Makan di Kurau Stone

Respons: 1 comments

Malam tadi memang tak puas hati tapi petang ni cuma nak kongsi, komplen saya pun untuk penambahbaikan kepada perkhidmatan yang mereka berikan, untuk kebaikan mereka jugakan. Untunglah saya orang kampung gak yang makan kat situ kalau orang luar yang tengok rancangan jalan-jalan cari makan yang datang diberi layanan macam tu silap-silap diorang akan komplen dekat TV3 pula.

Menu yang saya makan tengah malam ni Chicken Chop, pukul 12 tengah malam makan chicken chop, mana la badan tak gemuk kan.Memang sedap, walaupun kiranya ini first time saya makan chicken chop sepanjang 25 tahun ni. Tak sangka pula dekat Batu Kurau ni pun boleh dapat makan makanan western. Jadi pada kawan-kawan yang berada berdekatan dengan Batu Kurau ini silalah berkunjung ke Kurau Stone Restauran ni memang best dan puas hati masakannya.

1 comment:

Anonymous said...

kat mana ye kurau stone nie? dekat x dgn redang panjang???

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog