Suasana Raya Di Batu Kurau

Respons: 3 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh......

 Sepatutnya saya telah kongsikan pada awal lagi, tetapi oleh kerana ada beberapa masalah yang saya perlu selesaikan terlebih dahulu maka terpaksalah saya tangguhkan dahulu.

 Bila tiba musim raya beginilah suasananya, seminggu lagi dah nak sambut raya pasti akan ada para peniaga yang menjual kuih raya di bahu jalan. Fenomena sebegini saban tahun berlaku. Sebut aja kuih apa yang nak di beli insyaallah pastinya ada dari kuih tradisional sampailah kuih moden semuanya ada dijual disini. Kebiasaannya penduduk di Batu Kurau memanggil kuih ini kuih tunjuk. Kuih Tunjuk? Yelah nak beli kuih ni tunjuk je kuih mana yang nak di beli.
Nilah suasana di waktu malam pula. Sampaikan pukul 12 tengah malam pun mereka ni masih lagi buka gerai mereka ni. Jadi kalau ada yang tak berkesempatan nak buat kuih tu mereka bolehlah beli dari penjual ni. Senang dan mudah tinggal lagi bawa duit yang secukupnya saja. Apa yang lebih menarik adalah pada malam raya jika kuih yang di jual masih ada, aktiviti melelong kuih-kuih ni akan di buat oleh para peniaga ni, kebiasaannya peniaga yang ingin menghabiskan stok kuih mereka akan membuat lelongan ni. Saban tahun penduduk Batu Kurau yang ingin mendapatkan kuih raya murah-murah ni akan datang pada hari terakhir waktu malam. Saya tak sempat mengambil gambar suasananya.
 Di hari memegang, iaitu hari tengok anak bulan nak menentukan samada esok raya ke tidak inilah suasananya, penduduk di Batu Kurau berpusu-pusu keluar ke pekan Batu Kurau untuk membeli barangan buat persiapan untuk menyambut hari raya. Lihat saja penjual ayam di atas sehingga tak menang tangan melayan pelanggan yang ingin membeli ayamnya.  Gambar ini di ambil di hadapan kedai saya. Belumpun pukul 2 petang ayam yang di jual telah habis semuanya. Alhamdulillah rezeki berniaga di hari terakhir berpuasa.
Pada hari raya inilah yang akan berlaku di pekan Batu Kurau, semua anak-anak Batu Kurau yang di perantauan pulang ke desa. Maka penuh sesaklah jalan raya di Pekan Batu Kurau. Kebiasaannya saya akan keluar dengan menggunakan motorsikal agar tak sangkut di dalam kesesakan lalulintas. Terima kasih yang tak terhingga kepada pasukan rela dan anggota Polis Batu Kurau yang bertugas mengawal lalulintas. Tanpa mereka tak kemana lah raya saya.Sekian....


3 comments:

hafiz said...

Hidup Batu Kurau Orang Kuat...

Unknown said...

sehingga bertemu lagi pd raya thn depan yer tak :)

Zawawi Japilos said...

Abg Hafiz la orang kuat...haha..

En Khairul..haah sehingga bertemu lg pada raya tahun depan..tp suasana ni akan jadi lagi pada raya haji..jadi stay tune nanti saya share lagi

Terima kasih pada yang sudi komen

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog