Kerbau di tepi jalan

Respons: 1 comments

Kerbau siapakah ini yang berada di tepi jalan berhampiran dengan taman rakyat.Bukan sahaja membahayakan pemandu malah boleh menyebabkan kesesakan lalulintas.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Bahaya Shisha 450 kali dari Rokok?

Respons: 0 comments



“Kajian daripada Department of Health and the Centre for Tobacco Control, mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok. Pada tingkat yang sangat parah, shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!”

Kenapa shisha bahaya?

Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Penyakit Bakal peminat shisha dapat

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.

Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB.

Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Jadi para sahabat dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha anda atau anda terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!


awie958:sama je rokok ke shisha ke semuanya bahaya.


Restoran Selera Malam

Respons: 0 comments

Restoran Selera Malam bersebelahan AFFIN BANK TAIPING
Sedang Menunggu pesanan sampai
Ayam Masak Merah
Udang Goreng Bersalut Tepung

Hidangan siap disajikan
Malam ni kita keluar lagi dari pekan Batu Kurau, petang tadi saya sempat meluangkan masa ke Restoran Selera Malam untuk melepaskan tekanan seharian di kedai dengan pelbagai kerenah pelanggan. Bagi sesiapa yang belum pernah pergi cuba la sekali, petang tadi makan nasi putih, ayam masak merah, udang goreng salut tepung,dan sup ayam. Cukup Menyelerakan kenyang sehingga ke malam. Kalau yang belum pernah mencuba boleh la pergi ke Restoran Selera Malam ni bersama keluarga ada pelbagai jenis menu yang di sajikan termasuk hidangan western.


Lokasi: Restoran Selera Malam, Taiping, Perak
Jurugambar: Nurul Huda bt Abdul Rohim
Tukang Lapor:awie958
Tahap Kesedapan disini: 4/5 bintang

Bas Pak Cik Junid

Respons: 0 comments

Beginilah keadaan penumpang bas Pak Cik Junid sewaktu petang pulang dari sekolah. Bagi yang pernah naik bas ni dulu tentu noltalgia kan. Teringin lak nak naik bas sekolah bila tengok gambar ni.

Perkhidmatan DJ Kenduri

Respons: 0 comments

Kepada sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan DJ di kenduri anda atau saudara mara anda nanti bolehlah menghubungi Pak Teh saya iaitu Dan DJ Anak Kurau. Insyaallah kos yang berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Beliau boleh di hubungi di nombor 013-5215734. Tempahlah sekarang untuk kenduri anda.

Pak Cik Bahaya tu!

Respons: 0 comments

Aksi bahaya. Petang tadi sempat saya luangkan masa ke Pasar Tani. Hari ni tak ramai yang berniaga di Pasar Tani mungkin lebih teruja untuk membuka gerai di perkarangan padang astaka ceramah Ustaz Kazim. Sesudah membeli saya bergegas ke kereta kerana hujan mula turun renyai.Tiba-tiba saya terpandang ada seorang petugas TNB yang sedang memasang cable untuk di sambungkan dari generator ke tiang letrik berdekatan. Sungguh bahaya, bertugas dalam keadaan hujan, tanpa memakai sarung tangan khas untuk kerja-kerja tersebut.

pss:Gambar lelaki yang memakai baju biru tu bernama Bukhari.

Kucing Terbiar Perlukan Perhatian Bah. 2

Respons: 4 comments




Beginilah kucing terbiar di hadapan kedai. Semuanya dibuang oleh tuannya kerana bermacam sebab dan alasan. Kesiankan, semua nya kelaparan. Pada waktu ini jam hampir menunjukkan pukul satu pagi. semua kucing ini berkeliaran mencari sisa-sisa makanan agak dapat meneruskan kelangsungan hidup. Moga suatu hari nanti kucing-kucing ini mendapat pembelaan dan ada insan yang sanggup membela meraka.

Kemalangan Di Kg Paya

Respons: 1 comments

Milik siapakah kereta ini, kesian keretanya remuk teruk berlanggar dengan Lembu berdekatan dengan dewan orang ramai kampung paya.

Kedai Ah Beng

Respons: 4 comments


Saya rasa mesti ramai yang pernah ke kedai Ah Beng dekat Jalan Kampung Perak Lama kan.Ah Beng ni saya kenal sejak saya mula beli basikal Rally waktu darjah dua kalau tak silap.Kemudian diikuti dengan basikal Mountain Bike yang ada gear sampai lima tu. Kalau basikal takde angin kat sini la bebudak sekolah dulu datang untuk pam angin free.kalau pam tak jalan kena pam sendiri guna pam tangan.Tua dah Ah Beng ni rasanya dari rambut hitam sampai ke putih dan hampir botak dah pun masih gigih bekerja, berkhidmat untuk masyarakat Batu Kurau. Terima Kasih Ah Beng jasamu di kenang. Sempat saya temuramah di mana anak beliau Joo Zit, katanya sudah di hantar ke England untuk belajar di sana, hampir dua tahun beliau di sana. Model di dalam tu bakal adik ipar saya, petang tadi belikan basikal baru untuknya untuk ke sekolah. Moga beliau lebih bersemangat untuk ke sekolah lepas ni.

Mee banjir Udang Port Weld

Respons: 0 comments
Asyik bercerita tentang pekan Batu Kurau sekali sekala nak gak cerita tentang kawasan luar dari Batu Kurau. Petang tadi sempat meluangkan waktu bersama bonda dan adik beradiknya serta ipar nya ke Kuala Sepetang ataupun lebih di kenali dengan nama Port Weld.Sempat lagi kami menikmati Mee Banjir Udang yang sangat enak udang fresh yang membuatkan hidangan menjadi lebih lazat dan menyelerakan. Berikut saya paparkan beberapa gambar yang sempat saya ambil sewaktu di sana.


Mee Banjir Udang Special..memang sedap tak terkata..


Bonda sedang menikmati Mee Banjir Udang Special Port Weld



Setelah selesai menikmati hidangan Mee Banjir Udang Special ..

Memang sedap la mee banjir udang dekat sini, udang segar, besar-besar belaka..puas hatilah belanjakan RM12-RM14 sepinggan beserta air.Kalau sesiapa yang tak tahu nak ke sini boleh hubungi saya.Nanti saya akan berikan panduan.

Jom Farmasi Mini Karnival "Moh Kenal Ubat Kita"

Respons: 0 comments

(klik pada gambar untuk melihat acara dan tarikh karnival)

Anda semua di jemput hadir ke karnival Mini Karnival Farmasi 2011 " Moh Kenal Ubat Kita" di Dewan Astaka, Mukim Batu Kurau, Taiping Perak. Jom kita ramai-ramai meriahkan lagi Karnival ni yer.

Awas! Sekatan Lalu Lintas

Respons: 0 comments

Bagi ibu bapa yang selalu membenarkan anak membawa motorsikal tanpa lesen dan topi keledar harap berfikir dua kali, sekatan lalulintas sedang di jalankan.

Tapak Projek Sekolah Menengah Kampung Perak

Respons: 0 comments
Seperti yang saya janjikan petang tadi, saya paparkan beberapa gambar yang sempat saya ambil petang tadi sekitar tapak Projek Sekolah Menengah Kampung Perak.Bagi yang merindui suasana bendang di Bendang Rawa nikmatilah pemandangan ini sepuasnya kerana kelak akan bertukar rupa.




Projek-projek yang sedang di jalankan di Batu kurau

Respons: 4 comments
Untuk pengetahuan rakyat di Batu Kurau, ketika ini beberapa projek sedang di jalankan iaitu Projek Jalan antara Taiping Anak Kurau, di katakan pembayaran pampasan sedang di laksanakan atau sudahpun di laksanakan, Projek membina Sekolah Menengah Kampung Perak di Bendang Rawa, pampasan sudah di berikan beberapa tahun yang lepas. Sewaktu saya melalui Bendang Rawa, kelihatan Kabin sudah di tempatkan di tepi jalan, tandanya kerja-kerja akan di mulakan tidak lama lagi, semoga segala yang di usahakan berjalan dengan lancar. Terima kasih bagi pihak yang berusaha untuk mempercepatkan projek ini di laksanakan. Gambar akan saya pamirkan di posting yang akan datang.

Batu kurau terputus bekalan air.

Respons: 0 comments
Jumaat,18 Februari 2011.Penduduk di pekan Batu Kurau mengalami gangguan bekalan air buat sementara waktu berikutan saluran paip utama pecah berhampiran tokong cina.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Ibu Ayam Beranak Empat?

Respons: 0 comments
Tajuk Di atas sekadar gimik, yang sebenarnya kelmarin 4 biji dari 6 biji telur yang di eramkan oleh ibu ayam saya hasil dari inkubator telah menetas dengan selamatnya.walaupun semua anak-anak ayam tu mengikut warna ibunya oleh kerana ibu ayam tu hitam, saya tetap bersyukur kerana segala usaha yang saya kira gagal berhasil kini. Di bawah saya kongsikan gambar ayam dan beberapa ekor anaknya.

Paip Bomba Perlu Di Selenggara Segera!

Respons: 0 comments
Paip bomba ini perlu di selenggara segera kerana di khuatiri jika berlaku kebakaran di kawasan rumah yang berdekatan agak sukar untuk menggunakan kerana

1. Kunci di bahagian bawah untuk buka laluan air telah pun tertutup dengan lapisan tar.
2. Di bahagian kanan telah di tanggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab, menyukarkan pihak bomba untuk memasang peralatan kerana apabila terdedah begini sudah tentu bahan yang di perbuat dari keluli ini akan berkarat.

Proton Inspira Putih Siapa?

Respons: 0 comments

Oleh kerana Blogger Pembangkang Batu Kurau bertanya blog sudah seminggu tidak di kemas kini, malam ni saya ingin paparkan gambar Proton Inspira yang kali kedua dapat saya lihat di atas jalan, kali pertama parking di depan kedai Haji Rapek, oleh kerana pada waktu itu malam dan gelap, jadi saya tidak dapat mengambil gambar kerana kamera yang saya punyai tidak cantik jika waktu malam. Gahnya meluncur laju di jalan raya antara Taiping ke Batu Kurau, kereta tersebut di miliki oleh seorang India. Cantik dan kemas di bahagian belakang.Bilakah agaknya saya dapat memiliki sebuah untuk di buat berjalan-jalan.Kata Orang tidak dapat beli Evo 8 beli Inspira pun sudah memadai.

Zalimnya si pencetak rompak!

Respons: 2 comments

Cetak Rompak CD Ustaz

cdKebelakangan ini banyak pihak yang mengambil kesempatan dengan mengeluarkan CD atau VCD Ustaz Kazim tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Aliasalam dan juga Pusat Pendidikan Al Barakah. CD dan VCD Ustaz Kazim telah dibeli dan dicetak semula kemudian diedarkan samada di pasar-pasar malam dan kedai-kedai. Kami di Pusat Pendidikan Al Barakah meminta kerjasama dari orang ramai agar tidak membeli CD Ustaz Kazim yang tidak asli atau cetak rompak. Ini adalah kerana sebahagian besar dari pendapatan penjualan CD itu adalah digunakan untuk menampung perbelanjaan penyelanggaraan, Maahad Tahfiz dan juga anak-anak yatim.

kredit:http://www.albarakah.org/

Komentor: kasihan pusat tahfiz Al-barakah, duit hasil penjualan cd tersebut untuk kegunaan anak yatim.Tapi di belinya sekeping cd ori kemudian di copy dan di jual semula, cetak rompak mudah di dapati di mana-mana, kesian pada ustaz kazim dan anak-anak yatim.Mohon pada rakan-rakan jangan beli dari penjual cd cetak rompak ini dapatkan yang original, kerana pembelian anda yang original wangnya akan di salurkan untuk kegunaan maahad tahfiz dan anak-anak yatim, besar pahalanya.




Khasiat Soya?

Respons: 0 comments
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Wallahu a’lam

kreadit :http://buaya-merah.blogspot.com

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog