Kedai Ah Beng

Respons: 4 comments


Saya rasa mesti ramai yang pernah ke kedai Ah Beng dekat Jalan Kampung Perak Lama kan.Ah Beng ni saya kenal sejak saya mula beli basikal Rally waktu darjah dua kalau tak silap.Kemudian diikuti dengan basikal Mountain Bike yang ada gear sampai lima tu. Kalau basikal takde angin kat sini la bebudak sekolah dulu datang untuk pam angin free.kalau pam tak jalan kena pam sendiri guna pam tangan.Tua dah Ah Beng ni rasanya dari rambut hitam sampai ke putih dan hampir botak dah pun masih gigih bekerja, berkhidmat untuk masyarakat Batu Kurau. Terima Kasih Ah Beng jasamu di kenang. Sempat saya temuramah di mana anak beliau Joo Zit, katanya sudah di hantar ke England untuk belajar di sana, hampir dua tahun beliau di sana. Model di dalam tu bakal adik ipar saya, petang tadi belikan basikal baru untuknya untuk ke sekolah. Moga beliau lebih bersemangat untuk ke sekolah lepas ni.

4 comments:

mofaizmz said...

waahh.. kenangan sungguh.. kat pekan batu kurau tu ada 2 kedai basikal dulu.. tapi kedai ah beng ni jugak yang paling orang suka pergi.. hehe, hidup lagi ah beng ye.. basikal 1st aku pun dulu beli kat kedai ni dulu la.. memang nostalgik betul..

p/s: try buat entry kedai gunting rambut kat batu kurau tu plak.. tak silap aku dulu ada dua jugak.. satu kedai dekat area kawasan pekan selasa tu.. satu lagi kedai gunting rambut sani..

p/s p/s: port makan roti canai paling aku suka dulu.. kat bangunan BSN tu.. memang sedap + ada awek yang aku admire dulu kat situ.. ntah pi mana la awek tu skarang.. hahaha...

awie958 said...

terima kasih sahabat sudi komen, memang nostalgic kan..hidup lagi Ah Beng ni,masih macam dulu-dulu gak,Ah Beng lebih ramah layan pelanggan dari satu lagi kedai basikal.

insyaALLAH nanti bakal menyusul pos entry kedai gunting rambut dekat pekan batu kurau pulak yer..da ada banyak da sani dah jual kedai, skang da jadi kedai hp.

kedai roti canai? masih ingat lagi ye kedai tu, kedai wahab,sekarang ni dah xde jual roti canai dah, ingat lagi tak faiz masa form 1 kita jogging naik bukit klinik turun bukit, last ko ajak makan roti canai teluar dua keping kat kedai tu la. awek tu entah ke mana tah skang ni.jangan-jangan da kawin da kut

Anonymous said...

beribu umat batu karau berjalan dipekan selasa alhamdulilah semoga nenek moyang aku aman disana kerana menberi kemudahan kepada kita

awie958 said...

insyaallah moga aman nenek moyang saudara disana.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog