Assalamualaikum Warah Matullah Hiwabarakatuh...
Hari
ini ketika melayari Harian Metro Online, saya terpandang satu berita
mengenai seorang muallaf berbangsa Cina yang telahpun memeluk Islam
semenjak berumur 18 tahun lagi, kini beliau berusia 22 tahun.
Alhamdulillah syukur sudah 4 tahun beliau memeluk Islam.
Walaupun
menghadapi banyak dugaan dalam hidup termasuklah disisihkan oleh
keluarga, beliau masih yakin yang ALLAH akan membantu umatnya yang dalam
kesusahan. Sungguh cekal hati anak muda ini dalam mengaharungi hidup
sebagai muslim, beliau bekerja sendiri sebagai pemain silap mata dan
pembantu kedai buku.
Beliau
juga berhasrat ingin menyambung pelajaran beliau yang telah tertangguh
akibat kurang kemampuan dan kos untuk beliau menghabiskan pelajaran
sekitar RM10000. Bagi yang ingin membantu meringankan beban saudara baru
kita ini bolehlah menghubungi Adam di talian 013-3850588.
Mohon Jasa baik kawan-kawan sebarkan. Moga Saudara Baru Kita ni dapat sambung belajar semula untuk masa depannya.
Berita asal:
Harian Metro Online
KUALA LUMPUR: “Terdetik di hati saya memeluk Islam selepas setahun
melakukan kajian mengenai ini dan jelas agama Islam agama yang betul dan
sempurna,” kata mualaf, Eh Jun Guang, 22, atau dikenali sebagai Adam.
Menurut Adam, selepas memeluk Islam pada usia 18 tahun, dia
disisihkan keluarga yang tidak dapat menerima dirinya sebagai seorang
mualaf.
Katanya, akibat kesusahan hidup seorang diri, dia
terpaksa berhenti belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta
(IPTS) dalam jurusan pentadbiran.
Mengetahui kepentingan pelajaran dalam hidupnya, anak muda
berasal dari Sungai Buloh, Selangor ini bercita-cita menyambung kembali
pelajarannya.
“Saya terpaksa berhenti belajar dan bekerja
untuk menanggung kos sara hidup. Saya bekerja sebagai ahli silap mata
dan pembantu di kedai buku, namun pendapatan itu belum cukup untuk saya
menyambung kembali pelajaran.
“Saya terpaksa menyewa bilik
di Wangsa Maju dengan bayaran RM250 selain makan dan minum terpaksa
ditanggung sendiri tanpa kasih sayang daripada keluarga.
“Memang mencabar hidup seorang diri, namun saya cekalkan hati saya
dan yakin Allah sentiasa akan membantu hamba-Nya di dalam kesusahan,”
katanya.
Bukan itu saja dugaan dihadapi Adam, malahan dia
turut menghidapi penyakit tulang belakang bengkok dan terpaksa melakukan
pembedahan sebelum ini.
“Saya berharap ada pihak yang dapat membantu saya untuk kembali
menyambung pelajaran kerana saya memang tidak mampu untuk menanggung kos
yuran pengajian lebih RM10,000 seorang diri dengan pendapatan saya yang
tidak tetap,” katanya.
Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Adam di talian 013-3850588.