Siang tadi saya menghadiri sesi pertama kursus kahwin di Hasani Group. Buat pengetahuan semua terutama di Perak, jumlah waktu untuk kursus kahwin ini akan di tambahkan, oleh kerana terdapat banyak sangat kes-kes penceraian di Perak ini jadinya jabatan agama islam perak bercadang untuk menambah baik modul yang sedia ada. Mengikut cakap-cakap pendaftar nikah negeri Perak tadi kemungkinan akan di buat untuk selama 3 bulan. Jadi pada sesiapa yang belum lagi mengambil kursus kawin ni adalah dinasihatkan untuk mengambil kursus tersebut secepat yang mungkin untuk mengelakkan sebarang kerumitan di kemudian hari. Ada juga cakap-cakap yang saya dengar di satu negeri tu ada yang sudah buat selamat 5 hari, ada yang 3 hari. Setakat minggu ini di Hasani Cawangan Kamunting masih lagi 2 hari. Bagi saya amat berbaloi di laburkan RM80 untuk mendengar ceramah selama dua hari di Hasani. Ustaz-ustaz yang menyampaikan pun ustaz yang memang orang yang arif tentang nikah kahwin ni, ada yang merupakan kaunselor, ada yang merupakan pendaftar nikah bukan sahaja kita dapat pelajari semula apa yang kita pelajari di sekolah malah ada beberapa ilmu alam rumah tangga di kongsikan bersama peserta kursus. Esok adalah hari terakhir kursus. Moga-moga dapat jawab test dengan jayanya esok petang.
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
No comments:
Post a Comment