Perlukah Pertanyaan Ini Ditanyakan?

Respons: 7 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..........

Petang tadi saya bawa cik tunang saya ke Klinik Kesihatan Jalan Tupai, Taiping. Klinik ni merupakan klinik kesihatan untuk pesakit luar. Sesampainya kami ke sana, terus sahaja kami meluru ke kaunter untuk mendaftar dan mendapatkan no giliran untuk berjumpa dengan doktor.
Sewaktu nak mendaftar boleh pula tukang jaga kaunter tu tanya kenapa datang sini kenapa tak pergi ke klinik kesihatan Batu Kurau. cik tunang saya kelu dah nak bagi alasan,kenapa terus jawab alang-alang lalu, kebetulan pula saya memang ada urusan nak ke kedai komputer selepas ni.

Persoalan yang bermain difikiran saya perlukah ditanyakan soalan tersebut? apakah hak kita rakyat Malaysia ingin mendapatkan perkhidmatan rawatan yang lebih baik menjadi kesalahan dan perlu dipersoalkan?

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, klinik kesihatan batu kurau jarang-jarang sekali dapat berjumpa dengan doktor, kebiasaannya kami akan jumpa dengan MA, juga mengambil masa agak lama untuk berjumpa doktor kerana pada akhir sekali saya ke klinik kesihatan Batu Kurau hanya ada seorang doktor yang bertugas untuk rawatan pesakit luar,tetapi tidak di Klinik Kesihatan Jalan Tupai, kebanyakan bilik yang kami masuk akan tertera DR. Masa yang diambil pun sangat pantas dan tidak sampai sejam kami sudah dapat berjumpa dengan doktor dan boleh dapatkan ubat dan boleh balik.

Jadi sebolehnya janganlah ditanya kenapa kita datang ke klinik tersebut, walaupun kami ini hanya membayar RM1 untuk mendapatkan rawatan tetapi kami juga warganegara Malaysia yang mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.

7 comments:

wanna said...

same too me...ditnya soalan yg sma semasa buat medical checkup disitu...siap kena sound lg..ada ke ptut suruh buat medical checkup di klinik batu kurau,,kt sna mna ada xray kn..adoi....

Zawawi Japilos said...

lor juga ditanya ke aduhai..teruk la service klinik jalan tupai skang ni,kut yer pun jangan la persoalkan kenapa tak pergi sana kenapa datang sini, batu kurau xda xray lagi dan bila pergi mesti agak ramai yang menunggu nak pergi kena g awal2

roha said...

ni la jadinya kalau kerja tak ikhlas kerana Allah....

odahonebizz said...

biasalh awie kalo g tmpt yg kena byr RM1 petugasnya mmg byk songeh...dia xmau tmbhkn kerja dia lah tu...biasanya makcik2 yg selalu bising camtu OdahOne pun pernah kena sound, kalo nurse yg muda2 lyn elok2 jek, tu pun govt nak naikkn umur pencen jadi 65 thun pdahal produktiviti dieorg dh jauh menurun wt keje just utk dpt gaji jek...klinik bt kurau mmg yg paling besar jwtn kt situ MA...

Unknown said...

kekadang karenah birokrasi ni yg menyebabkan kemarahan org ramai

Zawawi Japilos said...

mungkin betul juga kat Roha, buat kerja tak ikhlas kerana ALLAH, dah nama pun klinik mestila pesakit akan datang untuk dapatkan rawatan kat situ tak kiralah ramai mana pun kena la serve juga, tak perlu nak persoal kenapa datang situ, memang la hari2 ramai membanjiri klinik tapi diorang dibayar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai kerajaan yang bertugas di klinik jadi kena la wat keja betul2..

Cik Odah, nurse yang muda2 mungkin tak banyak menanggung beban hutang jadi kurang tekanan, yang tua2 ni kekadang loan kereta loan rumah loan peribadi loan itu loan ini kepala dah semak dengan tekanan utang banyak gaji dok tahap tu juga tu yang layan pesakit nak tak nak jer tu, rata2 orang gomen ni banyak berhutang sebab diorang boleh senang2 je buat hutang sana sini, nak lanjut sampai 65? lupakan jela..usia 50 pun dah tarik muka berkerut dah nak layan pesakit ni kan pulak 60 ke atas...aduhai...

Betul tu abg Khairul, kekadang kerenah biroksasi yang menyebabkan orang marah, salah satu nya saya la lepaskan dekat sini

jelah said...

ape la pekerje tu..biaq pi la nk pi mna pon...xde kurang nyer gaji korang...

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog