Salahkah saya?

Respons: 5 comments
Gambar ini hanya hiasan

Sesampainya saya ke kedai malam ni, terus saja saya keluar dari kereta dan tutup pintu lalu buka pintu kedai, sudah menjadi kebiasaan saya akan jadi was-was samada kereta saya sudahpun berkunci ataupun belum, lalu saya menekan remote di tangan untuk memastikan pintu kereta saya telah pun berkunci. Buzzle berbunyi dua kali, maksudnya tadi saya telahpun mengunci kereta, setelah berpuas hati, saya menekan sekali lagi remote di tangan untuk mengunci semula pintu kereta yang telah dibuka.

Setelah itu, saya meneruskan kerja-kerja saya petang tadi yang tertangguh termasuklah BW kepada kawan-kawan yang setia membalas kunjungan. Tiba-tiba sahaja pintu kedai saya di buka oleh seseorang, berbaju hitam bertopi biru dan berseluar jean biru, gaya lagak mukanya seperti ingin marahkan seseorang, saya jadi hairan dengan tak semena-mena orang tu bertanyakan pada saya kenapa tekan alarm kereta, ingat aku ni perompak ke sampai tekan alarm kereta, pada mulanya saya kurang faham apa maksudnya, kini baru saya faham, kemungkinan beliau menganggap saya menekan remote seolah memberi amaran ada pencuri, sedangkan saya ingin memastikan pintu kereta saya telah tutup dengan kemas dan berkunci. Orang tu terus menerus mempersoalkan kenapa saya buat begitu. Saya telah jelaskan beberapa kali dan meminta maaf namun beliau tetap juga bertanyakan soalan yang sama, seolah masih tidak berpuas hati. Katanya lagi ingin beli Kuew Tiaw Kerang Wahab, tapi malam ni kedai tidak di buka, mungkin kerana frust tidak dapat beli kuew tiaw kerang, saya pula menjadi mangsa melepaskan kemarahan.

Seriously saya memang tak berpuas hati dengan sikap dan kelakuan dia pada saya, sudahlah berpelakuan seperti itu, siap gertak saya lagi nak pecahkan cermin kereta, dan hina saya buat maluja tak buang plastik pada kerusi kereta, eh salahkah saya tak buang plastik kereta pada kerusi? bulan-bulan dia ke yang bayar ansuran nyer? persoalannya di sini salahkah saya ingin memastikan kereta saya di kunci ? Wajarkah tindakan beliau begitu pada saya? Wajarkah saya membuat laporan polis tentang ugutan beliau?

5 comments:

Muhammad Izuan said...

org gila tu. jgn layan. dia memang pencuri. tu yg dia trasa hati.

Zawawi Japilos said...

Muhammad Burn, terima kasih atas komen dan nasihat anda, mungkin betul, kalau orang tak mencuri takkan nak terasa hati, hanya golongan pencuri yang terasa hati...

touya said...

Erkkkkkkkk Biar betul manusia spesis ini wujud kat Batu Kurau.

Zawawi Japilos said...

Haa Encik Touya, masih wujud dekat muka bumi ALLAH ni. Selidik dengan bebudak yang datang kedai,ada gak bebudak kampung dia yang dia buat macam tu.Macam Psycho pun ada.

|Hack^Killer| said...

Maaf sbb aku xdpat mai smalam...klo aku mai, bleh sama2 kita 'kokak' orang 2,herm...ini kes kaki tgk dvd la ni...klo aku kt tempat ang, aku trus maki hamun dia sama...dhle umah polis dkat je ngan tmpat mu...hahaha...

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog