Awas Burger Najis!

Respons: 5 comments

Telur Ayam yang terdapat najis dan belum dicuci.


Di bahagian buntut ayamlah tempat keluarnya telur ayam.


Gambar adalah hiasan, burger ayam.

Setelah beberapa hari tiada entry yang tebaru hari ni saya nak berkongsi tentang Burger Najis. Pernah tak anda semua makan burger ayam special?. Saya rasa tentu anda semua pernah makan bukan, kalau tak pernah tu boleh baca dan sampaikan pada kawan-kawan. Apa yang saya nak kongsikan pada petang ini ialah berkenaan telur yang digunakan untuk membungkus daging burger tadi, telur tersebut kadangkala ada sesetengah peniaga yang tidak mahu mencuci kulit telur terlebih dahulu. Ini menjadikan apabila mereka memegang telur tadi maka tangan mereka akan terkena najis yang ada pada telur, dengan tangan yang sama juga si peniaga tadi akan memegang pula roti , peralatan memasak dan sebagainya, dan secara tak langsung najis yang berada pada kulit telur tadi akan terpalit habis ke daging burger, pada roti burger , kertas tisu, plastik dan seterusnya burger itulah yang anda makan. Cuba bayangkan setiap hari jika anda makan burger ayam special, makanya setiap hari jugalah anda akan memakan najis yang secara tidak sengaja berada di dalam makanan anda iaitu burger tersebut.

Bagaimana pula telur tersebut boleh menjadi najis? Menurut apa yang di perkatakan oleh salah seorang ustaz yang berceramah di dalam kursus yang saya hadiri, katanya apa sahaja yang boleh di makan seperti telur adalah asalnya dari lubang najis maka kena kita cuci dahulu, jika kita dapat lihat ibu ayam seperti gambar di atas mengeluarkan telur dari lubang buntutnya tempat pengeluaran najis, maka telur tersebut secara tak langsung akan terpalit dengan najis yang terdapat pada buntutnya ayam tersebut. Telur yang di basuh tidak boleh bertahan lama, jadinya telur tersebut tidak di basuh terlebih dahulu untuk mengelakkan telur tidak tahan lama.

Para peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab pada pemakanan yang di jual oleh mereka agar para pembeli tidak termakan makanan yang berunsur najis, Makanan yang terdapat najis tidak terhad kepada burger sahaja, makanan yang di jual di gerai-gerai seperti char kuew tiaw, mee goreng, murtabak yang hanya mengambil jalan mudah meletakkan telur pada bekas telur kertas yang kita sedia ada maklum terdapat najis pada bekas telur tersebut. Jadinya terpulang pada anda semua untuk memilih pemakanan mana yang sesuai untuk anda makan, makanan yang terdapat najis secara terang-terangan dengan amalan persedian yang tidak bersih, ataupun makanan yang bersih dan suci lagi halal. Mengikut apa yang saya faham, najis adalah haram di makan.

5 comments:

gnesop said...

Sop tgk kedai mamak byk yg dah basuh telur (yg sop selalu singgah) utk roti telur. Dulu isu juga

Faiz Zaini said...

ye ke telur basuh xtahan lama.. aku selalu je basuh dulu sebelum susun dlm bakul..

Renjer Sungai said...

renjer tak suke mkn telur nti b###rtt busuk kah3! :)

FatinFirdaus said...

eewww... btol jugak kan.. kotornye.. ~_~

Zawawi Japilos said...

Terima kasih pada yang sudi komen, abg sop mmg betul sekarang ni kebanyakkannya sudah mengamalkan kebersihan seperti cuci telur dulu, kemudian letakkan di tempat yang bersih, memang sesetengah kedai mamak yang prihatin dan tahu mereka akan buat sedemikian, namun agak menyedihkan bila anak2 muda yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan ni tidak mengamalkan seperti apa yang sepatutnya dilakukan.

telur yang sudah di basuh kalau tak di letakkan di dalam freeze tak tahan lama faiz,kalau orang buat kuih tau la keadaan telur tu jadi macam mana.

selamat la renjer tak suka makan telur hehe.

tu la Fatin, kotor. Tapi apakan daya yang kotor tu la orang kita tak sedar nak gak makan.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog