Pada hari jumaat lepas saya berlegar-legar di Taiping untuk mencari AmBank untuk membuat pembayaran bagi satu seminar yang ingin saya hadiri pada 25 September 2011 ini bertempat di Kuala Lumpur. Setelah beberapa kali pusing dan mengodek( membelek) papago di Samsung G5 tetap juga saya tidak temui. Akhirnya saya telah berputusa asa untuk mencari dan menghubungi pihak urusetia meminta no akaun bank yang lain. Alhamdulillah ada akaun Maybank.
Pada petang Sabtu, saya keluar lagi ke Taiping untuk berjumpa dengan Cikgu Jaafar mengambil barang yang saya kirimkan beliau belikan di Sungai Petani. Sewaktu melalui Jalan Keramat Tok Bidan, melalui hadapan penjara memasuki jalan Taming Sari dan seterusnya melalui beberapa deretan kedai, tiba-tiba saya terpandang AmBank Taiping di Jalan Taming Sari. Saya tergelak sendiri, rupanya AmBank ini berada berdekatan dengan kedai yang saya sering kunjungi untuk membeli barangan komputer. Hanya selang beberapa buah kedai sahaja.
No comments:
Post a Comment