Kuew Tiaw Goreng Kerang

Respons: 0 comments

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua Gerai Kuew Tiaw Goreng Kerang berhadapan dengan Balai Polis Batu Kurau. Bagi orang yang sudah biasa makan Kuew Tiaw Goreng Kerang Wahab Driver Ambulan mesti sudah biasa makan di kedai makan berhadapan dengan BSN Batu Kurau pada waktu petang. Keenakan rasanya membuatkan orang sering berkunjung ke kedai makan tersebut termasuk pelanggan dari Taiping sekalipun datang semata-mata ingin menikmati kelazatan kuew tiaw goreng kerang Wahab ni. Petang tadi sempat saya menikmati kenikmatan Kuew Tiaw Goreng Kerang ini yang di masak oleh Wahab atau lebih di kenali dengan gelaran Pak Teh Wahab. Bermula dari pukul 5.30 Petang anda boleh datang duduk dan makan di gerai ini mahupun bungkus bawa pulang. Jika anda bawa pulang lebih terasa nikmatnya kerana bungkusan nya di lapik dengan sejenis daun yang bertindak balas menghasilkan bau yang wangi menaikkan lagi selera. Pada yang belum pernah mencuba datanglah ke Batu Kurau, Taiping Perak. Memang Enak. Harga yang berpatutan hanya RM3.00 untuk sepinggan mahupun sebungkus. Pastinya anda akan berpuas hati.

Kelihatan Pak Teh Wahab sedang sibuk menggoreng Kuew Tiaw


Ini hasilnya berkat kesabaran Nyum Nyum Lazat


No comments:

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog