Masjid Besar Tandasnya Menyedihkan.

Respons: 8 comments
Malam ni saya nak komplen sikit berkenaan sebuah masjid yang tersergam indah di Bandar Kamunting ni.Kenapa Kamunting? Petang tadi saya singgah untuk solat Asar di Masjid tersebut. Sebelum nak ambil wuduk, terasa nak membuang air kecil, saya pun melangkah masuk ke dalam tandas yang berada di bahagian tepi bersebelahan dengan tempat untuk mengambil wuduk.Apabila masuk sahaja ke dalam tandas.

Beginilah keadaan pintu tandas sewaktu saya melangkah masuk. Tidakkah pihak jawatankuasa masjid merasa segan apabila masjid ini dikunjungi ramai orang terutama orang luar yang singgah untuk menunaikan solat disini.


Ini pula keadaan pam tandas, dengan paip yang sudah tidak bersambung, penutup yang terbuka begitu, tali untuk tarik pun sudah hilang, beginilah keadaan tandas di masjid tersebut, ini adalah satu pam tandas yang saya ambil gambar nya. Belum lagi tandas yang lain-lainnya. Cermin tingkap pula telah pecah. Tandas ini pula mengadap jalan raya. Sudah tentu orang yang lalu lalang di jalan berhampiran akan dapat lihat keadaan tandas dari luar walaupun agak jauh.


Inilah peti tabung derma untuk orang ramai menderma ke tabung masjid ini. Kutipan yang di terima bulanan agak tinggi bagi saya kadang-kadang ada yang mencecah sehingga lima ribu sebulan namun sayangnya duit yang diderma tidak digunakan untuk memperbaiki keadaan kerosakan masjid seperti tandas yang sepatutnya menjadi keutamaan, Islam sendiri menyeru umatnya agar mementingkan kebersihan. Jadi saya mohon agar pihak berwajib dapatlah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengindahkan masjid ini.

Inilah hasil kutipan untuk bulan Disember 2010, sayangnya duit yang di derma, disumbangkan digunakan untuk memenuhkan akaun masjid dan di tayangkan sahaja dan dikumpul setinggi gunung, bukan untuk digunakan sebaik-baiknya.

8 comments:

Ichsan Afriadi said...

meprihatinkan :(

|Hack^Killer| said...

Herm, btul3x...awie, lpas ni mu tubuh pasukan pemantauan seluruh kapong, kita pakat ngan bersamamu TV3...wakakakak...(bersamamu smalam xdak cita len nk tayang, terus tayang pasal kucing...org miskin dh xdak kot...)

Zawawi Japilos said...

hahah kena pakat dengan bersamamu la pulak yer.lagi popular la nanti batu kurau ni. kucing kat depan kedai ni diorang tak nak tangkap gambar, banyak ekor gak tiap2 malam kencing kat keta orang yang parking depan ni.

Muhammad Izuan said...

tandas kt negara kita ni memang teruk. kesedaran sivik rendah. amat mengecewakan. tandas surau, bila dibaiki, sure ada jugak manusia2 yg x mau jaga kebersihan dan rosakkan kemudahan yg ada.

Zawawi Japilos said...

saya setuju Muhammad Burn tandas kat negara kita ni memang teruk. Kesedaran sivik mmg berada di tahap yang rendah. Kebiasaannya macam tulah bila sudah di baiki di rosakkan buang sampah ke dalam tandas, tisu, plastik modes semua barang ada dalam tu.Bila dah sumbat menyusahkan pulak orang yang sedang emergency nak guna tandas. sampai bilalah rakyat Malaysia ni nak berubah

Faiz Zaini said...

aku igt masjid baru kat pekan tu.. nsib bek bukan..

gnesop said...

Biasanya pengguna yg selalu rosakkan dan guna tidak elok tandas masjid atau surau. Kalau guna elok, rasanya x de masalah dgn tandas. Ajk tandas pun kena wajudkan kot dan kenakan bayaran. Hihubu

Anonymous said...

JAWATAN DAN GAJI MEREKA NAK...TAPI KEJE TAK NAK...AJK MASJID TIDO LE TU...

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog