Cermin kereta tetap kotor?

Respons: 0 comments
Tengok ini cermin kereta dan viper kereta saya, bila tengok dengan mata kasar tak nampak apa-apa pun semuanya seperti biasa sahaja.


Apabila saya kesat dengan kertas tisu inilah hasilnya seperti di dalam gambar, kotor dan kehitaman walhal kereta baru sahaja di cuci 2 hari lepas.

Ini pula kesan viper di bahagian belakang, perodua viva ada viper di bahagian depan dan belakang.

Selama ini saya tidak pernah terfikirpun berkenaan penjagaan viper, bagi saya cukup jika ada viper apabila hujan hanya tolak tombol untuk jalankan viper dan viper akan berfungsi untuk mengesat air yang berada di cermin bagi membolehkan saya melihat dengan jelas di hadapan sewaktu hujan. Sejak akhir-akhir ini saya perasan yang walaupun viper telah di pasang cermin tetap kotor. Setelah terbaca di sini barulah saya tahu rupanya viper ini sangat penting. Jika ada pasir pada viper, nescaya viper tersebut akan menjadi serupa kertas pasir, cermin kereta akan calar teruk. Jadi selepas ini saya akan menjaga viper kereta saya sebaik mungkin untuk menggelakkan dari kena menggantikan cermin kereta yang harganya jauh lebih mahal dari set viper depan dan belakang. Terima kasih kepada Orang Kecil Orang Besar kerana berkongsi maklumat yang berguna.

No comments:

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog