Paip Pecah Lagi

Respons: 0 comments
Sudah dua hari tak berkesempatan untuk mengemaskini berita-berita terbaru kerana terlalu sibuk dengan tugas harian. Al-maklum saya berniaga sendiri, jadi kerja yang berhadapan dengan pelanggan ni sedikit sebanyak akan membuatkan saya menjadi sangat sibuk sesetengah masa tu.

Dua hari lepas Pekan Batu Kurau mengalami gangguan bekalan air lagi, pada mulanya bekalan air menjadi sangat perlahan dan menyukarkan untuk melakukan aktiviti harian seperti memasak, mencuci pakaian dan sebagainya yang melibatkan penggunaan air. Oleh kerana tahap kesabaran yang sangat memuncak dan hampir hilang sabar saya telah menghungi LAP Taiping untuk membuat aduan. Pihak LAP memaklumkan berlakunya paip pecah berukuran 12 inci di jalan besar antara Jelai ke Batu Kurau. Besar nyer batang paip tu.Menurut sahabat saya Azhar paip bekalan air di Batu Kurau ini telah sekian lama tidak di tukar kemungkinan hampir 20 tahun. Jadi adalah wajar jika paip-paip ini mengalami kerosakan seperti bocor, pecah dan sebagainya. Berikut sedikit gambar kerja-kerja penyelenggaraan yang di laksanakan oleh Kontraktor untuk membaik pulih paip bocor. Kualiti gambar kurang memuaskan kerana saya mengambil sewaktu memandu kereta(Dilarang meniru aksi ini sangat berbahaya).




No comments:

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog