Kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua Rumah Terbuka anjuran Adun Batu Kurau Dato' Kapten (B) Najimuddin. Rumah terbuka ini telah di adakan di Dewan Astaka, Kampung Baru, Batu Kurau bersamaan dengan 10 September 2011, 12 Syawal 1432.
Sewaktu saya sampai ke Dewan Astaka ini kelihatan rakyat Batu Kurau sudah mula membanjiri perkarangan Dewan Astaka ini. Masing-masing datang membawa keluarga dan sanak saudara. Sudah menjadi rutin tahunan Adun Di Batu Kurau ini untuk menganjurkan majlis Jamuan Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri , pada tahun ini saya dapat buat liputan untuk dikongsikan kepada anda semua.
Beginilah suasana di hadapan Dewan Astaka, rakyat jelata datang ke sini bukan sahaja untuk menjamu selera tetapi juga untuk bertemu dengan rakan-rakan yang kadangkala sukar untuk berjumpa. Meriah, sungguh meriah majlis yang di anjurkan ini. Rakyat yang hadir turut juga di hidangkan dengan persembahan kugiran dan juga persembahan dari Artis Ebby Yus.
Anggota Rela di panggil untuk mengawal dan melicinkan perjalanan majlis rumah terbuka ini, mereka bertanggungjawab untuk memastikan keselesaan rakyat yang menghadiri majlis ini. Beberapa anggota rela ditugaskan untuk mengawal lalulintas dan juga tempat meletakkan kenderaan.
Ini pula pemandangan dari arah hadapan dewan. Lihatlah rakyat Batu Kurau yang berada di hadapan dewan ini sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan.Di hujung sana adalah pentas untuk kugiran memainkan peralatan muzik buat menghiburkan rakyat yang datang .
Berbaju merah bersongkok hitam ini Pak Su Bidin, tukang masak no 1 di Batu Kurau ni, sebut saja Pak Su Bidin mesti orang akan kenal beliau. Rata-rata kenduri di kawasan pekan Batu Kurau ini akan memanggil beliau sebagai ketua tukang masak di majlis kenduri. Saya pernah melihat sekali beliau memasak, anehnya bahan yang di letakkan di dalam masakannya hanya di campak-campak sahaja tetapi masakan yang di masak memang enak dan sedap.
Selain ruang makan di hadapan dewan, beberapa khemah juga turut disediakan untuk keselesaan rakyat yang hadir buat memeriahkan lagi majlis ini. Lihatlah gambar diatas betapa ramainya rakyat yang hadir.Betapa ramai tetamu yang hadir, sehinggakan ada yang masih menunggu untuk mengambil makanan yang disediakan. Ini adalah di bahagian bubur kacang.
Pemandangan di bahagian luar hadapan Dewan Astaka. Lihat rakyat yang hadir semakin ramai penuh membanjiri hadapan Dewan Astaka ini.
Gambar agak kurang jelas, ini adalah pemandangan di dalam dewan, kelihatan ada ruang kekosongan. Namun Rakyat yang hadir lebih suka berada di luar dari di dalam dewan. Mungkin di dalam nampak seperti tempat untuk orang-orang penting.
Siapa yang berasal dari Batu Kurau mesti kenal dengan Abang ni, beliau berniaga di Pasar Malam Batu Kurau berhadapan dengan Pejabat Penghulu, Cendol beliau memang sangat sedap. Alhamdulillah tahun ni dapat makan cendol free yang sedap.
Inilah cendol yang saya maksudkan tadi, oleh kerana terlalu ramai tetamu yang hadir jadi cendol yang di letakkan didalam mangkuk pun habuan untuk rasa sahajalah. Nah ini jelah yang sempat saya makan di Rumah Terbuka Dato' Kapten (B) Najimuddin. Terima kasih daun keladi Dato' tahun depan raya lagi buat la lagi
No comments:
Post a Comment