Expedisi Ke Telaga Tujuh, Repoh, Batu Kurau, Taiping Perak bah -3

Respons: 2 comments
Kalau entry yang sebelum ini saya ada berkongsikan beberapa gambar telaga tujuh, di bawah ini saya kongsikan lagi beberapa gambar telaga dan juga pemandangan sungai.


Kalau di lihat gambar di atas ini air yang mengalir dari atas akan turun ke dalam telaga. Kalau sebelum ini kita dapat lihat telaga berada pada batuan di tepi pantai sungai, kali ini kita dapat lihat telaga di dalam air pula. Menakjubkan bukan. Dua orang rakan saya cuba memasukkan kayu untuk mengukur kedalaman telaga ini, namun kayu yang di tenggelamkan tidak sampai ke dasar. Kemungkinan aliran air yang deras turun membuatkan dasar telaga menjadi lebih dalam. Terus terang saya tidak berani nak turun ke dalam ni.
Gambar di atas ini pula aliran air yang turun dari bukit melunsur laju, tentunya air ini sejuk dan nyaman sekali. Sayangnya saya tidak membawa bersama kelengkapan untuk mandi.

Ini lagi gambar pemandangan sungai. Sangat menyeronokkan jika dapat berkelah disini. Sambil mandi -manda beriadah bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan.

2 comments:

Abang Long said...

Salam...Wow! Best nengok air tu..sure sejuk! Lama gak tak g mandi manda kat air terjun n jeram cam ni...thanx for sharing

awie958 said...

Waalaikummussalam, terima kasih berkunjung kesini.

Memang best pun, kalau senang-senang nanti datang la singgah ke Batu Kurau..boleh mandi manda di sana.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog