Pampers 1 Malaysia VS Mamy Poko Easy Fit Pants

Respons: 2 comments
vs 

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsikan sedikit testimoni berkenaan lampin pakai buang yang di pakai oleh anak saya di rumah. Untuk menjimatkan kos perbelanjaan lampin untuk anak saya, saya telah menggunakan pampers 1 malaysia yang ekonomi tu, harga untuk size L sangat murah untuk 72 keping baru RM20.50, dah berapa ringgit saya dapat jimatkan duit untuk pampers si kecik tu. Untuk pengetahuan anda sejak mula-mula pakai pampers ni anak saya tidak langsung mengalami alahan, tetapi kerap tukar lampinnya apabila kencing, apatahlagi sekarang sudah pandai mengadu lampinnya basah. 

Baru-baru ini ibu mertua saya merangkap opah kepada anak saya ni belikan pampers Mamy Poko Easy Fit Pants. Pada mulanya saya katakan tak perlulah beli pampers tu, mahal, 44 keping dan dekat rm24 tak silap sayalah. Tapi ibu mertua saya kata takpa dah niat dia nak belikan untuk cucu kesayangannya tu. Apa yang menakjubkan saya, anak saya dipakaikan pampers mamy poko easy fit pants tu, dia tidur lena sepanjang malam, sangat selesa, kalau pampers ekonomi 1 malaysia, sudah tentu 3-4 keping pampers kena tukar, sangat berpuas hati dengan pampers mamy poko ni, walaupun harganya agak mahal, penggunaannya pula dapat di jimatkan dengan kadar serapan yang tinggi, membuatkan permukaan dalam tidak basah dan anak saya pun dapat tidur lena. 

Kesimpulannya di sini, walaupun pada dasarnya niat saya nak berjimat dengan membeli pampers yang agak rendah harganya dan lebih kuantitinya, namun lebih jimat jika saya beli yang mahal sedikit kuantitinya tapi sangat menjimatkan.


2 comments:

Sharinginfoz said...

kekadang beli yang mahal lebih menjimatkan ya?

awie958 said...

begitulah kiranya. yang murah penggunaan yang kerap kali di tukar, memungkinkan cepat pula habis,yang mahal pula, penggunaan yang lama sekali baru ditukar kecuali buang air besar.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog