Meriahkan Sambutan Raya Dulu-Dulu

Respons: 5 comments
Assalamualaikum Warah Matullah hiwabarakatuh.....

Kalau dulu-dulu nak sambut raya mesti akan meriah dengan bunyi letupan-letupan yang sangat kuat, terutama di kawasan kampung-kampung, bebudak kampung lebih gemar main meriam buluh dan meriam tanah, lebih kuat dari mercun bola dan lebih bahaya.

Meriam Buluh
Menurut wikipedia, Meriam buluh Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia. Seperti juga mercun yang lain, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.


Meriam Tanah
Satu lagi jenis Meriam yang sangat kuat letupannya adalah meriam tanah, bunyinya lebih kuat daripada bunyi meriam buluh berbandiang dengan meriam buluh, meriam tanah di bina dengan menggali tanah sehingga sedalam 2 kaki lebih kurang. Bahan asas letupan tetap juga menggunakan karbaid. 

Bagaimanapun kedua jenis permainan yang sering memeriahkan lagi sambutan raya ni adalah membahayakan dan telahpun di haramkan Bagi yang masih berdegil dan tetap nak main tu hati-hati lah yer, takut nanti orang beraya di rumah bersama sanak saudara, anda beraya di Lokap.Shahdunya raya anda nanti.

5 comments:

Unknown said...

best nya lagi 4 hari nk cuti

Anonymous said...

jual baju bersih2.0 tangkap ! jual mercun tutup mata jerr ????

Siti Aziz said...

bunyi meriam dah mcm bunyi tayar lori pecah!! hahahahahaha

odahonebizz said...

main meriam tanah mmg best...bunyi bassnya lagi kuat dari meriam buluh yg byi treblenya lagi kuat...lebih2 lg bila buluh tu dah pecah...hoho...

Zawawi Japilos said...

tak semua menjual mercun lepas bebas, ada yang di tangkap dan didakwa di mahkamah, tapi memang nampak tahun ni pihak berkuasa pun kurang mengambil tindakan tegas pada penjual barangan yang terlarang ni, akta bahan letupan tu,

apa pun saya tak suka kedua-dua jenis permainan tu bising la mengganggu ketenteraman awam, sapa2 yang dok kat batu kurau ni tau la macam mana, mula pada malam raya depa main meriam sampai la ke siang

Copyright © Portal Berita Terkini

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog