Kenapa BR1M 3 dapat RM450 tidak RM650

Respons: 0 comments
Pemberian BR1M kali ini turut juga menyemak akaun pemohon, isteri pemohon dan juga tanggungan yang ada di dalam senarai pemohon. Jika pemohon menyenaraikan nama anak-anak yang tinggal dirumah dan semakan oleh Bank Negara anak-anak pemohon juga menerima gaji sehingga jumlah terkumpul seisi rumah rm4000 maka pemohon tersebut hanya layak terima RM450. Itulah yang berlaku pada keluarga bapa saudara saya. Beliau hanya menerima RM450 sedangkan beliau hanya bekerja kampung dan tiada pendapatan tetap.

BR1M Masih Belum Terima

Respons: 0 comments
Bagi sesiapa yang masih belum menerima BR1M 3. Anda dikehendaki menyemak di pejabat Lembaga Hasil Negeri berdekatan dengan tempat anda tinggal. Pada kali ini pemberian BR1M3 adalah lebih banyak ciri-ciri keselamatan yang digunakan untuk mencegah daripada tuntutan palsu ataupun orang yang tidak layak menerima tapi tetap terima.

Berbanding BR1M 2, BR1M 3 ini turut mengambil kira nombor ic isteri pemohon dan juga rekod kewangan dan perbankan isteri. Seperti saya yang masih belum menerima dan permohonan ditolak kerana kesilapan kerani yang ditugaskan memasukkan data ke dalam komputer sewaktu BR1M1 mula-mula diperkenalkan dahulu. Nombor Ic isteri saya telah tersalah masuk no kod negeri kelahiran. Jadi saya perlu menunggu sehingga terima surat mengatakan permohonan saya ditolak dan apabila rayuan dibuka, saya perlu menghantar salinan ic saya dan salinan ic isteri juga mengisi borang rayuan. Moga dengan penerangan ini dapat membantu sedikit sebanyak orang yang masih belum menerima BR1M3 ni.


127 Idea & Stretegi Pemasaran Online

Respons: 0 comments
Ecover

Klik Link Di Atas Untuk Download Percuma

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog