Susu Pekat Manis

Respons: 0 comments

Asyik bercerita pasal makan pasal tempat-tempat menarik isu semasa kat Batu Kurau dan sekitar Taiping hari ni saya nak berkongsi resepi untuk buat susu pekat manis pula, mesti ada yang menggemari susu pekat manis di bancuh dengan teh untuk buat teh tarik dan sebagainya.

Resepinya:

Bahan
  1. 500ml susu segar
  2. 100ml gula
(* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)

Cara-cara

  1. Mula-mula masukkan susu segar dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal. Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
  2. Kena berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan sesekali guna api yg besar.
Selamat Mencuba, Lepas ni tak perlu lagi pergi beli susu pekat yang semakin mahal harganya di pasaran sekarang. Susu pekat buatan sendiri ni rasanya lebih selamat dari susu yang berada di pasaran kerana susu pekat kita buat selamat dan bebas dari bahas pengawet.

No comments:

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog