Muallaf Ingin Sambung Belajar

Respons: 0 comments
Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh...

Hari ini ketika melayari Harian Metro Online, saya terpandang satu berita mengenai seorang muallaf berbangsa Cina yang telahpun memeluk Islam semenjak berumur 18 tahun lagi, kini beliau berusia 22 tahun. Alhamdulillah syukur sudah 4 tahun beliau memeluk Islam. 

Walaupun menghadapi banyak dugaan dalam hidup termasuklah disisihkan oleh keluarga, beliau masih yakin yang ALLAH akan membantu umatnya yang dalam kesusahan. Sungguh cekal hati anak muda ini dalam mengaharungi hidup sebagai muslim, beliau bekerja sendiri sebagai pemain silap mata dan pembantu kedai buku.

Beliau juga berhasrat ingin menyambung pelajaran beliau yang telah tertangguh akibat kurang kemampuan dan kos untuk beliau menghabiskan pelajaran sekitar RM10000. Bagi yang ingin membantu meringankan beban saudara baru kita ini bolehlah menghubungi Adam di talian 013-3850588.

Mohon Jasa baik kawan-kawan sebarkan. Moga Saudara Baru Kita ni dapat sambung belajar semula untuk masa depannya.

Berita asal: Harian Metro Online


KUALA LUMPUR: “Terdetik di hati saya memeluk Islam selepas setahun melakukan kajian mengenai ini dan jelas agama Islam agama yang betul dan sempurna,” kata mualaf, Eh Jun Guang, 22, atau dikenali sebagai Adam.
Menurut Adam, selepas memeluk Islam pada usia 18 tahun, dia disisihkan keluarga yang tidak dapat menerima dirinya sebagai seorang mualaf.

Katanya, akibat kesusahan hidup seorang diri, dia terpaksa berhenti belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam jurusan pentadbiran.
Mengetahui kepentingan pelajaran dalam hidupnya, anak muda berasal dari Sungai Buloh, Selangor ini bercita-cita menyambung kembali pelajarannya.

“Saya terpaksa berhenti belajar dan bekerja untuk menanggung kos sara hidup. Saya bekerja sebagai ahli silap mata dan pembantu di kedai buku, namun pendapatan itu belum cukup untuk saya menyambung kembali pelajaran.

“Saya terpaksa menyewa bilik di Wangsa Maju dengan bayaran RM250 selain makan dan minum terpaksa ditanggung sendiri tanpa kasih sayang daripada keluarga.
“Memang mencabar hidup seorang diri, namun saya cekalkan hati saya dan yakin Allah sentiasa akan membantu hamba-Nya di dalam kesusahan,” katanya.

Bukan itu saja dugaan dihadapi Adam, malahan dia turut menghidapi penyakit tulang belakang bengkok dan terpaksa melakukan pembedahan sebelum ini.
“Saya berharap ada pihak yang dapat membantu saya untuk kembali menyambung pelajaran kerana saya memang tidak mampu untuk menanggung kos yuran pengajian lebih RM10,000 seorang diri dengan pendapatan saya yang tidak tetap,” katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Adam di talian 013-3850588.

No comments:

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog