Hari ni nak berkongsi sikit dengan anda semua berkenaan dengan persiapan untuk menyambut hari raya puasa yang bakal menjelang seminggu ja lagi. Bagaimana kawan-kawan semua, sudah siap ke tempahan baju raya untuk tahun ni? Berapa pasang ? Saya rasa pastinya anda semua sudahpun awal-awal lagi buat persiapan untuk menyambut hari raya. Ada yang sebelum puasa lagi sudahpun membuat tempahan baju. Tukang jahit baju pun tidak mengambil tempahan lagi jika sudah masuk minggu kedua puasa.
Bagi yang tak berkesempatan untuk menempah baju raya bolehlah dapatkan baju yang sudah siap dijahit yang berada di kedai-kedai menjual pakaian ataupun di pasaraya-pasaraya, rasanya tak kurang hebatnya jika beli baju yang sudah siap. Harga pun ada yang lebih murah dari kita tempah. Nasihat saya sebelum nak beli baju tu tengok-tengok sama harga pakaian tu, bandingkan dulu dengan kedai-kedai yang lain berhampiran, kadangkala baju sama tetapi harga yang lain-lain, sekurangnya dapat juga kita berjimat.
Sebolehnya bagi kaum-kaum wanita ni janganlah beli pakaian yang akan mendedahkan aurat anda, bagi yang bersuami, jagalah maruah suami anda, lihat sahaja pakaian seperti di dalam gambar ni, pakaian ini bukan sahaja jarang malah menampakkan apa yang tak sepatutnya dilihat oleh orang lain. Bagi yang punya isteri dan anak-anak perempuan, pastikan mereka tidak membeli atau menempah pakaian yang sedemikian, rugilah sebulan berpuasa membuat ibadah mengumpul pahala.Akhirkata belilah pakaian yang tidak menjolok mata, nampak manis di pandang dan sopan.
2 comments:
Persiapan ala kadar jer :)
Alhamdulillah ada juga persiapan, tahun ni saya tiada persiapan langsung.
Post a Comment