Hari ni saya nak berkongsi dengan semua pengunjung berkenaan pokok sena yang telah di tanam menyongsang yang mana dikatakan pokok ini pada asalnya di tanam akarnya terpacak ke atas dan pucuknya di tanam ke bawah. Pokok ini masih ada lagi di Tanah Perkuburan Kampung Seri Paduka, Kampung Perak, Batu Kurau, Taiping Perak. Pokok tersebut telah di sumpah 'Selagi ada pokok sena musuh tidak akan kacau kampung'.
Siapakah yang menanam pokok sena tu?. Difahamkan pokok sena tu telah ditanam oleh moyang saya. Beliau merupakan keturunan Raja Bugis dan juga merupakan orang yang telah membuka sebuah kampung yang diberi nama,Kampung Perak dan kini telah ditukarkan dengan nama Kampung Seri Paduka.
Terdapat beberapa keanehan yang pernah diceritakan oleh orang-orang terdahulu berkenaan dengan pokok sena ini, di antaranya jika ada dahan gugur jatuh ke bumi, petandanya ada orang yang akan mati dan bakal dikebumikan di situ. Berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 di mana di kawasan Batu Kurau ini juga kena perintah berkurung. Sesiapa juga tidak dibenarkan keluar dari rumah kerana askar berkawal dan pada sesiapa yang engkar akan di tembak. Namun anehnya penduduk Kampung Seri Paduka ini masih bebas berada di luar rumah tanpa sebarang gangguan, inilah yang diceritakan sendiri ibu saya.
Selain daripada itu, ada juga cerita yang pernah di ceritakan di mana ada seorang penduduk kampung yang mengambil dahan kayu yang digunakan untuk membuat pancang menambat kerbau, setelah di tambat kerbaunya, tiba-tiba kerbaunya menjadi kaku, setelah mendapat nasihat dari pawang , dan pawang tersebut telah membuang pancang kayu dari dahan pokok sena yang di gunakan untuk menambat kerbau tadi barulah kerbau tadi pulih semula.
Bilamana ada orang yang meninggal dan ingin dikebumikan di kawasan sekitar bawah pokok, di gali di mana pun tidak akan ketemui akar, aneh walaupun pokoknya besar tapi akan tidak menjalar seperti pokok-pokok lain yang kita pernah tengok. Sekian sahaja untuk entry kali ini. Cerita-cerita ini adalah cerita yang pernah disampaikan oleh ibu saya, ada juga pengalaman-pengalaman beliau sewaktu muda dulu dan juga cakap-cakap yang didengari dari orang-orang tua terdahulu.
12 comments:
slm. moyang sy bugis juga. tapi sy tak pernah tau apa2 tntg bugis... dgr kata bugis ni bengis...
biasa pokok2 besar cam ni org pewrcaya macam2..
jangan sampai terpesong akidah sudah..:)
Muhammad Burn pun keturunan bugis juga yer.Moyang di malaysia sebelah mana?
abg sop, sekadar menceritakan apa yang di ceritakan oleh ibu saya, bukan cerita rekaan mahupun dongengan, di mana-mana pun ada pokok sena,cuma dekat sini memperihalkan bagaimana pokok ini di tanam dan beberapa perkara aneh, sebenarnya ada yang lebih aneh tapi saya terpaksa rahsikan untuk tidak mengaibkan orang yang terlibat. insyaallah tidaklah sampai terpesong akidah.
Errrr. Menakutkan saja. Kalau malam-malam lalu kawasan mesti meremang bulu. heeee
owh..selalu jugak g batu kurau
Assalamualaikum
"Siapakah yang menanam pokok sena tu?. Difahamkan pokok sena tu telah ditanam oleh moyang saya. Beliau merupakan keturunan Raja Bugis dan juga merupakan orang yang telah membuka sebuah kampung yang diberi nama,Kampung Perak dan kini telah ditukarkan dengan nama Kampung Seri Paduka."
ayah saya ceritakan, kampung seri paduka dibuka moyang/keturunan kami. mungkin kita satu keluarga besar. keluarga Tok Paduka.
ayah saya, Cikgu Abd Razak b Nordin anak kpd Rodiah bt Kulub Kecil b Tok Latif b Tok Bolah b Tok Paduka orang yang membuka Kpg Seri Paduka, Kpg Perak.
Waalaikummussalam, terima kasih PanglimaKhalid yang sudi bertandang ke blog ini, berkenaan dengan pohon sena ini, ianya telah diceritakan oleh mak saya pada saya sejak kecil lagi. mak saya habibah (kak zah) bt hamzah (awang mezah@gajah)bin idris bin kulup kecil bin dua sen bin latif bin bolah. jadi kalau nak diikutkan saudara Panglimakhalid kemungkinan besar ada kena saudara dengan saya, cuma saya musykil berkenaan kulub kecil bin dua sen ini menurut mak saya, tapi saudara pula menyatakan kulub kecil b tok latif terus..salah silah keturun bugis ada dalam simpanan toki saya, Hamzah bin idris di rumahnya..menurut mak saya salah silahnya panjang...saya sendiri pun tidak pernah tengok, sekarang toki saya sedang uzur
Assalamualaikum. Pada hari Sabtu 14 Julai 2012, saya ada pergi jumpa abang Hamzah untuk melihat salasilah tersebut, malangnya tak dapat berkomunikasi kerana masalah pendengaran. Saya ada tel Dan DJ untuk dapatkan bantuan, dia ada di kebun. Pada hari itu saya dapat jawapan salasilah saya iaitu Ngah Sepiah bt Kulub Kecil b Hasan berasal dari Kati. Ngah Sepiah berkahwin dengan Kulub Kecil b Latif b Anjang 2 Sen b Tok Bolah b Tok Paduka. Adakah Tok paduka ini berketurunan daripada Tun Saban yang membawa Sultan Perak pertama dari Kampar?
waalaikummussalam, sabtu lepas ada kenduri, tapi tak sampai berita pada saya pada hari tersebut, memang toki saya tu masalah dengan pendengarannya, kalau nak berkomunikasi dengannya kena tulis pada kertas besar dan jelas, saya kurang pasti dan kurang jelas dengan pertanyaannya ini, insyaallah saya cuba usahakan bertanya dengan mak saya berkenaan soal ini..nampaknya saudara pak long ni berpangkat toki menakan saya
Assalamualaikum. Kalau saudara ada kelapangan, pergi ke perpustakaan Muzium Taiping. Di sana ada salasilah Tengku Menteri Larut, Matang dan Selama. Carta salasilah itu tergantung pada dinding tepi tingkap. Salasilah itu bermula dari Tun Saban anak kepada Tun Perak Bendahara Melaka. Dalam salasilah itu, Tok Paduka b Tok Johan Pahlawan b Tun Belunak b Tun Saban b Tun Perak. Daripada Tok Paduka inilah terlantiknya OBJ Tiping @ Tengku Menteri. Persoalan saya pada salasilah itu ialah selama 300 tahun (1511 - 1850) hanya ada tiga generasi sahaja. Ini mungkin salasilah ini bermula Tok Paduka - Tun Saban tidak lengkap walaupun disahkan oleh OBJ Taiping. Bapa saya pernah mengatakan jawatan Tengku Menteri @ OBJ Taiping sepatutnya dipilih pula daripada keturunan sebelah Batu Kurau. Mungkin taraf pendidikan dan jawatan pekerjaan yang ada pada pada keturunan sebelah Batu Kurau yang tidak tinggi atau birunya tak cukup pekat menyebabkan keturunan sebelah sini tak terpilih sebagai TM @ OBJ.
menurut mak saya, moyang dulu keturunan bendahara, oleh kerana sultan dulu ingin mengambil anak perempuannya untuk dijadikan gundik menyebabkan moyang lari dan membuka penempatan yang turut di panggil kg sri paduka sekarang,cerita ini diceritakan oleh arwah pan@tok saya juga di kenali pan cu gembak pada mak saya, menurut mak, pan saya rajin bercerita, toki saya kurang bercerita kerana beliau seorang yang garang masa muda2 dulu. sayangnya Pan saya sudah meninggal sejak dari tahun 70an lagi. menurutnya mak lagi,pada satu ketika dahulu pernah sultan mencari waris bendahara untuk dikurniakan darjah dan pangkat,namun toki saya tidak mahu kerana takut anak2 timbul masalah pula nanti, mak saya kata lagi, kawan2 pun turut nasihat jangan, takut nanti anak2 orang takut nak kahwini kerana akan turut sama menerima gelaran..
Assalamualaikum. Saya terbaca dalam sempenehcempaka.blogspot.com ada menyatakan nama-nama keturunan Tok Bolah. Bolehkah saudara bertemu penulis blog itu bagi menetukan yang manakah nama-nama yang sebenar orang yang membuka Kpg Perak serta keturunannya sehingga kini juga keturunan ke atas (datuknya dan seterusnya)serta rujukannya.
Post a Comment