Isi Minyak Di Shell Kamunting

Respons: 2 comments
Ini bukan isu besar, cuma isu kecil yang membuatkan saya berasa hairan, samada ini kesilapan saya ataupun sebaliknya. Panel meter saya berkedip menandakan minyak sudah hampir hampir habis. Oleh kerana saya berada di kawasan Kamunting, Taiping Perak jadi saya menuju ke Stesen Minyak Shell Kamunting, kalau orang Taiping tentu tahu yang di Taiping hanya ada beberapa sahaja Stesen Minyak Shell. Oleh kerana bajet ciput je petang tadi saya mengisi RM20 minyak Ron97 sedari bulan 10 sejak baru beli memang gunakan minyak Shell Ron97 tak pernah lagi guna minyak Ron lain dan jenama lain.Apa yang menghairankan saya meter di pam menunjukkan 8 Litre dan apabila menghidupkan enjin, panel meter minyak naik 3 bar.

KENAPA bila isi minyak di Stesen Minyak Shell Batu Kurau Milik Peladang Batu Kurau hanya naik 2 Bar? Ini yang membuatkan saya menjadi hairan. Nanti saya nak cuba sekali lagi isi minyak di Stesyen Minyak Shell kat Batu Kurau lak bila panel minyak berkedip-kedip minta minyak diisi.

Baru-baru ini ada kawan datang ke kedai beritahu yang bila isi minyak di pam tu, minyak kurang gas je lebih.

2 comments:

Arpiiz said...

pernah juga dengar tentang hal ni, tapi tak tau lah betul ke tidak..

Renjer Sungai said...

ade yang tak kene la tu... bakor je hehe..:)

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog