Jom jengok Masjid Jelai, Batu Kurau

Respons: 7 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hi wabarakatuh....

Jom kita melawat Masjid Jelai yang terletak di Jelai, Batu Kurau Taiping Perak. Seingat saya masjid ini baru siap di bina pada sekitar tahun 1995 atau 1996. Pada waktu itu saya menghadiri kem pengakap di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelai. Betapa rasa kagumnya bila masuk ke dalam Masjid ini. Teruja bila melihat ada alat perangkap serangga yang beterbangan seperti nyamuk lalat dan sebagainya. Inilah masjid yang paling canggih di kawasan Batu Kurau pada ketika itu.

Inilah pandangan hadapan masjid tersebut, nampak sangat indah dari jauh, ketika saya mengambil gambar ini, waktu tengah hari, hanya ada beberapa orang yang singgah untuk menggunakan tandas.  Masjid ini mempunyai halaman yang cukup luas untuk jemaah masjid singgah dan meletakkan kereta dan jika ada majlis seperti ceramah pun mudah untuk memasang kemah kerana keadaan ruang hadapan masjid yang luas.


Walaupun masjid ini kelihatan indah dari jauh, lihatlah pembaziran yang berlaku, agaknya berapalah bil yang harus ditanggung oleh kerajaan untuk membayar bil air. Paip air ini tidak diselenggara. Mungkin sesendal sudahpun rosak dan perlu di gantikan dengan yang baru. Keadaan dinding sekitar tempat mengambil wuduk pun agak kotor. Bukankah Islam amat mengambil berat dan mementingkan aspek kebersihan. Siapakah Tok Siak atau Jawatankuasa Masjid yang bertanggungjawab atas aspek kebersihan ini dan juga siapakah yang bertanggungjawab dari segi memperbaiki peralatan yang rosak ini.


Lihatlah betapa jijik dan kotornya dinding tempat untuk mengambil wuduk ini. Keadaan sebegini agak memalukan kerana masjid ini juga turut disinggahi oleh orang luar dan pelancong yang datang melancong dan singgah untuk bersolat disini. Di harapkan selepas ini adalah pihak berwajib yang dapat melakukan apa yang patut agar kebersihan masjid dapat di jaga sebaiknya. 


7 comments:

khairul said...

Islam menitik beratkan kebersihan dan sebahagian dr iman..tetapi kenapa umat iSLAM sendiri mengabaikanya ?

awie958 said...

Terima kasih atas komen yang bernas abg khairul, setelah sekian lama saya tak singgah, tak sangka lak masjid tersebut sudah jadi tidak terurus begitu.Mungkin perlu pihak masjid menggajikan tukang cuci agar lebih terurus masjid tersebut.

Odah + One = OdahOne said...

sedihnya bila tgk masjid kg sendiri jd cmni...bdk2 muda ramai yg xduk kg xkn nk hrpkan org tua nk bsihkn betul tak?

Nizam Ijam said...

adoi.. marilah berubah...

awie958 said...

bdk2 muda ramai watpa lani? merempit melepak buat keja tak tentu arah...tapi kalau ada orang yang pandai gunakan bebudak ni kan bagus..baru la diorang wat keja2 camtu

Anonymous said...

as salamoalikom! saya rasa kalau d sekitar masjit tu dibuat tempat permainan contoh gelenggeng, futsal, badminton dan sebaginya munkin boleh menggalakkan anak2 muda ke masjid.pada mula nya memang lah susah, tapi lama kelamaan akan beranso ramai lah yg akan kesana.tapi kena ada pemantauan.segala aktivi dibuat disitu.kemudian setelah ada yg minat kita lantek mereka menjadi ajk d situ. contoh ajk kebersehan,ajk pencegahan maksiat dan sebagainya.kalau dari kecil kita dekatkan dgn masjit insaallah ia akan membawa ketua lah.
sebenar nya ,saya pun asal sana cuma saya dibesar kan d KL.Saya pun rasa bangga dgn berita BATU KURAU termasok dlm kelenda percutian MALAYSIA.

Anonymous said...

Masjid ni guna air bukit dan air paip jba. Air bukit yang menyebabkan berlaku kekuningan pada tiles. Walau apa pun siak yang bertugas sepatutnya sentiasa peka dengan persekitaran tugasnya.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog