Jalan-jalan Cari Makan Kurau Stone Komplen

Respons: 5 comments
Malam tadi oleh kerana kelaparan saya dan sahabat saya pergi ke Kurau Stone, Batu Kurau Taiping Perak. Oleh kerana sahabat saya ni baru je balik dari Kem PLKN, bukan sebagai pelatih tapi sebagai Jurulatih jadi ingatkan nak la tempat yang selesa dan best skit untuk berbual panjang. Sesampainya ke Kurau Stone tempat Jalan-Jalan Cari Makan TV3 buat pengambaran tu, saya dan sahabat saya tu pun naik ke atas dan duduk sebelah atas tu. Keadaan meja masih tidak berkemas Dalam 2-3 minit datanglah pelayan membawa talam, di ambilnya semua bekas-bekas pinggan cawan tadi diletakkan di atas talam. Kemudian pelayan tadi tanya, nak minum apa, saya minta di ambilkan menu dan tanyakan menu mana nak order apa nak tengok menu dulu. Dengan selamber badaknya pelayan tu cakap menu tu ada kat bawah, reaksi seolah malas nak turun pergi ambil. Apa la malang Kurau Stone ni dapat staff yang pemalas. Nak ambil menu kat bawah tu pun malas. Oleh kerana malas nak bising-bising saya pun order air dan makanan. Tapi masih berasa tak berpuas hati dengan layanan yang di berikan oleh pelayan tadi. Kalau macam ni la perangai yang di pamirkan oleh pelayan Kurau Stone pada pelanggan, wat penat jela Jalan-jalan cari makan tv3 dan jom jalan plus datang buat promosi kat tempat tu.Serius saya memang tak puas hati. Nak promote tempat makan ni pada kawan-kawan pun dah jadi tak da hati dek kerana sikap seorang pelayan ni yang sangat pemalas dan sangat tidak memuaskan. Di harapkan pihak pengurusan dapat menasihati bukan sahaja pada pelayan tersebut malah kepada semua pelayan-pelayan tolong bersikap mesra kepada kami pelanggan, tanpa kami pelanggan sapalah anda? Datanglah mengambil pesanan dengan senyuman, kami bukan minta yang bukan-bukan, kami minta nak pesan makanan jer.Kalau anda beri layanan yang mesra dan baik kepada kami insyaallah kami akan berusaha untuk promote tempat anda pada kawan-kawan yang lain lagi.

5 comments:

wanna said...

uishhh...dah msuk tv pon lyanan cam hampeh erk...

Zawawi Japilos said...

tu la pasal wanna,dah masuk tv pn layanan mcm hampeh, mungkin sbb tengok kami datang pun mcm orang kampung jadi buat hele ke bele pun apa da kesah..

Ummi Shira (AshAnas) said...

akan sy smpaikan pd toke dia... hehe...

nadeafu chan said...

nak masuk tibi kene la baik2 belaka..ish3

|Hack^Killer| said...

Awie, lpas ni kita dtg, pakai baju koporat ke keparat, kita tayang skit kt dema pastu dkat tgh2 baju 2 kita letak sticker 'INI V.I.P' bru dema nk layan kita cam dlam tibi kot...wakakakaa...

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog