Perkhidmatan Skynet Di Batu Kurau

Respons: 0 comments

Penduduk di Batu Kurau merasa bertuah kerana penyedia perkhidmatan Courier yang pantas sudah ada di Batu Kurau. Kalau dahulunya penduduk di pekan Batu Kurau hanya bergantung kepada Pos Laju dan Pos Ekspress untuk menghantar barangan ke tempat lain kini penduduk di Batu Kurau boleh menggunakan perkhidmatan Skynet.

Apa itu Skynet? Skynet adalah penyedia perkhidmatan perhantaran barangan dan dokumen anda ke alamat yang anda mahu hantar sama seperti dengan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pos Laju cuma bezanya bagi saya Skynet lebih cepat sampai ke destinasi yang hendak di tuju.

Skynet Cawangan Batu Kurau telah di buka semenjak dari tahun lepas, sambutan yang di terima amat menggalakkan terutama penghantaran dari luar. Dengan adanya Skynet cawangan Batu Kurau barangan yang di hantar dari Luar menjadi mudah untuk sampai ke kawasan-kawasan sekitar Batu Kurau ini. Anda juga boleh menghantar motorsikal ke destinasi yang anda hendak hantar dengan menggunakan perkhidmatan Skynet ini. Sebelum saya promote disini saya sendiri telah menggunakan perkhidmatan ini dan barang yang saya hantar semuanya sampai ke destinasi dalam masa yang telah di tetapkan. Hari ini hantar esok sampai.

Terima Kasih kepada D.W Communication yang juga menyediakan perhidmatan Skynet ini di kedai beliau di alamat no 38, Jalan Besar, Batu Kurau, Taiping Perak. Pada sesiapa yang ada pertanyaan berkenaan dengan servis Skynet Cawangan Batu Kurau ini bolehlah menghubungi 010-9154007.

No comments:

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog