Festival Nasyid Peringkat Dun Batu Kurau

Respons: 4 comments
Festival Nasyid Peringkat Dun Batu Kurau akan diadakan pada ketetapan dibawah
Datanglah beramai-ramai pada:

22 Oktober 2011 ( Sabtu )
Jam: 8.30 pg hingga 11.30 mlm
Tempat : Dataran Bandaran Astaka, Batu Kurau

Seramai 22 pasukan bertanding

Penampilan Istimewa : Kumpulan Rabbani

Pc buat hal lagi

Respons: 4 comments
Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh...

Pagi-pagi buka pc untuk update blog,pc da xboleh nak log windows.windows dah corrupt.terima kasih pada pc yang wat hal ni.spoil mode nak update blog.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Panduan Membuat Solat Kita Kusyuk

Respons: 5 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh................

Hari ni saya nak berkongsi sediki dengan anda semua berkenaan bagaimana untuk membuatkan solat kita kusyuk. Kadangkala ada diantara kita mengerjakan solat terlupa rakaat dan membuatkan kita kena mengerjakan semula solat semula.





Satu pertanyaan telah saya ajukan kepada Prof Dr Hj Shahrin Abd Rahman berkenaan bagaimana nak buat jika kita sering lupa rakaat sewaktu sedang solat.

Menurut beliau, ia menunjukkan kita tidak ada penumpuan dalam solat, jadi sebelum mengambil wudhu, mengucap dahulu 2 kalimah syahadat, semasa mengambil wudhu' gunakan air yang kecil saja untuk mengelakkan pembaziran ( salah satu sebab kita tak boleh tumpu pada solat kita), sewaktu mengambil wudhu', ingat satu persatu anggota yang kita basuh, jangan lalai, buat dengan sempurna dan jangan hanya nak melepaskan perkara wajib, lepas wudhu' bacalah doa selepas wudhu' , jika ada masa lebih lakukan solat wudhu'2 rakaat kalau tak sempat jangan bercakap selepas ambil wudhu'..diam dan tumpuan hanya pada nak solat. Sewaktu berada di tempat nak solat bacalah surah An Nas sekali, mohonlah perlindungan Allah dari syaitan, sewaktu solat baca kuat bacaan doa iftitah, fatihah, surah agar terdengar pada telingat kita, biar telinga kita dengar satu persatu bacaan kita, begitulah seterusnya rukuk, sujud dll, perhatikan satu persatu insyaallah takkan terlupa rakaat yang kita buat

Lembaga Air Perak Buat Hal Lagi

Respons: 3 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.............

Pagi-pagi lagi hari ni saya dah gerak ke Klinik Jalan Tupai jadi saya tidak tahu apa yang berlaku dekat pekan Batu Kurau, bila saya pulang jam sudahpun menunjukkan pukul 10.30pagi terus tergesa-gesa buka kedai. Waktu tengah hari tadi dengar ada bunyi Back Hoe kuat sangat berdekatan dengan kedai, rupanya ada orang LAP( Lembaga Air Perak) bersama dengan kontraktor yang berdaftar buat kerja menukar kunci air berdekatan dengan gerai buah Paridah dan juga di hadapan telefon awam berhadapan dengan Pejabat Penghulu.

oleh kerana jam sudah tengah hari saya pun pulang ke rumah. Apabila sampai ke rumah, mak saya sudah merungut dirumah kerana air tidak ada, paip hanya bunyi angin saja. Paling sadisnya mak memang tak simpan langsung air hari ni dan kebetulan pula air kolah di bilik air tinggal sedikit sahaja.

Saya rasa bukan di rumah saya sahaja mengalami keadaan sedemikian, ada beberatus buah rumah lagi terlibat apabila keadaan pihak LAP membuat penyelenggaran begini. Keadaan seperti ini menyusahkan banyak pihak. Sepatutnya sebelum melakukan sebarang kerja-kerja penyelenggaraan pihak LAP seharusnya memberikan notis sekurangnya dalam masa 24 jam agar pelanggan seperti kami ni dapat menyimpan air terlebih dahulu.

Sewaktu saya ke kedai makan Man Hj Hassan salah seorang pekerja beliau mengatakan pihak LAP ada membuat pengumuman di Perak FM berkenaan gangguan bekalan air ini.
Dari sini timbul perasaan tidak puas hati saya, berapa orang sangat yang mendengar Radio Perak FM dan mempunyai masa untuk mendengar Radio Perak FM ni. Sepatutnya mereka kena beri notis bersurat seperti bulan lepas, jadi dapatlah kami menyimpan air secukupnya terlebih dahulu.

Walaupun bekalan air disambung semula, yang pastinya kami tidak dapat menggunakan air lagi selama beberapa jam kerana sudah pasti penuh dengan air selut, kotor, klorin dan juga batu-batu kecil kesan dari penyelenggaraan yang mereka lakukan.

Perlukah Pertanyaan Ini Ditanyakan?

Respons: 7 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..........

Petang tadi saya bawa cik tunang saya ke Klinik Kesihatan Jalan Tupai, Taiping. Klinik ni merupakan klinik kesihatan untuk pesakit luar. Sesampainya kami ke sana, terus sahaja kami meluru ke kaunter untuk mendaftar dan mendapatkan no giliran untuk berjumpa dengan doktor.
Sewaktu nak mendaftar boleh pula tukang jaga kaunter tu tanya kenapa datang sini kenapa tak pergi ke klinik kesihatan Batu Kurau. cik tunang saya kelu dah nak bagi alasan,kenapa terus jawab alang-alang lalu, kebetulan pula saya memang ada urusan nak ke kedai komputer selepas ni.

Persoalan yang bermain difikiran saya perlukah ditanyakan soalan tersebut? apakah hak kita rakyat Malaysia ingin mendapatkan perkhidmatan rawatan yang lebih baik menjadi kesalahan dan perlu dipersoalkan?

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, klinik kesihatan batu kurau jarang-jarang sekali dapat berjumpa dengan doktor, kebiasaannya kami akan jumpa dengan MA, juga mengambil masa agak lama untuk berjumpa doktor kerana pada akhir sekali saya ke klinik kesihatan Batu Kurau hanya ada seorang doktor yang bertugas untuk rawatan pesakit luar,tetapi tidak di Klinik Kesihatan Jalan Tupai, kebanyakan bilik yang kami masuk akan tertera DR. Masa yang diambil pun sangat pantas dan tidak sampai sejam kami sudah dapat berjumpa dengan doktor dan boleh dapatkan ubat dan boleh balik.

Jadi sebolehnya janganlah ditanya kenapa kita datang ke klinik tersebut, walaupun kami ini hanya membayar RM1 untuk mendapatkan rawatan tetapi kami juga warganegara Malaysia yang mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.

Selamat Pengantin Baru Buat Darabi dan Norhuda

Respons: 2 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh....

Pada hari sabtu lepas 1 Oktober 2011 saya dan cik tunang berkesempatan ke majlis perkahwinan Darabi dan Norhuda di Kampung Relang, Batu Kurau, Taiping Perak.Sewaktu kami baru sahaja sampai ke majlis tersebut kebetulan pengantin baru tiba, jadi saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Lihatlah kedua mempelai ini sama cantik sama padan, bagaikan pinang dibelah dua. Semoga ikatan perkahwinan yang dijalin ini terikat erat selamanya. Tetamu yang hadir agak ramai pada waktu ini walaupun jam sudahpun menunjukkan pukul 1 tengah hari masih lagi ramai. Sekian sahaja untuk kali ini.

Lengan murid lebam dicubit ustazah Kelantan

Respons: 4 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hi wabarakatuh......

Pagi-pagi saya lihat di Kosmo Online seorang pelajar yang masih kanak-kanak telah dicubit oleh Ustazahnya kerana tidak membuat latihan yang telah diberikan menurut berita tersebut. Kalau saya dulu-dulu walau muka di conteng oleh cikgu, perut di pulas, buku di lemparkan ke muka dan keluar pintu dan disuruh buat sambil duduk di pintu depan pintu masuk kelas, takkan sesekali saya membuat laporan tapi kini rata-rata murid-murid yang masih kecil ini seolah kebal dari melakukan kesalahan.


ROSMAWATI (kiri) melihat kesan lebam pada lengan Sarifah Amirah akibat dicubit seorang ustazah di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.

Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.

Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.

“Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.

“Dia mencubit lengan kanan saya dan kepala saya ditonyoh sebelum hidung ditarik menyebabkan saya menangis kerana sakit dan malu dengan rakan-rakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jaafar di sini semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosmawati Shaari, 32, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas anaknya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.

Jelasnya, abang iparnya, Muhammad Faisal Abdullah, 37, yang mengambil Sarifah Amirah memberitahu anaknya menangis kerana dicubit oleh ustazah.

Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi

Respons: 5 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh.....

Pada 25 September lepas saya dan cik tunang telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah bengkel yang di beri nama Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi. Bengkel Tersebut di diadakan di Wisma Kohilal, Diamond Square. Sewaktu menghadiri bengkel ini saya di ajar cara bagaimana untuk melakukan amalan agar dimurahkan rezeki dan banyak lagi ilmu-ilmu yang sangat menarik untuk saya pelajari. Untuk maklumat lanjut berkenaan bengkel ini anda boleh lihat sendiri disini www.seminar2u.net
Gambar di atas ni saya panggilnya Kak Diyla, lebih di kenali sebagai Diyla Magnet, pada waktu ini beliau sedang memberikan testimoni berkenaan bengkel ini juga yang pernah beliau hadiri sewaktu bulan Julai 2011 lepas untuk kali pertama dan ini kali kedua. Memang banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya selepas menghadiri bengkel ini pada kali pertama dulu.Sewaktu beliau memberikan testimoni ini beliau kelihatan agar sukar untuk berbicara kerana terlalu sebak.

Di celah orang ramai ini kelihatan saya yang sedang belajar untuk mengaktifkan frekuensi asma ilahi. Masing-masing menumpukan perhatian untuk mengaktifkan dan merasai sendiri pengalaman sewaktu getaran frekuensi diaktifkan. Memang menakjubkan apabila getaran tersebut diaktifkan.
Kehadiran peserta pada bengkel kali ini dikatakan sehingga 90 orang. Pada mulanya saya dimaklumkan hanya 30 orang peserta, tetapi terpaksa menambah kapasiti peserta kerana mendapat permintaan yang tinggi dan sehingga terpaksa diadakan sekali lagi bengkel seperti ini pada tarikh 9.10.2011 ini pula. Di celah orang ramai jika anda perasan ada seorang perempuan bertudung biru muda, itulah cik tunang saya yang turut sama menyertai bengkel ini.

Gambar ini telah saya ambil dari seminar2u.net oleh kerana saya menjadi peserta jadi saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar sewaktu bengkel sedang berlangsung. Selepas pulang dari bengkel ini saya kena mengamalkan segala ajaran dan ilmu yang saya dapat dalam bengkel ini agar dapat saya aktifkan dan boleh digunakan untuk kegunaan saya di masa hadapan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel ini bolehlah melayari halaman web ini seminar2u.net untuk melihat jadual bengkel yang seterusnya dan mengetahui cara bagaimana ingin menyertai.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog