Tajuk di atas hanyalah gimik jer, sokonglah industri perfileman tanah air kita, janganlah kita
asyik nak mengambil kesempatan atas usaha orang lain. kesian penggiat filem malaysia berhempas pulas menghasilkan filem yang berkualiti untuk tontonan rakyat malaysia amnya.sebagai tanda sokongan kepada filem malaysia petang tadi saya, awek saya dan adiknya pergi menonton sendiri filem Hikayat Merong Mahawangsa. Bagi yang belum menonton di pawagam silalah pergi ke sana kerana filem ini memang terlalu hebat penuh dengan aksi yang pastinya mengagumkan, saya seperti tidak percaya kerana KRU dapat menghasilkan filem yang mempunyai taraf kualiti bertaraf dunia, walaupun mempunyai beberapa aspek kelemahan namun amat berpuas hati.komentor: Filem yang berkualiti sound effect yang hebat sayangnya sound system dekat Bigcinemas Taiping Sentral macam hampeh, ada beberapa adengan yang sound macam bunyi di perlahankan. sekian
3 comments:
weekend neh I nak pegi tgk. nak pegi that day cite tuh keluar tp busy ;) best kan kan ?
haa, best sangat.rasa macam tengok citer omputih lak.. tak sangka malaysia pun boleh hasilkan filem yang terhebat macam ni
mu bahong, tak tu dey,
Post a Comment