Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?
KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama
Sumber berita dari Utusan Malaysia
2 comments:
Salam...betul ke? Saya sendiri ada membacanya tetapi masih mencari fakta kebenarannya. Cuma yg tak bestnya semasa akad di masjid ramai yg dtg tetapi setelah selesai kosong lah masjid tersebut. Pernah juga mensengar rungutan beberapa kariah masjid yg kurang senang kerana rasa terganggu untuk beribadah ketika majlis itu berlangsung...ntah lah
Waalaikummussalam,Menteri Jamil Khir cakap boleh di laksanakan di Masjid, memudahkan bagi tukang bagi nikah nak menikahkan ramai pengantin,semua di laksanakan di masjid tak perlu lagi nak berkejar ke sana kemari.tetapi bila di masjid haruslah beradab dan bersopan.
Bagi saya, bila di masjid pula,tidak bolehlah memakai pakaian yang jarang hingga menampakkan apa yang sepatutnya dilihat oleh suami tetapi di pertontokan pada orang ramai.yang mengikut pun kenalah bertudung, janganlah pamerkan perilaku lebih buruk dari orang kafir masuk masjid.
Post a Comment