Kemalangan Di Musim Perayaan

Respons: 3 comments
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh... Hari ini saya nak berkongsi satu topik yang sering menjadi isu apabila tibanya musim perayaan. Kemalangan @ Kecelakaan Jalan Raya. Biasanya saban tahun pastinya didada akhbar akan terisi berita mengenai kemalangan jalan raya apabila tibanya musim hari raya. Apakah punca menyebabkan kemalangan ini berlaku?.Terus terang saya katakan kita memang tidak dapat mengelak ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Namun kita seharusnya berusaha untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan
Pernah tak kita lihat papan tanda di atas sewaktu kita memandu di lebuhraya?. Saya rasa tentu anda semua pernah lihat bukan. Had Laju yang telah ditetapkan di lebuhraya adalah 110KM/J .Namun adakah semua pemandu mematuhi peraturan had laju di lebuhraya?. Saya sendiri pernah memandu di lebuhraya dan melihat pemandu bas, kereta, lori memandu laju lebih dari had yang telah ditetapkan. Pemanduan yang hanya mengikut perasaan bukan sahaja membahayakan kenderaan yang turut menggunakan jalan yang sama, malah turut membahayakan nyawanya. Jadi disini saya amat berharap jika anda memandu kenderaan sewaktu pulang ke kampung nanti, pastikan anda mengikut peraturan had laju yang telah ditetapkan untuk mencegah dari sebarang perkara yang tidak diingini.
Ada sesetengah pemandu yang memandu kenderaan dalam perjalanan yang jauh tidak langsung berhenti berehat, memandu di lebuhraya di sewaktu sedang berpuasa pastinya kita keletihan dan mengantuk, sebaiknya carilah tempat berhenti seperti hentian rawat rehat yang disediakan oleh pihak plus di sepanjang lebuhraya. Elakkan dari basuh muka dan teruskan perjalanan, dikhuatiri, jika anda terlalu letih anda akan terlelap seketika dan kemalangan kemungkinan akan terjadi.


Akhir sekali, segalanya bergantung pada anda, sebelum melakukan perjalanan yang jauh, pastikan kenderaan anda dalam keadaaan yang baik, pastikan juga anda mendapat rehat yang secukupnya, tak perlu terlalu berangan apa yang nak dilakukan sewaktu dekat kampung nanti, kadangkala oleh kerana terlalu banyak berangan-angan pun akan menyebabkan kita terlelap dan mungkin akan terjadi kejadian yang seperti di dalam gambar diatas. Pandu Cermat Jiwa Selamat. Ingatlah Orang yang tersayang.

3 comments:

Muhammad Izuan said...

tuan rumah kampung kat mana?

gnesop said...

semoga perjalanan raya anti selamat sampai dan balik.. :)
hati2 memandu

Zawawi Japilos said...

Kampung Kat Batu Kurau Taiping Perak, tinggal kat kampung hampir 4 tahun dah sejak habis belajar dekat Institut Teknologi Pertama, Mantin Negeri Sembilan sampai la sekarang

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog