ada di blog ini peringkat demi peringkat.

Terima Kasih Expressi Dunia dan semua pembaca.

7 comments:

touya said...

Mengenai point No4 di panggil Niche . Nice Abang Wie adalah Batu Kurau , di dalam erti kata lain bukanlah satu masalah untuk menulis menegenai Batu Kurau 100 % .

awie958 said...

terima kasih encik touya atas komen membina,tetapi oleh kerana viewer sekarang bukanlah semua orang batu kurau,sudah sampai ke luar negara, jadi rasanya ada baik kalau diperluaskan entry hingga ke luar Batu Kurau.

sop said...

Bila guna niche bagus juga sbb bila carian pasal batu kurau, pasti blog ni menjadi utama. Niche digunakan oleh pengejar adsense yg mana menggunakan keyword yg mahal sbg niche.

Tetapi kalau ingin sumber traffic yg pelbagai, banyak keyword, banyak sumber.

ewanrani said...

wah abg teror nasihat ek..bagus abg teror tu ma...hehe

jom tgk entries terbaru>>Bangunan Tenaga Solar Terbesar Didunia

josrevalution said...

salam..er..best lah blog awie nie..masih baru tapi dah d review..hehe..n pasal berat blog awie..rasenye..x lah berat sangat..n pasal susunan plak..ok lah..xnak kata berselerak..sebab kelihatan senang d fahami isi kandung blog nie..tapi kalo disusun mungkin lagi mantap..hehe..
tapi yg sy kurang selesa satu benda nie..tengah syok bace entry tetiba aje kuar menggangu..adoi..save enargy awie nie..nak tgahu..bende nie buat ape erk..??

10 lagu top masa kini part 3

Siti Aziz said...

mana ada berat.. biasa2 je.. ^_^V

josrevalution said...

salam awie..x apdate blog lagi ke?
kaspersky mobile security 9 full version

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog