Harga Getah Naik Lagi Getah dah nak kering?

Respons: 4 comments






Para pekebun getah sejak beberapa bulan lepas menarik nafaz lega apabila harga getah meningkat naik sehingga ada yang mencecah belasan ringgit mengikut jenis getah, pastinya orang-orang tua di kampung pun terasa betapa nikmatnya pegang duit ratusan ringgit sekali menjual getah tak seperti sebelum ini yang hasilnya kadangkala tak sampai pun lima puluh ringgit. Syukur Alhamdulillah harga getah naik. Namun hari yang panas sangkakan ke petang rupanya hujan di tengah hari, kini sudah bulan tiga, daun-daun getah mula berguguran jatuh dan daun muda pula keluar menggantikan daun yang telah gugur. Getah pun semakin lama semakin berkurangan. Pengeluaran menjadi kurang maka hasil pun berkurangan.

4 comments:

mofaizmz said...

pokok getah area mana ko amik ni

Anonymous said...

getah turun harga dah lani ....$5.80 perkilo ....harga barang menaik lagi...

awie958 said...
This comment has been removed by the author.
awie958 said...

dekat anak kurau..turun naik harga getah sama ja bagi saya, saya takda pokok getah nak di motong, tak pernah nak merasa pegang pisau getah pun.

untuk tidak menyinggung mana-mana pihak saya telah delete komen saya sebelum ni.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog