Hampir Separuh bulan

Respons: 2 comments




Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh...

Pejam celik kita telahpun melalui hampir separuh dari bulan Ramadhan, bulan yang mulia diantara bulan-bulan Islam. InsyaAllah saya pasti anda semua dapat lalui bulan Ramadhan ini seperti tahun-tahun sebelum ini. Rutin harian pun agak berbeza dari bulan-bulan yang lain, bermula dari sahur di awal pagi, solat subuh dan pergi kerja, pulang kerja menyiapkan juadah berbuka pula, kemudian malam bertarawih dan bertadarus. InsyaALLAH semoga amalam anda semua diberkati olehNya dan mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Pada waktu ini pastinya ada yang sedang sibuk membuat persiapan untuk meraikan kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang kurang lebih 15 hari lagi. Begitu juga dengan persiapan untuk menyediakan juadah di hari raya nanti, kaum-kaum ibu sekarang sedang giat membuat tempahan kuih dan juga ada yang sibuk menyiapkan tempahan kuih bagi kaum ibu yang berniaga. 

Walaupun sudah mengetahui bulan Ramadhan ini adalah bulan yang mulia masih terdapat lagi segelintir masyarakat yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Baru tadi saya terbaca di dada akbar Mingguan Metro, ada warga emas yang masih hanyut di buai maksiat di kelab-kelab dangdut di ibu kota. Moga ALLAH memberikan golongan ini petunjuk ke jalan yang benar.

2 comments:

Muhammad Burn said...

bulan puasa ni, hari terasa cepat berlalu. pagi kerja. ptg cari juadah. tarawih. kejap je dah hari keesokannya...

awie958 said...

Terima kasih komen Muhammad Burn,

Bulan puasa ni memang cepat masa berlalu, tak terasa dari hari ke hari, kalau hari dalam bulan biasa, ada kekadang tu terasa lamanya nak malam, bila malam terasa lamanya nak siang.

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog