Rumah Terbuka Pak Lang Hasbullah

Respons: 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hi wabarakatuh.....

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih lagi boleh bernafas di bumi ALLAH ini dan dapat berkongsi dengan anda semua para pembaca budiman( insyaallah ada orang baca). Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda suasana di Rumah Terbuka dan sambutan Merdeka pada tengah malam 16 September 2011  Anjuran Pak Lang Hasbullah.
Beginilah keadaan tamu yang datang bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka tersebut. 

Gambar di atas adalah gambar di hadapan  Dewan Kampung Paya, kelihatan kaum ibu membanjiri di kawasan hadapan dewan untuk mengambil juadah makanan yang di sediakan. Juadah makanan yang disediakan pada malam ini adalah nasi minyak, gulai daging, dan juga jelatah. Memang cukup sedap dan lazat. 



Pemandangan di seberang jalan, ada 3 deretan kedai . Di fahamkan di sebelah sana disediakan lemang untuk para tetamu yang hadir, memang terlalu ramai di seberang jalan sana jadi saya tak berkesempatan untuk merasa lemang tersebut. Lemang tersebut sangat sedap, saya dengar cakap-cakap orang yang berada di belakang saya yang sedang makan lemang.
Ini pula di bahagian belakang Dewan Kampung Paya, di sini di khaskan untuk budak-budak mengambil makanan, tetapi oleh kerana di dua tempat lagi untuk mengambil makanan penuh dengan orang, ada juga orang dewasa yang mengambil makanan di sini termasuklah saya. Kalau tak ambil disini maka tak merasalah saya. 

Begitu ramai tetamu yang hadir, mengikut kiraan jangkaan mencecah lebih 500 orang telah hadir membanjiri Majlis tersebut. Di akhir majlis ini pada tepat pukul 12.00 tengah malam ramai-ramai melaungkan merdeka sebanyak 3 kali dan di persembahkan dengan pertunjukan bungi api.

No comments:

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog