Jual Mercun Tak Salah?

Respons: 5 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Setiap hari kita akan baca di dada akhbar ada banyak tangkapan kes menjual mercun yang semakin berleluasa, kes kanak-kanak yang cedera akibat terkena mercun yang dibakar tiba-tiba meletup sebelum sempat di buang.
Dalam soal ini siapakah yang harus bertanggungjawab?. Adakah kita hanya harus sering tudingkan jari ke arah pihak berkuasa tempatan kerana tidak membendung berleluasanya kegiatan penjualan barangan letupan seperti mercun ini dari terus di jual di pasaran. Jika kita dapat perhatikan bahan larangan ini di jual secara terbuka di bazar ramdhan dan di kedai-kedai runcit. Para peniaga ini menjual barangan ini seolah tanpa ada sebarangan perasaan bersalahpun.
Apabila berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini barulah pakat menuding jari ke sana sini, mengapa tidak saja melakukan rampasan dan mendenda para peniaga yang tetap berdegil menjual barangan tersebut. Seawal bulan Ramadhan kita dapat lihat beberapa orang peniaga yang menjual mercun di tangkap dan di denda beribu ringgit atas kesalahan menjual mercun, namun di tempat saya masih ada lagi yang menjual secara terbuka. Adakah menjual mercun dan bunga api ini hanya menjadi kesalahan di sesetengah tempat sahaja. Fikir-fikir dan renungkanlah berapakah duit yang kita habis dan bazirkan semata-mata membeli mercun dan bunga api.

5 comments:

sop said...

kalau tiada pembeli, tiada penjual. ttp tiada penjual tiada pembeli.. Sama2 main peranan..

Sop pun ada beli bunga apa utk anak2.. bunga api sahaja, mercun dilarang sama skeli.. pantang gi pasar Ramadan, comfirm kena pow.. huhuhu

tzmlt converse said...

btol2, kta yg glakkan nmreka jual..zman kcik2 dlu men la gk...tp skang lg..nice entry.:)

-iXxOrE- said...

good!!

awie958 said...

terima kasih pada abg sop, tzmlt converse dan ixxore yang sudi komen.

Tiada penjual tiadalah pembeli, persoalan yang sering diutarakan sama juga dengan situasi tiada pembeli tiada penjual, solusi yang lebih sesuai adalah melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh banteras habis-habisan barulah tiada lagi penjual.Akhirnya tiada siapa lagi membeli kerana barangan tiada di pasaran.

pss; ,masa nak datang buka kedai malam ni, ada bebudak kecik main mercun mancis baling atas jalan, kebetulan waktu tu saya sedang menunggang motor, meletup pula betul-betul bawah motor, nasib baik tak berlaku sebarang kemalangan.Serius tak patut dibiarkan penjualan mercun, bebudak yang main tanpa pengawasan akan membahayakan nyawa orang lain yang tidak berdosa.

Anonymous said...

tapi cuba tengok ada ker budak2 cina masuk news pasal budak cina ni cedera main mercun xdak kan mereka siap main mercun jenis2 besar2 lagi tu xdak ape pon...tapi pasal budak melayu mesti keluar news sana sini...erti kata lain budak2 melayu ini main mercun dengan modified kan mercun itu....Tamat. maaf lah kalu ada isu sensitif ada di dalam komen ini...

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog