Petang ini saya nak ajak anda semua berkongsi semangat kemerdekaan, negara kita telah merdeka semenjak dari tahun 1957, rasanya tidak perlu saya ingin ulang semula apa yang ada di dalam buku teks sejarah yang kita semua telah pelajari semenjak dari sekolah rendah lagi. Kini setelah sekian lama hampir 54 tahun sudah kit mengecapi kemerdekaan. Namun apakah makna kemerdekaan pada diri anda?
Apakah kemerdekaan yang kita kecapi selama ini hanya perlu kita pamerkan dengan melaungkan merdeka setiap kali tibanya malam 31 Ogos pada setiap tahun, kemudian semuanya kembali seperti biasa, seolah tiada sebarang erti. Sedarlah, kemerdekaan yang kita kecapi selama ini perlu kita kekalkan bukan untuk kita tetapi untuk generasi akan datang, anak cucu cicit kita.
Bersempena dengan sambutan hari ulangtahun kemerdekaan yang bakal menjelang tak berapa lama lagi iaitu pada hari raya kedua, marilah kita sama-sama mengibarkan bendera Malaysia, tanda kita sayangkan negara kita, kita sayangkan Malaysia kita yang aman dan damai.
Jika tidak kita sayangkan negara kita, siapa lagi yang akan menyanyanginya, negara kita Malaysia ibarat rumah kita, tanpa rumah, tiadalah lagi tempat untuk kita berlindung dari hujan dan panas. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun 31 Ogos 2011.
No comments:
Post a Comment