Raya Tak Jadi

Respons: 1 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh.....

 Malam tadi saya, tunang saya dan adik-adik tunang saya berkesempatan untuk meluangkan masa menonton wayang di Big Cinemas Taiping Sentral Taiping Perak.

Pada awalnya saya berhajat nak menonton filem Johny English Reborn lakonan Mr Bean yang terbaru. Namun oleh kerana semua yang lain nak tengok Filem Raya Tak Jadi, jadinya saya pun turut serta bersama mereka menonton Raya Tak Jadi. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 15 September 2011. Kiranya filem ini bertemakan tentang raya, namun agak hairan kerana sudah 2 minggu raya baru di tayangkan filem ini.

Kami masuk ke dalam pawagam tepat pukul 9.00 Malam. Betapa terujanya nak menonton wayang setelah sekian lama tak pergi menonton apatahlagi ini kali pertama menonton di waktu malam. Sewaktu masuk kelihatan penonton sudah agak ramai.Cerita di tayangkan agak lewat sedikit dari di jadualkan mungkin kerana masih menunggu penonton masuk. 

Lakonan yang di bawa oleh Johan memang menjadi. Memang tak sia-sia Johan di gabungkan dengan Saiful Apek, lawak mereka saya ketawa dari awal sampai akhir. Adik-adik tunang saya pun sangat berpuas hati bila menonton filem ni. Memang best, sampaikan keluar dari panggung pun mereka masih lagi tersenyum. Tahniah pada pengarah filem ni dan kru yang terlibat dan juga para pelakon yang membintangi filem ini. Filem ini berjaya buatkan saya tersenyum puas dan tidak merasa kecewa kerana tak dapat menonton Johny English Reborn .

Terima Kasih Cik Tunang sudi belanja tengok wayang kali ni.

1 comment:

Unknown said...

harap tgk kat astro 1st jer kot

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog