Indahnya masjid India Taiping

Respons: 3 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya boleh lagi berkongsi dengan anda semua satu pengalaman yang saya lalui pada hari Sabtu 10 september 2011 lepas.Saya telah ke Masjid India yang terletak di Jalan Kota untuk berjumpa dengan Cikgu Jaafar.
Beginilah pemandangan hadapan Masjid India ini. Ianya berada di tengah-tengah antara Jalan Taming Sari dan Jalan Kota. Betapa indahnya binaan masjid ini.

Ini pula dari satu sudut yang saya ambil, Masjid India ini terletak berhampiran dengan Wisma Hasil ataupun LHDN jabatan kerajaan yang berfungi untuk memungut cukai.

 Ini pula pandangan dari sebelah tepi masjid, di sini disediakan tempat untuk mengambil wudhuk. Memang kelihatan cantik dan kemas masjid ni.
 
Tempat untuk mengambil wudhu sangat cantik.

Bahagian dalam masjid ini terdapat tiang-tiang yang di hias indah. Saya sangat kagum melihat binaan masjid ini. 
Di hadapan masjid ini disediakan tempat untuk meletakkan kenderaan. Apa yang menariknya burung-burung merpati ini telah membanjiri hadapan perkarangan masjid ini. Sangat tenang melihat burung-burung ini.




Gambar ini saya ambil di pintu masuk Masjid India. Saya kongsikan di sini untuk menjadi panduan saya dan para pembaca di masa hadapan.


Sejarah asal usul masjid ini ada di letakkan di hadapan masjid ini. Bagi anda yang ingin membacanya bolehlah klik pada gambar untuk besarkan.

Satu lagi gambar yang kongsikan untuk anda semua para pengunjung moga dapat di manfaatkan di masa hadapan. Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas.

3 comments:

Unknown said...

tumpang tya..ramai ka masyarakat India Muslim di situ ?

Zawawi Japilos said...

kurang pasti, tapi yang solat sewaktu saya berada di sana ada juga melayu yang solat disitu, waktu asar.nak tahu ramai tak ramai kena pergi sewaktu solat jumaat..baru boleh tengok ramai ke tak ramai

Unknown said...

awal pembukaan rasa2 oleh golongan tersebut kot

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog