Dadah Musuh Negara!

Respons: 6 comments



Siapa sini pernah hisap dadah angkat tangan macam saya. Sambil menggoyang-goyangkan tangan seperti Usop Wilcha, buka wilcha, wheel chair, itulah pentingnya English Education. Mamat Khalid telah membawa satu fenomena baru dalam industri filem di mana setiap idea yang di curahkan dalam Filem Hantu Kak Limah Rumah telah menjadi ikutan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia kini, dari pada kanak-kanan sehinggakan orang tua pun ada yang terikut-ikut.

Malam ini bukan cerita itu yang saya ingin kupaskan, tetapi berkenaan dengan najis yang amat di larang untuk kita umat islam ambil. Dadah!. Dadahlah merupakan musuh negara nombor satu, kerana dadah orang sanggup bunuh adik, abang, kakak, ayah, mak, datok, nenek dan orang sekitarnya. Kerana dadah orang sanggup pergi merompak, meragut dan pecah rumah. Kerana dadah orang sanggup memotong kabel telefon untuk kegunaan orang di rumah. Semuanya kerana dadah yang terang-terangnya najis.

Mereka ini si penagih dadah sangat menyusahkan orang, bukan sahaja mengancam nyawa kita yang tidak berdosa malah berkemungkinan kerana mereka kita juga akan di jangkiti kuman hiv mahupun aids. Jadi wajarkah kita membiarkan si pengedar dadah yang antara dalang utama menyebabkan anak muda kita terjebak dengan najis dadah lantaran itu mengundang pelbagai lagi jenis ancaman kepada masyarakat. Jika menurut pemikiran saya, ada baiknya jika kita tahu ada pengedar dadah di kalangan kita, cepat-cepat laporkan kepada pihak polis, agar polis akan segera mengambil tindakan. Mahu saja saya cadangkan agar orang ramai boleh tetak mati si pengedar dadah ni, agar aktiviti pengedaran ini dapat di hentikan secara drastik.

Entry ini ada kaitan dengan ini . Mungkin sebabkan dadah lah berlakunya perkara tersebut pada saya.

6 comments:

Arpiiz said...

walau macam mana pun dadah tu masih diperlukan juga sebab ia boleh jadi ubat..

tapi apahal lah orang still nak hisap dadah..??

A. Asyraf (asd_slade) said...

salam,tgk status saudara macam ada pengetahuan dalam IT,so nak tnye sket...

macam mane kalau lappy tak bley detect mouse~!

Renjer Sungai said...

kesian pada yang jdi penagih dadah:( jdi ketagih mancing mcm renjer xde hal la hehe:)

rafina mimi abdullah said...

yang paling menyedihkan apabila ada di antara penagih2 ni yg berusia lebih dari 60 tahun..!!

anis aniesa said...

dadah mmg mush negara..mereka amik dadah nk kuat tpi akibatnya di hari muka diri juga terseksa..

Zawawi Japilos said...

Saudara ASyraff Ryu, saya tidaklah ada pengetahuan yang luas dalam IT, hanya ada sedikit ilmu cukup sekadar dapat membantu para pelanggan saya di kedai. berkenaan dengan mouse tidak boleh detect, kemungkinan ada masalah dengan usb port, ataupun mungkin usb port sudah rosak.

Renjer, kalau jadi ketagih mancing macam renjer takpe, tak menyusahkan orang, dapat menyenangkan orang lagi ada la, bukan senang nak tengok kaki pancing ni berkongsi pengalaman di blog.

Mrs. Yie, memang amat menyedihkan, bagi penagih yang berusia ni tunggu masa jala tuhan menarik nyawa mereka.Memang tak dapat nak di selamatkan lagida

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog